Ahad, 16 Mei 2021

WARGA BERHATI HATI

 

WARGA WAJIB

BERHATI HATI

AMIN

ZAMAN KERAJAAN

LANUN NAJIB DULU

SAMAN TRAFIK

JADI PENDAPATAN

 NEGARA

AMIN 

Tular di media sosial gambar isteri bersama tiga orang anak berumur 11 tahun, 10 tahun dan lima tahun melawat suaminya yang juga anggota IPD Putrajaya. Perkara itu berlaku pada 13 Mei, kira-kira 1 tengah hari di SJR Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil dan mengundang pelbagai reaksi. – Gambar Facebook, 16 Mei, 2021.


Isteri lawat suami bertugas kena kompaun RM2,000


ISTERI anggota polis yang menziarahi suaminya yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya pada Hari Raya pertama dikenakan kompaun RM2,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata kompaun itu dikeluarkan semalam di bawah Peraturan 21 (PU A 225/20212) Ziarah Hari Raya Raya Aidilfitri (No 21 Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana pelanggaran SOP PKP dengan menziarah suami di SJR.

Menurutnya, pada awalnya perbuatan tersebut dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya. 

“Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan pihak polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau hari biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tular di media sosial gambar isteri bersama tiga orang anak berumur 11 tahun, 10 tahun dan lima tahun melawat suaminya yang juga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. Perkara itu berlaku pada 13 Mei, kira-kira 1 tengah hari di SJR Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil dan mengundang pelbagai reaksi.

Mengenai dakwaan keluarga anggota polis itu menaiki kenderaan melebihi had tiga orang bagi sesebuah kenderaan, Mohd Fadzil berkata siasatan lanjut mendapati mereka datang menaiki dua kenderaan berbeza dan tiada kompaun dikenakan.

“Pihak polis tidak berkompromi sekiranya wujud sebarang pelanggaran SOP PKP dan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira sama ada orang awam mahu pun anggota PDRM sendiri,” katanya. – Bernama, 16 Mei, 2021.

3 lelaki kena kompaun RM5,000 cuba rentas daerah, negeri

Tiga lelaki dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran polis di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson di Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua mereka yang berusia lingkungan 34 hingga 37 tahun itu gagal mengemukakan surat kebenaran atau apa-apa dokumen berkaitan ketika rondaan polis dalam operasi pematuhan PKP di pantai itu kira-kira jam 6 petang.  

“Dua daripada mereka dari Seremban dan seorang lagi dari Selangor, mereka gagal menunjukkan sebarang surat kebenaran sewaktu diperiksa polis ketika berada di pantai berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata polis turut membuka kertas siasatan berhubung kes tular di laman sosial berkaitan program sambutan Aidilfitri di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson, pada 13 Mei lepas yang didakwa melanggar SOP ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan COVID-19.

Katanya, pihaknya menerima laporan berkaitan perkara itu hari ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A APPPPB 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (no.4) 2021 / seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis memandang serius sebarang pelanggaran SOP Aidilfitri yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam mengawal jangkitan COVID-19 memandangkan kes wabak itu semakin meningkat saban hari,” katanya. – Bernama, 16 Mei, 2021.

SEKARANG

DANA KERAJAAN

MAKIN KURNG 

DUIT SIMPANAN 

NEGARA

MAKIN SUSUT

AMIN

BERAWAS

JANGAN JADIKAN

SAMAN KOBID

PENDAPATAN

 NEGARA

KHALAS 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan