Ahad, 30 Mei 2021

BERKHALWAT HARI KE 439

 


KHALWAT KE 439

AHAD  30/5/2021

KITA MASUK KE HARI 439
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 139

PKP 3.0
LAGI DUA
HARI  AKAN  TAMAT
HARI INI ESOK MASIH PKP 3.0
LEPAS TU MASUK PKP 4.0

GAWAT KOBID
MAKIN MENGGILA
ANGKA GUGUR 
ANGKA PESAKIT
MAKIN NAIK
INI KLUSTER HARI RAYA

KITA BANTU KITA
TELAH GAGAL MELESET
AMIN

PAGI AHAD INI
CUKUP INDAH
LANGIT BIRU
ADA AWAN PUTIH
MENCANTIKKAN ALAM
MATAHARI BERSINAR
BULAN JUGA DI LANGIT

KUALA LUMPUR KELAM
KL SENTRAL CERAH

GUA MASUK KE HOKKIEN
DI SAMBUT OLEH
HOW WOW
DARI BUKIT DAN POKOK
 YANG SAMA

KEDENGARAN SUARA
KENG KENG
AMAT JAUH

TUK TUK TUK
GUA DENGAR
TAK TAHU DIMANA
DIA BERTUKANG

BERITA KURANG BAIK
BANGLOW BETINA
DI POKOK MENGKUDU
TELAH HILANG
GUA RASA KENA CURI

GUA NAMPAK
 DUA EKOR TEMPUA
YANG JANTAN  DISARANG JANTAN
DAN 
SAEKOR LAGI SEDANG BERUSAHA
MEMBUAT RUMAH BARU
ESOK GUA NAK LIHAT
APA JADI

GUA TAK TAHU
SAPA MENCURI
SARANG TEMPUA INI
GUA TAK TAHU
APA YANG PERLU DILAKUKAN
UNTUK MENYELAMATKAN
SARANG UNGGAS INI

MANUSIA
ADLAH PEROSAK ALAM
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN

BRO
ADA MAMAT
ADA MINAH
BALING BATU PADA LU
JANGAN BALING BAIK
KUMPULKAN
DAN DIRIKAN SATU  EMPIRE

BRO
YAKINLAH
PADA KUASA CINTA

BRO
AMBIL MASA
RELAX 
TAMBAH TEKAD
DAN
MULA KEMBALI

BRO
SATU HARI NANTI
LU AKAN DISITU
DIWILAYAH YANG
LU IDAMKAN

PENCERAHAN  BOLEH
DATANG SAPERTI KILAT
SEPANTAS KILAT
KITA AKAN  BERUBAH
UNTUK SELAMA LAMA

BRO
JANGAN RISAU
PADA SESUATU
YANG LU TAK BOLEH KONTROL

BRO
ORANG YANG SUKA TIBAI KITA
SUKA KUTUK KITA
BUKAN BENCI PADA KITA
MEREKA JAKI
MEREKA  TAKUT 
DIRI MEREKA TAK AKAN
SAMPAI PADA TAHAP
YANG KITA BERADA SEKARANG

BRO
DALAM DUNIA INI
ADA 7.8 BILION MANUSIA
LU NAK DENGAR
HANYA PANDANGAN
SEORANG  MAMAT ?
LU LAGI HEBAT PADA ITU

BRO
MEMANG BETUL
KITA INI BUDAK BAIK
TAPI JANGAN LINTASI
GARIS MERAH ITU
BERKALI KALI
SEMUA BOLEH BERUBAH

BRO
BUKAN GUA TAK NAMPAK
APA YANG MEREKA NAMPAK
TAPI HAKIKATNYA
MEREKA TAK NAMPAK
APA YANG GUA LIHAT

BRO
LU NAK JADI HEBAT
CARI PENCERAHAN

BRO
HARI INI 
LU NAK UBAH HIDUP
BOLEH
LU UBAH FIKRAH DULU

DIAM TENTERAM
BILA MELIHAT RIBUT
KERANA
RIBUT ITU AKAN BERLANGSUNG

BRO
YANG PENTING
LU HADIR
KALAU TIDAK LU DITINGGALKAN

BRO
JANGAN CARI 
TEMPAT MENYOROK
PADA ORANG LAIN
MENYOROK PADA DIRI SENDIRI
AMIN

LAKUKAN HARI  INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan