GADUH DALAM
AMK - PKR
AMIN
INI NAMANYA
PERANG PROKSI
AMIN
PUNCANYA KKS
KURANG KASIH
SAYANG
KHALAS
110 Cabang AMK tolak kepimpinan Akmal Nasir
KUALA LUMPUR – Kemelut dalaman yang berlaku dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) makin serius apabila kira-kira 110 Ketua AMK Cabang menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Ini berlaku selepas Akmal Nasrullah melakukan rombakan besar-besaran struktur kepimpinan sayap parti PKR itu termasuk melucutkan jawatan Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi berkuatkuasa serta merta.
Kenyataan bersama AMK Cabang yang turut ditandatangani Najwan hari ini mendakwa, Akmal Nasrullah yang lebih dikenali dengan panggilan Akmal Nasir tidak lagi layak menerajui kepimpinan sayap parti itu.
“Berikutan rombakan besar-besaran yang dilakukan pucuk pimpinan AMK pusat tanpa pengetahuan kepimpinan sayap di seluruh negara, kira-kira 110 Ketua AMK Cabang PKR menyatakan tidak lagi menyokong ketuanya itu.
“Beliau ternyata tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila melucutkan jawatan sebahagian besar pemimpin muda yang bekerja kuat menguatkan parti selepas ‘Langkah Sheraton’.
“Untuk makluman, AMK mempunyai 137 cabang dan 110 Ketua AMK Cabang yang menang secara rasmi dan sah dalam pertandingan tahun lalu telah menolak kepimpinan Akmal Nasir,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Isnin lalu, Akmal Nasir membuat kejutan menerusi surat bertajuk, “Rombakan Menyeluruh Struktur Jawatankuasa AMK Selangor”, membubarkan seluruh jawatankuasa AMK negeri itu termasuk melucutkan jawatan disandang Najwan.
Surat yang ditandatangan Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Che Ab Razak itu menyatakan, ada keperluan untuk AMK Malaysia melakukan rombakan strategik bagi bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan memastikan gerak kerja lebih berfokus dan tersusun.
Selain Najwan, turut menandatangani kenyataan bersama itu ialah bekas Ketua AMK Perlis Azam Karap dan Naib Ketua AMK pusat, Syed Badli Shah, masing-masing digugurkan oleh AMK pusat dua hari lalu.
Menurut kenyataan itu, jika AMK pusat hendak membuat rombakan atas alasan pemilihan PKR dilanjutkan sehingga tahun 2023, adalah lebih baik dilakukan secara keseluruhan terhadap tampuk kepimpinan AMK.
“Sudah terang lagi bersuluh Akmal Nasir adalah Ketua AMK Malaysia paling lemah dan tidak efektif dalam sejarah kepimpinan sayap parti.
Mana2 proxy yang tengah gaduh ni Mahaguru Tok Sheikh nya orang yang sama.
BalasPadamDari zaman 'Battle of the cronies' pada tahun 1998, hingga lawan tikam nomber 'I got the numbers' pada 2008 dan baru2 ini perang saraf 'tunaikan janji alih kuasa PM 'pada 2019,dan sekali lagi tikam nomber tahun 2020,....semua nya berakhir dengan fail..kecundang..gagal..political disaster..
Jadi pada semua proxy2 ..balaci2 ..pebantu2 peribadi..pembantu2 geli2...hentikan je la.
Selagi korang ikut strateji,taktik, kelentong.. klepet yang sama dengan Tok Sheikh korang..sampai bila2 pun korang akan gagal..fail..kecundang..bebal ..bangang ..terbongkang.
Orang lain nak battle..nak bertanding ..nak debat berhujah ...semua berdepan man to man..
Tapi korang tetap ikut Tok Sheikh yang memang pakar dalam bab:....CUCUK BELAKANG...