Selasa, 4 Mei 2021

HAMID BADOR BANGUN MELAWAN

 


PDRM

KEMBALI JADI

ALAT POLITIKUS

JIKA MAKLUMAT

HAMID TEPAT

AMIN

INI BAHAYA UNTUK

NEGARA

KHALAS


Hamzah atur budaknya jadi pengarah Cawangan Khas, dakwa Hamid

Hamzah Zainudin cuba mengatur pelantikan pegawai kanan polis untuk terus mempergunakan Cawangan Khas Bukit Aman demi kepentingan politiknya, dakwa Abdul Hamid Bador.

Bekas ketua polis negara memberitahu portal Malaysia Gazette, menteri dalam negeri itu tetap meneruskan usaha berkenaan walau ditegah oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Abdul Hamid mendedahkan perkara itu selepas menyerang menteri dalam negeri yang disebutnya sebagai “MDN” itu secara terbuka dalam sidang media terakhirnya sebagai ketua polis negara.

Katanya, kes bermula dengan usaha Hamzah menekan Jabatan Cawangan Khas (JCK) untuk menjalankan operasi bagi tujuan politiknya, yang bertentangan dengan mandat jabatan itu.

“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” katanya.

Beliau memberitahu portal itu, JCK seterusnya menolak menyertai operasi berkenaan dan kemudian melaporkannya kepada Muhyiddin.

Perdana menteri yang juga bekas menteri dalam negeri kemudian bersetuju bahawa JCK tidak boleh terlibat dengan kerja politik seperti itu.

Tambah Abdul Hamid, perkara itu menyebabkan Hamzah marah dan kemudian berusaha menjalin kerjasama dengan bekas pegawai kanan yang boleh diarag menteri itu.

Tanpa menyebut nama berkata, Abdul Hamid berkata pegawai kanan JCK yang tamat kontrak tahun lalu itulah yang disebut Hamzah sebagai “budak” menteri tersebut.

Pegawai itulah yang ingin dilantik Hamzah menjadi Pengarah Cawangan Khas (PCK) baharu menggantikan pengarah sedia ada.

“‘Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan budaknya menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri,” katanya.

Abdul Hamid juga menjelaskan, perkara itu dapat dilihat apabila PCK sedia ada dipaksa untuk menamatkan perkhidmatan.

“Sebagai bukti, pada 16 Februari lalu PCK sedia ada telah dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan.

“Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan budaknya mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak PCK akan berakhir pertengahan Jun ini,” dakwa Abdul Hamid.

Tambah beliau, isu tersebut turut dibawa untuk pengetahuan perdana menteri sebelum PCK diarahkan untuk terus berkhidmat.

The Malaysian Insight sudahpun menghubungi Hamzah dan setiausaha akhbarnya menyatakan menteri itu kini sedang bermesyuarat dan akan mengeluarkan satu kenyataan.

Istilah “budak” itu disebut oleh Hamzah dalam satu rakaman tular mengenai usaha mengatur pelantikan jawatan tertentu dalam PDRM.

Hamzah mengakui beliau individu yang bercakap dalam rakaman tersebut menegaskan beliau tidak melakukan apa-apa.

Dakwanya, kesalahan sebenar dibuat oleh individu yang merakam perbualan itu namun ketika ditanya Hamzah berkata beliau tidak akan membuat sebarang laporan polis atas kes tersebut. – 4 Mei, 2021.

RAKYAT

AKAN 

JADI MANGSA

AMIN

CUKONG

TOWKAY LENDIR

TOWKAY JUDI

TAN SERI DADAH

SEMUA GUMBIRA

AMIN

HAMID BADOR

TAK ADA

MEREKA KEMBALI

KENDURI KENDARA

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan