INI BAIKNYA
UMNO
HILANG KUASA
AMIN
UMNO JADI
PARTI PERJUANGAN
AMIN
MENYOKONG
RAKYAT TERTINDAS
AMIN
PANDAI GUNA
KONSEP
APARTHEID
AMIN
Malaysia perlu tegas, isytihar Israel negara apartheid, gesa Umno
MALAYSIA perlu mengambil tindakan tegas, jelas dan radikal terhadap jenayah perang dan penjajahan Israel terhadap rakyat Palestin dengan mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara apartheid secara rasmi.
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata langkah itu akan memberi tamparan dan tekanan kepada Israel serta mengubah kedudukannya dalam forum dunia, sekali gus memberi kesan lebih serius termasuk putus hubungan diplomatik serta larangan menyertai pelbagai acara dunia seperti Sukan Olimpik.
Katanya hal ini kerana kecaman dan kutukan dunia semata-mata adalah sangat tidak memadai dan tidak boleh bersifat bermusim berdasarkan kebiadaban Israel dalam operasi pembantaian serta keganasan yang berterusan oleh rejim Zionis.
“Sebelum ini negara kita sudah mengisytiharkan secara tegas dan terang kepada dunia bahawa kita tidak mengiktiraf negara haram Israel di dalam pasport kita. Kini, kita mesti mengambil langkah yang lebih tegas dan radikal dengan mengisytiharkan bahawa Israel adalah negara apartheid secara rasmi.
“Dunia mesti melihat operasi pembantaian komuniti Arab, pembunuhan beramai-ramai, perampasan harta dan kediaman serta pembersihan etnik berskala besar oleh Zionis sebagai apartheid sistematik serta jenayah perang dan bukannya bersifat ‘mempertahankan’,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohamed Khaled seterusnya mengucapkan tahniah kepada seluruh masyarakat di negara ini kerana cakna terhadap isu itu, yang menurutnya turut menyumbang kepada peningkatan kesedaran, pemahaman dan bantuan kepada rakyat Palestin.
Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lepas, dan sehingga kini dilaporkan lebih 100 rakyat Palestin terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera. – Bernama, 16 Mei, 2021.
Jangan jangan musibat ni macam bersin di laman aje, tak. Kikikiki
BalasPadamPBB sudah mula bersuara ingin usahakan gencatan senjata,itu petanda baik bahawa israel sedang kepanikan dan kelemahan, sama seperti UMNO, jika ada profesor universiti mencadangkan melayu berpadu,,contohnya pas dan umno..itu maksud umno sudah lemah dan perlukan pertolongan.
BalasPadam