Selasa, 4 Mei 2021

BERKHALWAT KE HARI 412

 



KHALWAT KE 412



SELASA 4/5/2021
KITA MASUK KE HARI 412
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 111

PUASA 
HARI KE 21

RAYA RAYA
TAK LAMO LAGI
NAK RAYO
TAHUN NI KITO
RAYO BANGLA

APA DIA RAYO BANGLA?

RAYO BANGLA
IALAH RAYO
DI TEMPEK KOJO
BUKAN DI KAMPONG
MACAM BANGLA
RAYO DI KLCC

RAYO BANGLA 
TAK DO PELITO
TAK DO BAKAR LOMANG
NAK BAKAR MACAM MANO
DUDUK DI FLET
KAMPUNG KERINCHI
AMIN

ANGKA KOBID
MASIH MENAKUTKAN

SATU KERAJAAN
TELAH KENA TAMPARAN KOBID
MODI DI INDIA
KALAH DI BENGAL
KERANA GAGAL
LAWAN KOBID

MUHYIDDIN
WAJIB BERAWAS
RAKYAT DAH SOKONG
DARURAT
DAN 
PENGUNDI NAK TEGOK HASIL
JANGAN PUTAR PUTAR
AMIN

PAGI INI HOKKIEN
INDAH CERAH SEGAR
HOW WOW BERSUARA
DARI POKOK YANG SAMA
MURAI SIBUK BELAGU

GUA PASANG TELINGA
MEMANG CENGKERIK
BELUM ADA LAGI 
APA SUDAH JADI?

GUA NAMPAK
TEMPUA DI POKOK MENGKUDU
MASUK KE DALAM SARANG
INI PASTI TEMPUA JANTAN
KERANA INI RUMAH
KHAS UNTUK JANTAN

GUA DENGAR 
YANG LAIN BERBUNYI
TAPI GUA PERHATIKAN
GAGAL  MELIHAT

BRO
MARI KITA
SESAMA SENYUM
PAGI INI
UNTUK PERMULAAN

BRO
MINDA YANG SIHAT
MELIHAT SEMUA POSITIF
MINDA YANG SAKIT
MELIHAT SEMUA NEGATIF

BRO
JANGAN BERHENTI BELAJAR
HIDUP INI TERUS
MENGAJAR KITA

BRO
SEBELUM LU SEMBAHYANG
PERCAYA
SEBELUM LU CAKAP
DENGAR
SEBELUM LU TULIS
FIKIR
SEBELUM LU BERHENTI
CUBA LAGI
SEBELUM LU BELANJA
CARI DUIT
SEBELUM LU MATI
LU WAJIB HIDUP

BRO
PANDANG KE BELAKANG
UNTUK PENGALAMAN
PANDANG KE DEPAN
UNTUK HARAPAN
PANDANG KELILING
UNTUK REALITI
PANDANG KE DALAM
TEMUI DIRI

BRO
JIKA KITA TAHU
SAPA KITA
PERGI MAMPOSLAH
PANDANGAN ORANG LAIN

BANGANG IALAH
TAHU KEBENARAN
TAHU PENCERAHAN
TAHU FAKTA
TAPI MASIH PERCAYA
PADA PEMBOHONGAN

BRO
INGAT JANGAN SESEKALI
BERTENGKAR DENGAN
MAMAT YANG PERCAYA
PADA  BOHONG
 YANG DIA SENDIRI  BUAT

BRO
DALAM GELAP
KALAU LU PASANG JAMONG
UNTUK ORANG LAIN
LU BOLEH JUGA DAPAT CAHAYA

BRO
KALAU PUN
KITA HIDUP MISKIN
TAPI KITA ADA
KELUARGA YANG
PENUH KASIH SAYANG
KITA  ADA SEMUANYA

BRO
JANGAN CEPAT PERCAYA
ADA TIGA SUDUT
UNTUK SETIAP CERITA
CERITA DARI DIA
CERIAT DARI LU
DAN
 CERITA  SEBENAR

MAT BEBAL
SUKA BERGOSIP
TENTANG ORANG LAIN
MAT BIJAK
BUAT HAL SENDIRI

BRO
SOSOK YANG LEMAH
BERDENDAM
SOSOK YANG GAGAH
MEMBERI MAAF
SOSOK YANG BIJAK
TAK AMBIL POT

BRO
HIDUP INI SINGKAT
TAK ADA ULANG TAYANG
TAK ADA PUSING BELAKANG
ENJOY DE MENJOY
SEKARANG
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT
SELAMAT BERPUASA




1 ulasan:

  1. Hisham, hari ni puasa yang ke22 bukan 21, Hisham ponteng satu hari ya? Atau pun Hisham datang bulan...eh...tak kan datang bulan...

    BalasPadam