Rabu, 12 Mei 2021

POLITIKUS BEBAL SILA AMBIL PERHATIAN

 


POLITIKUS BEBAL

SILA IKUT 

NASEHAT

PAKAR

AMIN

BUKAN  DOA DOA

AMIN

BUKAN JAMPI JAMPI

AMIN

INI VIRUS WUHAN

YANG BAHAYA

KHALAS 


PKP 3.0 saja tidak cukup bendung penularan Covid-19, kata pakar kesihatan

PENGUATKUASAAN perintah kawalan pergerakan (PKP) terbaru ini perlu dilengkapi dengan ujian saringan yang dilakukan besar-besaran dan penjejakan kontak lebih meluas untuk melawan penularan pandemik Covid-19 secara berkesan, kata pakar kesihatan.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight kerajaan tidak ada pilihan lain kecuali menutup sektor ekonomi jika PKP 3.0 tidak dapat menurunkan angka jangkitan kes seperti diharapkan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Isnin berkata Malaysia akan dikenakan PKP 3.0 bermula hari ini hingga 7 Jun susulan gelombang ketiga jangkitan Covid-19 semakin kritikal.

Semalam, Malaysia merekodkan 3,973 kes jangkitan baharu dengan 22 kematian. Pada masa ini, terdapat 38,499 kes aktif yang memerlukan rawatan dan pemantauan.

Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Prof Dr Adeeba Kamarulzaman berkata kerajaan perlu melakukan lebih banyak ujian saringan besar-besaran dan penjejakan kontak lebih luas ketika PKP 3.0.

“Kita perlu buat ujian saringan kepada seramai mungkin individu, terutama di kawasan zon merah,” kata bekas dekan fakulti perubatan Universiti Malaya itu.

Gesaan sama dibuat boleh Kumpulan Penasihat Pakar Sains dan Kesihatan Covid-19, yang meminta Putrajaya melaksanakan PKP bersasar dan menjalankan pemantauan menerusi ujian bersasar.

Kumpulan itu berkata Putrajaya perlu mengukuhkan risiko komunikasi selain melonjakkan lagi pemberian imunisasi dengan pada masa sama, melawan rasa ragu-ragu orang awam terhadap vaksin.

Di bawah PKP 3.0, perjalanan rentas daerah dan negeri, selain perhimpunan sosial, keagamaan, sukan dan aktiviti pendidikan disekat, sementara makan di premis tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Dr Kuljit Singh dari Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berkata PKP terbaru ini tidak sama seperti yang dikuatkuasakan pada Mac tahun lalu.

“Bagus untuk buat sekatan lebih ketat, tetapi sudah tentu kita perlu memantau dan melihat sama ada jumlah khalayak berkumpul berkurangan.

“Idea untuk mengurangkan orang ramai berkumpul bagi memastikan penularan dan jumlah jangkitan menurun,” katanya.

Dr Kuljit berkata beliau faham mengapa kerajaan mahu sektor ekonomi berfungsi seperti biasa tetapi memberi amaran perintah berkurung sepenuhnya akan berlaku jika jangkitan terus berlaku dan kes kekal tinggi.

“Kita tidak mahu ekonomi terjejas teruk, jadi kerajaan perlu melihat kepada cara mengekalkan sektor itu terus beroperasi.

“Jika jumlah kes Covid-19 tidak berkurangan, makan anda perlu jadi lebih ketat. Kalau keadaan makin teruk, anda akan terpaksa menutup ekonomi buat sementara waktu, anda tidak ada pilihan,” kata presiden APHM itu. – 12 Mei, 2021.


POLITIKUS BEBAL

JANGAN BUAT

APA APA

AMIN

DUDUK DIAM DIAM

ANCOK BINI MUDA

BELI KERETA AUDI

AMIN

JANGAN NAK

KELUAR AYAT AYAT

INI BUKAN KERJA 

KAMU

AMIN

KAMU BEBAL

 JANGAN SUSAHKAN 

ORANG  RAMAI

KHALAS 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan