Jumaat, 28 Mei 2021

UMNO MAKIN BENGIS - JADI ANAK KAPAL

 

 UMNO MAKIN

BENGIS

AMIN

HANYA JADI

ANAK KAPAL

AMIN 

GEDEBE 

GEROMBOLAN

 MULA MARAH

KHALAS


Masanya Umno tarik balik sokongan kepada Muhyiddin

SAYA menulis surat ini sebagai ahli Umno untuk menyarankan kepada para Yang Berhormat menteri dan timbalan menteri Umno supaya menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan segera.

Selepas memberi peluang lebih setahun kepada kerajaan PN untuk menguruskan krisis ini, ternyata keputusan-keputusan dan dasar-dasar mereka terbukti gagal malah menerukkan lagi keadaan.

Semalam lebih 7,000 kes jangkitan dan lebih 60 mati akibat wabak Covid-19.

Malaysia antara negara yang semakin merosot di dunia dalam menangani krisis Covid-19 ini berbanding negara lain termasuk negara jiran.

Ini tidak boleh diteruskan dan diterima lagi kerana nyawa rakyat yang dipertaruhkan semakin terdedah kepada bahaya.

Keadaan ini perlu diubah dengan perubahan dasar lebih baik, lebih berkesan dan tidak memudaratkan rakyat.

Sebab itu kerajaan hari ini perlu ditukar supaya dasar-dasar dan keputusan kerajaan juga boleh ditukar.

Salah satu cara untuk melaksanakan perkara ini ialah dengan ahli Parlimen terutama menteri Umno menarik diri daripada kerajaan PN.

Dengan ini kerajaan dan Kabinet baharu boleh dibentuk mengikut undang-undang sama ada melalui pilihan raya atau melalui kerajaan sementara sehingga wabak Covid-19 reda.

Sebab selagi kita (Umno) berada dalam kerajaan PN ini, kita tidak boleh menentukan dasar, kita hanya menjadi pak turut kepada dasar yang ditentukan dan diputuskan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Bersatu yang mengemudi kerajaan.

Hanya anak kapal

Dalam kerajaan hari ini, kita bukan dikemudi, kita (menteri Umno) hanyalah seperti anak kapal.

Dan apabila dasar dan keputusan ini salah atau memudaratkan rakyat, kita (Umno) dan menteri Umno yang perlu hadapi kemarahan rakyat walhal perdana menteri dan menteri Bersatu menyorok di belakang tabir walaupun mereka yang sebenarnya memacu dasar dan menentukan arah tuju.

Apabila arah tuju ini ditentukan kerana agenda politik untuk mengekalkan kuasa mereka tanpa mandat rakyat, maka dasarnya pun akan ke arah itu dan agenda rakyat bukanlah menjadi keutamaan.

Akibatnya prestasi kerajaan yang buruk dan mudarat kepada rakyat.

Semalam tular satu video seorang wanita yang kecewa dengan sistem pemberian vaksin kerajaan. Wanita yang membawa ibunya ke pusat vaksin itu nampak amat tertekan sehingga terpaksa meninggi suara kepada seorang menteri yang berhadapan dengannya.

Menteri tersebut cuba menenangkan wanita itu namun suara menteri tenggelam dan tidak kedengaran mungkin kerana tergamam.

Saya simpati kepada kedua-duanya.

Walaupun ia satu insiden yang melibatkan seorang wanita, namun insiden ini tidak boleh diambil enteng.

Kerana rakyat Malaysia kebanyakannya cenderung untuk memendam perasaan dan tidak meluahkan kemarahan mereka seperti wanita itu walaupun mereka pun kecewa dan tertekan sama.

Diam tidak bermaksud mereka tidak marah di dalam hati ke atas prestasi kerajaan dan menteri.

Jika ada seorang yang amat tertekan seperti wanita itu sehingga tidak dapat menahan perasaan di khalayak ramai, maksudnya ada ramai malah berjuta lagi rakyat yang berperasaan yang sama tetapi memendam kemarahan.

Kemarahan ini biasanya ditunjukkan nanti dalam pilihanraya dan di peti undi.

Mereka (rakyat) kecewa dengan apa yang perlu mereka tanggung dan hadapi sekarang akibat kegagalan dasar-dasar kerajaan, namun kerap kali kerajaan pula menyalahkan mereka (rakyat) ke atas kegagalan ini.

Tambahan lagi kerajaan tidak boleh disoal kerana Parlimen masih ditutup dan Perdana Menteri sendiri masih enggan buat sidang media terbuka namun menyuruh menteri Umno untuk menjawab soalan dan menerima keluhan rakyat.

Kebertanggungjawaban (accountability) kerajaan dan perdana menteri adalah samar dan hampir tiada.

Tanggungjawab

Menteri memang perlu hadap maklum balas rakyat waima baik atau buruk kerana itu adalah termasuk dalam tugas mereka dan mereka dibayar gaji berpuluh ribu sebulan untuk kerja ini.

Namun secara tidak langsung akar umbi Umno yang akhirnya terpaksa pikul kerajaan Muhyiddin dan Bersatu yang semakin dibenci oleh rakyat, kerana menteri Umno masih memilih untuk kekal dalam Kabinet Muhyiddin.

Bagaimana nanti kita akan menjawab dengan rakyat dalam pilihan raya apabila mereka tanya kita apa yang kita buat selama kita berada dalam kerajaan PN yang gagal dulu?

Yang perlu jawab di lapangan dengan pengundi berkenaan hal ini apabila pilihan raya nanti kebanyakannya adalah berjuta akar umbi Umno yang merayu undi kepada berpuluh ribu pengundi di setiap kawasan masing-masing.

Tarik diri

Sebab itu saya sarankan supaya menteri serta timbalan menteri Umno menarik diri daripada kerajaan PN segera.

Semakin lama kita bersama dengan kerajaan PN ini selagi itulah kita tidak akan mengubah arah tuju dasar negara dan hanya mengikut dari belakang dalam kerajaan yang gagal.

Yang menjadi mangsa dan mendapat mudarat ialah rakyat secara keseluruhan, dan yang mendapat tempias adalah akar umbi Umno yang lebih dekat dan berhadapan dengan rakyat.

Keputusan Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini memberi mandat untuk kita menarik diri pada bila-bila masa menjelang Ogos 2021.

Ini bermaksud kita tidak perlu tunggu sehingga Ogos baru hendak tarik diri apabila mungkin nasi sudah menjadi bubur.

Saya harap sahabat saya dalam Umno yang menjadi menteri dan timbalan menteri dapat membuat keputusan yang betul dan terbaik untuk rakyat dan akar umbi dengan menarik diri daripada kerajaan PN supaya kita boleh mengubah dasar dan keadaan ini secepat mungkin.

Saranan saya ini mungkin tidak popular di kalangan pemimpin besar yang berkuasa dan berjawatan dalam Kabinet kerajaan PN dan perdana menteri.

Namun ia perlu kerana perjuangan kita adalah untuk kehidupan rakyat yang lebih baik dan dijauhi mudarat.

Apabila kehidupan rakyat semakin buruk dan semakin mudarat, kita perlu berbuat sesuatu. – 27 Mei, 2021.

* Isham Jalil 
Ketua Penerangan
 Barisan Nasional Selangor.

 WOIT

CAKAP NAK

 TARIK DIRI

KAH KAH KAH

BERAPA RATUS

KALI DAH CAKAP

KAH KAH KAH

TAK PANCUT

PANCUT

KAH KAH KAH

MENTERI KELASI

MUSTAHIL NAK

TINGGALKAN

MUHYIDIN

KAH KAH KAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan