GAGAL GAGAL
GAGAL
AMIN
JANGAN HANYA
SALAHKAN
KERAJAAN GAGAL
AMIN
KITA SENDIRI
PUN SAMA GAGAL
AMIN
Ke mana arah tujuan, tanya Dr Noor Hisham selepas lebuh raya sesak
KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menegur orang ramai yang terus bergerak seperti biasa, ketika kes Covid-19 semakin meningkat dengan luar biasa dan memberikan tekanan kepada sistem kesihatan negara.
Beliau membuat teguran itu selepas tular gambar yang menunjukkan kesesakan di plaza tol Gombak menuju ke pantai timur dan plaza tol Sungai Besi menuju ke selatan.
“Ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini?
“Pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri dikeluarkan,” katanya, dalam satu komentar pendek di Facebook.
Plaza tol lebuh raya untuk keluar dari Kuala Lumpur itu sesak selepas Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan sekatan pergerakan penuh selama dua minggu bermula Selasa ini sehingga 14 Jun.
Sekatan itu bagaimanapun mengecualikan perkhidmatan dan perniagaan perlu, yang akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara, kata kenyataan semalam.
Ketua Polis Gombak Arifai Tarawe dalam pada itu dipetik oleh Harian Metro berkata hampir semua pengguna lebuh raya yang melalui plaza tol Gombak cukup syarat untuk rentas negeri ke pantai timur.
Katanya, mereka mempunyai surat kebenaran atas urusan kerja yang disahkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selain surat kebenaran pihak polis.
Dr Noor Hisham mengingatkan pergerakan yang membawa jangkitan wabak dari satu tempat ke satu tempat lain tidak akan membantu usaha membendung penularan.
“Duduklah di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting.
“Bantulah selamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya peningkatan kes Covid-19 tidak terkawal,” katanya.
Dr Noor Hisham juga sekali lagi merayu masyarakat untuk faham beban yang sedang ditanggung oleh petugas dan sistem kesihatan di seluruh negara.
“Sekiranya kami rebah, anda dan ahli keluarga anda mungkin tidak akan menerima rawatan kesihatan yang sebaiknya.
“Jika lebih malang, tiada lagi katil untuk anda di hospital. Apatah lagi jika anda tenat dan kritikal tetapi katil ICU sudah penuh semuanya,” katanya.
Jelas Dr Noor Hisham, petugas barisan hadapan sudah penat tetapi mereka masih gagahkan juga demi menyelamatkan nyawa orang lain.
Awal hari ini, Dr Noor Hisham memberi bayangan kes Covid-19 boleh mencecah sehingga 13,000 kes menjelang 14 Jun berdasarkan trend jangkitan semasa. – 29 Mei, 2021.
KITA
BANTU
KITA
GAGAL
bebal bukan penyakit berjangkit .. tapi kebebalan menyebakan penyakit berjangkit
BalasPadam