Selasa, 18 Mei 2021

PEGUAM DIZALIMI

 

 PEGUAM WARAK

ALIM SUCI

DIZALIMI

AMIN

KENAPA?

AMIN

KERANA PEGUAM

INI BERJUANG

BERMATI MATIAN

MEMPERTAHAN

PEMIMPIN ISLAM

KITA NAJIB

YANG SYUMUL

LAGI SUCI

AMIN




LHDN tak beretika, bocor berita sebelum saman saya, kata Shafee

PEGUAM Muhammad Shafee Abdullah menuduh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai tidak beretika kerana mendedahkan kepada umum sebelum menyerahkan tuntutan tunggakan cukai RM9.41 juta kepadanya.

Bercakap kepada wartawan di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini, Shafee turut mendakwa tindakan itu bersifat politik.

Tambahnya, beliau masih belum menerima notis undang-undang LHDN terhadapnya.

“Ya, mereka kata mereka telah ajukan tetapi saya tidak terima apa-apa, tidak ada. Saya tidak faham bagaimana mereka buat, ini sangat tidak beretika,” kata Shafee kepada wartawan selepas perbicaraan rayuan kes SRC International.

Shafee adalah peguam bela utama bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes melibatkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mereka belum beri tetapi berita itu sudah keluar, ini perkara biasa dari LHDN dan saya anggap ini sebagai langkah politik, itu saja yang saya boleh katakan,” tambahnya.

Dilaporkan semalam kerajaan Malaysia melalui LHDN menfailkan saman terhadapnya menuntut membayar cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.

Writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN pada 6 Mei lepas di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dengan menamakan Muhammad Shafee, 69, sebagai defendan bagi tunggakan cukai itu selama lima tahun.

Sumber LHDN semalam mengesahkan pihaknya belum menyerahkan writ saman itu kepada Shafee dan berkata ia akan diserahkan dalam masa terdekat.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang diperoleh menerusi sistem mahkamah (e-filing), Kerajaan Malaysia mendakwa bagi Tahun-tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2016, defendan telah ditaksirkan dengan taksiran tambahan masing-masing berjumlah RM621,291.85, RM978,854.11, RM3,581,500, RM1,735,124.03 dan RM1,826,557,87 melalui Notis-notis taksiran (tambahan) bertarikh 27 Mei 2019.

Ia mendakwa hingga kini defendan masih gagal membayar jumlah tersebut.

Oleh itu, plaintif menuntut defendan membayar RM9,414,708.32, faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Shafee turut menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN. – 18 Mei, 2021.


 INILAH  CONTOH

PEGUAM

YANG BERANI

MENEGAK 

 KEADILAN

AMIN

SAMSENG 

TOWKAY JUDI

PUN DIBELA

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan