BERPOLITIK
TAK HABIS HABIS
AMIN
POLITIKUS
KERAJAAN
POLITIKUS BUKAN
KERAJAAN SAMA
BEBAL
AMIN
Setahun berlalu, rakyat muak dengan SOP mengarut
TIADA apa yang lebih menggerunkan dari melihat aksi kebebalan. ― Jawaharlal Nehru
Tentulah dia betul, dan rakyat Malaysia sudah muak melihat perkara ini berlaku sewaktu menangani pandemik dalam tempoh setahun lalu.
Lebih ramai maut sejak darurat diisytihar pada 11 Januari berbanding sewaktu gelombang pertama pada tahun lalu.
Lebih ramai rakyat dijangkiti dan lebih ramai juga pesakit masuk ke unit rawatan rapi. Lebih ramai juga perlu bantuan pernafasan. Lebih ramai disahkan mati sewaktu tiba di hospital.
Setakat semalam, lebih 500,000 orang rakyat kita dijangkiti dan 2,199 maut akibat Covid-19.
Itulah korban pandemik yang meningkat sejak darurat diisytihar dan pelbagai tindakan memperketat dan melonggarkan kawalan pergerakan tahun ini.
Tentulah Malaysia tidak akan kerugian RM2.4 bilion sehari lagi seperti yang berlaku sewaktu PKP pertama pada Mac 2020.
Bukanlah disebabkan kawalan itu kurang tegas tetapi semakin kurang pengusaha yang masih berniaga dan menanggung kerugian.
Satu-satunya sinar harapan pada waktu ini, kempen pemberian vaksin akan semakin pantas pada Jun apabila lebih banyak bekalan tiba dan penerima mendapat suntikan pertama, jika tidak kesemuanya.
Malaysia perlukan kejelasan dan alasan sains di sebalik rancangan kerajaan dan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).
Tiada gunanya mengumumkan mesyuarat dan menyiar SOP lebih ketat jika seluruh rancangan itu dangkal.
Ya kita perlu kurang kehadiran di pejabat dan tempat kerja. Ya, kita perlu kurang pergerakan manusia dan lalu lintas, kita perlu kurang perhimpunan, kita perlu lebih berjaga-jaga, kita perlu lakukan semua ini untuk kurangkan jumlah jangkitan.
Tapi itu tindakan ke atas rakyat supaya jabatan kesihatan dapat menambah keupayaan untuk menghadapi kebanjiran jangkitan dan kes tenat yang memerlukan ICU dan rumah mayat dan tanah pengebumian.
Apa rancangan kerajaan untuk menurunkan angka jangkitan dan menyingkirkan virus dari kehidupan kita seharian?
Adakah pelan menyeluruh Find, Test, Trace, Isolate and Support (FTTIS) yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia di awal pandemik? Hanya Selangor yang nampaknya menjalankan usaha ini.
Arahan supaya rakyat duduk di rumah itu satu perkara, tetapi kerajaan perlu melakukan lebih lagi daripada mengehadkan waktu perniagaan, muatan dan kekerapan pengangkutan awam dan mengadakan lebih banyak sekatan jalan raya.
Carilah kluster dan adakan lebih banyak ujian. Benarkan perniagaan dibuka dan kawal kehadiran dan penjarakan dengan sistem Hotspot Identification and Dynamic Engagement (HIDE) tool MySejahtera.
Gunakan sains dan data untuk menewaskan pandemik dan membolehkan ekonomi berjalan.
Virus bekerja 24 jam, sepanjang minggu, bukan hanya pada shift malam. Ia merebak di kawasan tempat kerja, tempat ibadat, pusat pendidikan, tetapi tidak di restoran yang hanya menyediakan khidmat penghantaran atau jualan berbungkus.
Mesyuarat dan penelitian kerajaan ke atas pandemik dan sekatan pergerakan perlu menemukan hasil konkrit, bukan karut-marut yang menyebabkan kerajaan menjadi bahan jenaka lebih kelakar.
Rakyat wajar menerima balasan sekiranya mereka bertanggungjawab memilih kerajaan ini. Tetapi rakyat tidak memilih kerajaan ini dan tidak wajar menerima kerajaan yang amat tidak berwibawa.
Sekurang-kurangnya, biarlah orang yang cekap dapat melaksana FTTIS dan SOP lebih baik. Sebabnya sekarang, kebebalan ini lebih menggerunkan berbanding statistik Covid-19. – 23 Mei, 2021.
* Jahabar Sadiq
pengendali The Malaysian Insight.
Yg bebal dan baghal tu Jahabar Sadig.Dia sendiri xtahu nak bezakan penyakit dgn pentadbiran.Walau byk mane pun kerajaan buat hospital dan tambah beribu katil termasuk peralatan,Covid takan pergi,jika rakyat yg mcm Jahabar ni berfikir asik nak salahkan kerajaan tp diri sendiri tiade displin.Rakyat xmahu ikut peraturan.Same juga hospital d bina bukan utk mengurangkan kemalangan,tp pemandu tu sendiri mesti berdisplin memandu.Kerajaan Letak lah beribu SOP,buatlah kajian sain,Covid takan pergi.Klu sbb SOP dan kajian sain blh membunoh Covid dah tentu Negara Erofah terlebih dahulu menciptanya.Covid ni hanya akan hilang apabila rakyat menjauhkan diri dari nya.Tiada vaksin yg mujarab klu kita tidak menjauhkan diri kita.Kita jaga kita.ADE FAHAM???
BalasPadam