Rabu, 19 Mei 2021

PEMIMPIN ISLAM MANGSA KONSPIRASI

 

 MUSTAHIL

NAJIB AKAN

DIDAPATI SALAH

AMIN

PEMIMPIN ISLAM

JUJUR WARAK

MUSTAHIL AMBIL

DUIT DARI BANK

AMIN

PEMIMPIN ISLAM

SELALU HANTUK

KEPALA PADA

BATU HITAM

MUSTAHIL SALAH

PERLU DUIT

AMIN

SEMUA FITNAH

SEMUA TOHMAH

KHALAS


Hakim perlu masa teliti hujah sebelum buat keputusan kes rayuan SRC

PUTRAJAYA – Prosiding rayuan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak selesai hari ini selepas 15 hari perbicaraan berlangsung.

Sejurus selepas kedua-dua pihak selesai berhujah pada jam 2.30 petang tadi, Hakim  Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan untuk menetapkan tarikh membuat keputusan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membuat kajian dengan penuh ketelitian dan saya rasa ini adalah salah satu rayuan yang telah memakan masa agak lama berbanding dengan rayuan-rayuan yang lain.

“Memandangkan rayuan ini melibatkan isu dan perkara yang amat penting seperti yang dihujahkan oleh kedua-dua belah pihak, kami memerlukan masa untuk membuat pertimbangan untuk membuat keputusan terhadap rayuan ini.

“Kami akan memaklumkan pihak-pihak akan tarikh apabila kami bersedia dengan keputusan ini ” katanya.

Selain Abdul Karim turut bersidang ialah  Has Zanah Mehat dan  Vazeer Alam Mydin Meera.

Pada 28 Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan dibuat bagi membatalkannya.

Berikutan itu Najib memohon untuk membatalkan sabitan dan hukuman tersebut.

Ketika mengemukakan, peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata, Mohd Nazlan dari awal lagi tidak sepatutnya memanggil Najib untuk membela diri malah keputusan itu adalah salah (misdirection).

Beliau berpendapat, hakim yang jauh lebih berpengalaman dalam kes jenayah sepatutnya mendengar dan membuat keputusan dalam prosiding SRC.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V.Sithambaram dalam hujahannya berkata, segala hujah yang dikemukakan pihak pembelaan adalah bersifat after thought (terkemudian) – 

 INILAH

CONTOH 

KONSPIRASI 

AMIN

PROJEK

NAK JATUHKAN

PEMIMPIN ISLAM

YANG JUJUR WARAK

SYUMUL

AMIN

BAYANGKAN

NAJIB PERNAH

BERI SALAM

PADA KUBUR

AMIN

APA LU INGAT 

SENANG

NAK BERI SALAM

PADA KUBUR

KHALAS




1 ulasan:

  1. Haji Najib sgt syumul mungkin dah bertaraf wali2 dan pendita ..itu lah hasil nye seekor hamba yg punya rasa tersangat cinta dgn Tanah Suchi Mukah dan Batuitam. Walau pun Haji Najib di tudoh macam2 ..biliyun2 ..tapi dia tetap di lindungi Allah ..Najib tetap bebas kesana kesini ..Allah lindungi dia ..Najib masih bebas, bergaya ..malah selera makan Tuan Haji kita ni semakin galak.

    BalasPadam