Jumaat, 7 Mei 2021

RAMAI TAK FAHAM

 

 

RAMAI TAK FAHAM

BILA KAKAK

DI PASAR IKAN

CHOW KIT

MINTA TURUN

HARGA IKAN

KE DARI 6.85

JADI  KE 6.00

AMIN

RAMAI TAK FAHAM

BILA KAKAK

DI PASAR CHOW KIT

CAKAP HARGA

BAWANG BESAR

MINGGU LEPAS

 4.50  SEKILO

AMIN

MENGAPA MINGGU

NI JADI 5 RINGGIT

AMIN

PASAL APA? 

KHALAS


Tiada harga 

barang melampau? 

Turun padang, 

buatlah kerja 

MERUJUK kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mengatakan bahawa tiada aduan yang diterima mengenai harga barang melampau, Muda menyarankan agar Menteri bersikap lebih proaktif dalam mengangani isu tersebut.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan 2021 hanya dilaksanakan selepas masyarakat secara umum membuat aduan mengenai harga barang mentah yang kian meningkat. Sebagai seorang Menteri, bukan menjadi tugasan anda untuk membuat pengumuman sahaja mengenai harga barang. Sehingga kini tiada polisi komprehensif untuk menggelak perkara ini dari terus berlaku.

Muda ingin mencadangkan agar KPDNHEP bekerjasama rapat bersama Mafi untuk memastikan harga barang akan terus berada di tahap yang tidak membebankan rakyat dan bukan hanya untuk masa dua minggu sahaja berikutan implentasi SKim Harga Maksimum Musim Perayaan.

Keluhan penternak yang terpaksa menjual ayam dengan harga yang tinggi berikutan peningkatan harga dedak dan juga kos yang diambil orang tengah sehingga kini tiada solusi. Muda ingin mencadangkan perkara penyelesaian solusi:

Mafi dan KPDNHEP melihat semula struktur Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang sepatutnya menjadi salah satu sumber food security negara kita. Suntikan dana dan pengurusan dana yang mapan perlu dilakukan oleh Nafas. Elak menjadi seperti National Feedlot Corporation. 

Kerajaan perlu mengkaji cara kreatif untuk memastikan orang tengah tidak mengambil untung atas angin yang tinggi ataupun memastikan jualan terus dari pengusaha kepada pelanggan ataupun pengusaha kepada peruncit-peruncit. Aplikasi-aplikasi moden seperti Shopee, Lazada dan Marketplace Facebook sudahpun menjadi medan untuk memotong peranan orang tengah. Kerajaan perlu lebih agresif dalam mengguna pakai medan sedia ada. 

Muda dengan ini berharap agar KPDNHEP dan Mafi bukan sahaja mengeluarkan kenyataan tetapi bertindak lebih proaktif dalam memastikan harga barang berada di tahap yang tidak membebankan rakyat.

Fokus utama Muda adalah kebajikan rakyat yang kini menghadapi krisis demi krisis berikutan tindakan sambil lewa kerajaan dalam menguruskan wabak Covid-19. Oleh itu, Muda harap barisan kabinet yang begitu besar sekali boleh lebih pantas menguruskan negara sebelum krisis baru bermula. Sekian. – 6 Mei, 2021.


RAMAI TAK FAHAM

TERUTAMA YANG

TAK PERNAH SUSAH

 AMIN

KENAPA KAKAK

TAWAR MENAWAR

BILA BELI SAYUR

BUKAN BELI

 KONDO

AMIN

RAMAI TAK FAHAM

TERUTAMA 

YANG BERDUIT 

DAPAT KURANG 

20 SEN ITU 

SATU KEJAYAAN

YANG LUMAYAN

AMIN



1 ulasan:

  1. Terbaik ler kerajaan Langkah Sheraton nie semua harga barang murah...KAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAK

    BalasPadam