JANGAN JANGAN
LETAK JAWATAN
AMIN
LETAK JAWATAN
BUDAYA KAPIR
BUDAYA HINDU
AMIN
MENTERI YG
BERTANGGUNG
JAWAB WAJIB
KEKAL
AMIN
JADIKAN
KEMALANGAN INI
POSITIF
KHALAS
Janganlah suka 'provoke' kata Tajuddin berhubung gesaan beliau letak jawatan
PENGERUSI Prasarana Tajuddin Abdul Rahman hari ini membidas kritikan terhadapnya yang menggesa beliau meletakkan jawatan susulan insiden kemalangan LRT malam tadi.
Beliau dikritik kerana tidak hadir ke lokasi kejadian di Kuala Lumpur yang setakat ini menyebabkan 213 orang cedera manakala enam lagi kritikal.
Tajuddin berkata beliau berada di Subang, Selangor atas urusan kerja dan hanya menerima laporan mengenai insiden itu agak lewat.
“Ketika saya tahu (mengenai kejadian itu), saya putuskan untuk datang pada waktu pagi. Begitulah seriusnya saya.
“Jangan lah suka ‘provoke’, apa gunanya?” katanya kepada pemberita ketika melawat stesen LRT KLCC hari ini.
Terdahulu hari ini, Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) menggesa Tajuddin meletakkan jawatan susulan insiden itu.
Pengerusi 4PAM Ajit Johl berkata Tajuddin yang juga ahli politik veteran Umno, perlu berundur dengan serta merta.
Ajit berkata kemalangan itu satu isu serius dan 4PAM sentiasa menyuarakan tentang keselamatan penumpang sejak tujuh tahun lalu.
Tajuddin berkata walaupun beliau tidak hadir, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan CEO Prasarana Norliah Noah hadir ke lokasi kejadian.
“Apa yang penting kita menjaga kebajikan penumpang. Kita tidak mengabaikan tanggungjawab kita,” katanya.
Mengenai keadaan pemandu LRT, Tajuddin berkata mangsa mengalami kecederaan ringan dan masih dirawat serta akan disoal siasat tidak lama lagi.
Dalam insiden itu malam tadi, dua tren LRT bertembung di laluan bawah tanah antara stesen KLCC dan Kampung Baru di Kuala Lumpur mengakibatkan 166 cedera manakala 47 lagi parah.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital berhampiran.
Terdahulu hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata enam penumpang yang terbabit dalam kemalangan itu kini berada dalam keadaan kritikal, tiga daripadanya erpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Selain enam yang kritikal, 15 penumpang mengalami kecederaan semi kritikal sementara 43 lagi tidak kritikal, katanya. – 25 Mei, 2021.
Naper sya nk letak jawatan?
BalasPadam* sya bukan pilot yg bawa tren tu!
* sya bukan tukang jual tiket tren!
* sya bukan tukang cuci tren tu!
* sya bukan pomen yg repair tren tu!
* sya x kenai sorg pn mangsa2 tu & sya xtau naper dorg naik tren tu ramai2!
* sya bukan sape2 pn,nape sya nk tonggengjawab!?
* sya xda masalah dgn sape2 pn,sya dlm masalah ke skrg?
....eh! Sya ni sape sebenarnya?!!!!
Songkok senget xpe, masalahnya otak pun senget mcm mana ni TT
BalasPadamBetul la kata Tajudin. Tak payah provoke dia. Bosan je perhatikan dia. Lantak la di datang malam ke pagi ke . Buat pc tak pakai mask ke. Tengok muka dia selalu pun buat hilang selera je.
BalasPadamLagi baik kite terus perhatikan Neelofa je. Tengok Lofa masuk mahkamah. Tengok Lofa masuk kereta. Tengok dalam niqab Lofa. Tengok dalam jubah Lofa...opss sorry sorry...jangan jangan itu tak boleh tengok..tak boleh nampak apa2 pon..