Isnin, 3 Mei 2021

KHALWAT HARI KE 411

 


KHALWAT KE 411

 SENIN 3/5/2021
KITA MASUK KE HARI 411
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 110

PUASA HARI
KE 21

MAKIN RAMAI
WARGA TELAH
DISUNTIK 
INI BERITA BAIK

ASTRAZANECA JUGA
TELAH HABIS DILANGGAN
MENUNGGU MASA
UNTUK DISUNTIK
INI JUGA BERITA BAIK

BERITA MENAKUTKAN
TELAH SAMPAI
VIRUS JENIS INDIA
YANG LEBIH GANAS
LEBIH JAHAT
LEBIH MEMBAWA MUDARAT
TELAH SAMPAI
KE  MALAYSIA

JAWABNYA
KITA PATUH SOP
KITA JAGA KITA
AMIN

PAGI INI HOKKIEN CERAH
UDARA SEGAR
UNGGAS BERKICAU
TAPI GUA HAIRAN CENGKERIK
BELUM BERSUARA

KUR KUR KUR
BERLAGU
GAGAK MENANGIS
HOW HOW
SUARA DARI GAUNG YANG JAUH
TAPI MURAI
TETAP MENCERIAKAN PAGI

HA HA HA
PIPIT UBAN TELAH DATANG
SEKAWAN  TELAH MELINTAS
CHIP CHIP CHIP
GUA KENAL SUARA INI
INI SUARA PIPIT UBAN

GUA TERNAMPAK
TEMPUA MEMBUAT BANGLOW
HA  HA
 MENGINGATKAN KEMBALI
PADA SATU KETIKA
GUA DI  TENGAH SAWAH
DI KAMPUNG BATU SERAMBAI
JELEBU

HUJAN  KEMUDIAN PANAS
KEMUDIAN HUJAN
MENJADIKAN TUMBUHAN BIAK
BUNGA BUNGA LIAR
MAKIN  TUMBUH MERATA-TARA
SEBAGAI
PENGHIAS MAKAM
ADA YANG DITANAM KHAS
ATAS MAKAM
ADA YANG HIDUP MELIAR
BENIH DATANG DARI BURUNG
AMIN

BRO
MULA KAN 
PAGI INI
DENGAN SENYUM

BRO
LU NAK JADI GAGAH
BIASAKAN
ENJOY DE MENJOY
SEORANG  DIRI

BRO
JANGAN PIKIR BANYAK SANGAT
POTONG STIM NANTI

ENAM SYARAT
HIDUP BAHAGIA
1-JANGAN MEMBENCI
2-JANGAN RISAU
3- HIDUP SEMPOI
4- JANGAN BERHARAP
5- SELALU MEMBERI 
6 - SENYUM SENTIASA

BRO
SEORANG KAWAN
YANG PALSU
BOLEH MEROSAKAKN KITA
LEBIH DARI 100 MUSUH

BRO
JANGAN SILAP
SENYAP ITU 
BUKAN KOSONG
TAPI PENUH
DENGAN JAWAPAN

BRO
KALAU LU
BOLEH KONTROL
MINDA LU
MAKA LU 
AKAN BERJAYA
KONTROL HIDUP LU

BRO
LU MAAFKAN
MAMAT ITU
SATU HADIAH UNTUK DIA
DAN
SATU HADIAH UNTUK
DIRI LU JUGA

BRO
AWAS
JANGAN DI KONTROL OLEH:
1 - MASA LALU
2 - DUIT
3 -ORANG LAIN

PERSAHABATAN
YANG TIDAK DIRANCANG
ADALAH NIKMAT TERBAIK

BRO
CINTA DAN KASIH SAYANG
BUKAN DIJUMPAI
TAPI DI BINA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT
SELAMAT BERPUASA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan