SATU LAGI
BUKTI BAHAYA
CHINA MERAH
KHALAS
KM Pulau Pinang, Guan Eng tertipu dengan scam vaksin – KJ
KUALA LUMPUR – Satu syarikat swasta yang didakwa kerajaan Pulau Pinang dalam sidang media semalam kononnya mahu mendermakan dua juta dos vaksin Sinovac sebenarnya tidak wujud.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mendedahkan, syarikat itu sebenarnya satu penipuan (scam) dan terkejut bagaimana seorang ketua menteri tanpa menerimanya tanpa usul periksa tawaran berkenaan terlebih dahulu.
Beliau juga kecewa dengan tuduhan terhadap dirinya dan kerajaan Pusat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkaitan Program Imunisasi Vaksin Kebangsaan Covid-19 yang sedang dilaksanakan.
“Sejurus selepas ketua menteri memaklumkan mengenai kesediaan syarikat itu menerusi sepucuk surat bersetuju menawarkan dua juta dos vaksin ke negeri itu dan bayaran akan ditanggung dan dilunaskan sendiri kepada syarikat Sinovac, saya meminta pihak saya segera menyiasat dakwaan dan tawaran serta butiran syarikat penderma itu.
“Dan saya di sini hendak umumkan bahawa tidak ada apa-apa bukti atau dokumen mahu pun permohonan yang diterima dari mana-mana wakil syarikat tersebut mengenai tawaran menderma bekalan dua juta vaksin.
“Malahan wanita bernama Cik Koko Cheng juga mengesahkan beliau tidak pernah menguruskan vaksin Sinovac di pasaran Asia sekaligus menafikan pernah dihubungi tentang pemberian sumbangan vaksin sepertimana dimaksudkan syarikat tak wujud serta kerajaan negeri itu.
“Saya bersama pasukan saya telah melaksanakan satu siasatan company search kepada syarikat itu mengikut ejaan nama syarikat seperti tertera dalam surat permohonan dan apa yang mengejutkan syarikat itu sebenarnya tak wujud.
“Apabila sidang media itu diadakan oleh ketua menteri (Kon Yeow) dan Guan Eng semalam membidas saya, kakitangan saya sendiri menerima surat sama dari orang yang sama yang mahu menyumbangkan vaksin itu kepada Sabah pula,” katanya.
Tambah Khairy, kakitangannya juga memaklumkan surat dari syarikat dan individu itu diterima pada 9 Februari lalu dan setelah dirujuk dengan pihak Sinovac, rupanya-rupanya tawaran syarikat itu tak wujud langsung.
Senang kata, tegas Ahli Parlimen Rembau itu, apa yang didakwa Ketua Menteri Pulau Pinang dan Guan Eng mengenai sumbangan dos vaksin itu terbukti palsu.
Ia termasuk dakwaan syarikat itu dan juga wakilnya yang bernama Wong Chee Kong yang beralamat di Lorong Kenawai, 5, Taman Sinar Baru, Jalan Damat, Kota Kinabalu, Sabah juga tidak wujud.
Khairy menggunakan pendedahan pihaknya itu mempersoalkan bagaimana kerajaan Pulau Pinang menggunakan penipuan untuk menuduh kerajaan Persekutuan cuba menghalang penerimaan dua juta dos dari syarikat itu.
“Sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin membantu Malaysia menyumbangkan vaksin kepada kerajaan negeri, saya mengalu-alukan inisiatif itu tapi ia mestilah menerusi saluran yang ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NFRA) sebab ia adalah barang kawalan.
“Vaksin bukannya sehelai baju kemeja T yang boleh dibeli di Shoppe, surat itu palsu dan syarikat serta individu itu pun tak wujud,” tegasnya.
Khairy juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Guan Eng dan juga Kon Yeow supaya jangan mempolitikkan program imunisasi kebangsaan.
“Sekiranya kerajaan negeri berkenaan membuktikan tawaran vaksin oleh individu itu sahih dan wujud daya sedia memberi kebenaran serta merta untuk mereka membawa masuk vaksin itu tapi jangan mempolitikkan isu ini,” saya tak mahupolitikkan isu ini,” ujarnya.
Menurutnya perkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua pemimpin pembangkang itu sangat serius kerana kerajaan sentiasa berusaha memastikan program vaksinasi untuk rakyat Malaysia dipercepatkan sambil mengesahkan bekalan yang telah ditempah adalah sudah memadai bagi meneruskan program tersebut.
Katanya surat tawaran syarikat swasta yang digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang adalah surat bertarikh 1 Februari ditulis Yong Chee Kong dari Sabah kepada pemimpin negeri itu mengenai hasrat mahu memberikan vaksin.
“Dalam surat itu individu itu memperkenalkan dirinya sebagai rakyat Malaysia dan merupakan Pengarah Urusan Syarikat Xintai Development Enterprise Limited yang berpengkalan di Hong Kong yang mahu menawarkan sumbangan berbentuk vaksin Sinovac untuk rakyat khususnya negeri Pulau Pinang.
“Individu itu mendakwa kononnya sumbangan itu adalah dalam bentuk bayaran kepada Sinovac Biotech Ltd untuk kos vaksin sebanyak dua juta dos dan mendakwa berhubung dengan pihak Sinovac menerusi pegawai jualan antarbangsanya, Miss Coco Chang dan kementerian boleh berhubung dengan pegawai berkenaan untuk maklumat lanjut.
“Dia juga sebut akan membayar deposit wang dalam bentuk dolar Amerika USD 2 juta sekiranya Pulau Pinang bersetuju sebagai tanda minat kepada vaksin berkenaan sebelum Tahun Baru Cina pada harga yang dipersetujui dan transaksi bayaran penuh akan dilakukan di akaun HSBC persendiriannya di Hong Kong,” tegasnya.
Khairy juga mengesahkan sebagai tindakan lanjut mengelak penipuan, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan membuat satu laporan polis untuk mengenal pasti individu di sebalik penipuan itu.
“Kita nak tahu identiti individu (scam vaksin) itu sebab dia mengelirukan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga pemimpin itu menggunakan surat ini dan menuduh saya dan kerajaan Persekutuan yang dianggap tuduhan sangat serius dan saya nafi sekeras-kerasnya,” katanya.
Selain itu, menurutnya, semalam Yayasan Sekar juga dikatakan bersedia menawarkan derma 200,000 vaksin Sinovac dan selepas disiasat dengan Pharmaniaga tiada bukti urusan tempahan atau pembelian membuktikannya adalah palsu.-
Bukan tertipu tp mereka berdua ni memang bodoh taraf tahi lembu.Bayangkan dua2 ekor ni KM dan bekas Menteri Kew bagitu mudah d tipu,pah tu dok semua DAP menyalak mcm anjing salahkan kerajaan kata menghalang kerajaan Negeri dari membeli sendiri vaksin utk negeri mereka.Aku rasa klu d benarkan mereka trime,mkin vaksin tu dari kencing babi.Bukan mustahil sbb mereka ni bodoh taraf tahi lembu..
BalasPadamAda jugak Apek Kapir Harbi yg bingal mcm Incik Guan Eng ..orang lain bili vaksin masyuk duit kopi 500juta ..kahkahkah bodoh punye Kapir makan babi ..
BalasPadamHisham, percaya kah kamu kalau kau dah lama berkawan dengan orang yang IQ rendah, kau akan jadi bodoh juga? Kononnya orang DAP dah terlalu lama ditipu Anwar, pemimpin DAP tahap ketua menteri Pulau Pinang pun bodoh tak guna akal dan common sense. Kalau orang tulis surat nak derma 2 juta vaksin, langkah common sense pertama, jumpa penderma buat semakan sendiri untuk mengesah maklumat yang diterima. Menteri ada banyak sumber buat pengesahan. Bukan buta-buta percaya kandungan sepucuk surat saja .... macam IQ lobak merah. Padan muka DAP!!! Khairy Jamaluddin lebih cerdik kali ini!
BalasPadam