Ahad, 2 Mei 2021

JUJUR JANGAN BOHONG

 


SEMUA SENANG 

BERES

AMIN

JUJUR JANGAN

BOHONG

AMIN

JANGAN PUTAR

AMIN

JANGAN GUNA

KOBID UNTUK

POLITIK

KHALAS 


Kerajaan perlu respons terancang tangani infodemik Covid-19

KERAJAAN perlukan strategi yang dirancang teliti untuk menangani infodemik Covid-19, atau berisiko memburukkan lagi keraguan terhadap vaksin, malah penolakan usaha mencapai imuniti kelompok, kata penganalisis Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia.

Infodemik adalah maklumat yang terlalu banyak termasuk maklumat palsu, semasa wabak virus.

Harris Zainul bercakap kepada The Malaysian Insight mengenai makalah penyelidikannya yang bakal diterbitkan,”A Framework Towards Addressing Vaccine-Related False Information In Malaysia”, dengan berkata penyebaran maklumat mengelirukan dan palsu serta data sah tidak menunjukkan tanda semakin reda.

“Keperluan untuk bertindak jelas. Membiarkan maklumat palsu berkembang dalam pasaran idea, di mana secara teorinya akan mengatasi yang tidak elok, tidak dapat dipertahankan kerana manusia tidak semestinya pembuat keputusan rasional dengan tabiat penggunaan maklumat yang sihat,” katanya.

Kerajaan tidak tidak sepatutnya mengambil tindakan terburu-buru dan menindas bagi membendung maklumat mengelirukan dan palsu, kerana tindakan tersebut boleh memakan diri dan menguatkan lagi sikap skeptikal.

“Sangat penting menggunakan strategi yang lebih berhati-hati untuk menanganni maklumat palsu berkaitan vaksin,” katanya.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan ialah aksesibiliti terhadap maklumat, di mana data sahih dan sah tersedia tetapi orang ramai mungkin tidak tahu bagaimana mengaksesnya.

“Literasi maklumat tidak begitu baik di Malaysia. Ini tentunya sesuatu yang boleh kita perbaiki,” katanya.

“Bagaimana kita memberitahu orang ramai yang ini perlu diperoleh daripada sumber, bukannya maklumat yang mereka boleh dapat di WhatsApp dan media sosial.”

Makalah penyelidikan Harris akan mencadangkan strategi untuk menangani infodemik, khususnya maklumat mengenai vaksinasi Covid-19. – 2 Mei, 2021.

 

DIRIKAN

KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN

SEMUA PARTI

BERSAMA LAWAN

KOBID

AMIN

BUKAN NAK UP

PARTI SENDIRI

AMIN

BUKAN NAK DOWN

PARTI LAWAN

KHALAS



 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan