Ahad, 16 Mei 2021

BERKHALWAT HARI KE 425

 


KHALWAT KE 425

AHAD 16/5/2021
KITA MASUK KE HARI 425
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 125

HARI RAYA
KE 4

KITA MASIH BERAYA
TAPI MAT KOBID
TERUS MENYERANG
AWAS
BERJAGA JAGA
SENTIASA IKUT ARAHAN
AMIN

PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI DILINDUNGI AWAN HITAM
KUALA LUMPUR KELABU
KL SENTRAL TAK CERAH
AWAN BERTOMPOK TOMPOK
BIRU DAN PUTIH
MUNGKIN HUJAN PETANG INI

PAGI INI
ADALAH PAGI TERKUKUR
DEPAN BELAKANG
KIRI KANAN
ATAS BUKIT DALAM GAUNG
SEMUANYA BUNYI SUARA
KUR KUR KUR
KENAPA HARI INI
MACAM INI
GUA PUN TAK TAHU

POKOK MENGKUDU
SETIAPA KALI GUA LALU DEPANNYA
GUA  PERHATIKAN RAPI RAPI
HA HA
MASIH ADA TEMPUA
BEKERJA BUAT BANGLO
CHIP CHIP CHIP
BUNYI RAMAI
TAPI GUA NAMPAK HANYA SAEKOR
BERGAYUT ATAS SARANG
YANG LAIN HANYA SUARA
RUMAH MASIH HIJAU LAGI
MASIH WARNA LALANG DAN RUMPUT

PETANG KELMARIN
GUA TERSEREMPAK
DENGAN SATU KUMPULAN BUNGA
GUA RASA INI
BUNGA IMPOT 
DARI AMERIKA LATIN
DAH HIDUP MELIAR DI HOKKIEN

BRO
SENYUM
SENYUM HARI RAYA 
KE EMPAT
UNTUK KITA SESAMA 
MULAI PAGI INI

BRO
JANGAN SILAP ANGGAP
YANG KUAT SUARA
ITU GAGAH
YANG LEMAH LEMBUT
PENAKUT

BRO
BILA LU TULIS
KESAH HIDUP LU
JANGAN BERI ORANG LAIN
PEGANG KALAM

BRO
GAGAHKAN HATI
BIAR DIA PERGI
SABAR MENANTI
IANYA AKAN SAMPAI

BRO
KEDUDUKAN LU SEKARANG
BUKAN KEKAL
UNTUK SELAMA LAMANYA
JADI 
JANGAN RISAU

HIDUP INI
TAK SEMESTINYA JADI LENGKAP
BARU KITA
NAK ENJOY DE MENJOY

BRO
KUNCI UNTUK GUMBIRA
IALAH 
KITA TAHU KITA ADA KUASA
UNTUK MEMILIH APA
YANG NAK DITERIMA
DAN
APA YANG NAK DI TOLAK

BAIK HATI
AKAN MENJADIKAN KITA
SOSOK TERCANTIK 
TAK KITA MACAM MANA
RUPA KITA

BRO
JANGAN CEPAT PERCAYA
KERANA BOHONG
SAMPAI LEBIH CEPAT
DARI KEBENARAN

BRO
JANGAN RISAU
JIKA SESEKALI
KITA TAK OKAY

BRO
WALAU PUN HIDUP  GUA 
TAK SEMPURANA
TAPI
GUA BERSYUKUR DENGAN
APA YANG GUA  ADA

BUNGA
ITU TERUS BERKEMBANG
BUKAN NAK TUNJUK
PADA BUNGA LAIN

BRO
SENANGKAN PERJALANAN HIDUP
KALAU DAH CUKUP
RELAX HARI INI

BRO
GUA DILAHIRKAN DI BUMI MANUSIA
BANGSA GUA UMAT MANUSIA
POLITK GUA MENYEBAR PENCERAHAN
AGAMA  CINTA KASIH SAYANG

BRO
KADANG KADANG
KITA TAK DAPAT APA
YANG KITA INGINI
ITU JUGA NASIB BAIK

JIWA TENTERAM
BERMULA BILA
KITA TAK BENARKAN
ORANG LAIN
MENGAWAL EMOSI KITA

SUCI ATAU KOTOR
JIWA KITA
BERGANTUNG PADA KITA
TAKDA SAPA DAPAT
MENSUCIKAN KITA


BRO
GUA JADI MACAM INI
BUKAN SECARA TAK SENGAJA
INI MEMANG NIAT GUA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT
SELAMAT BERAYA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan