Selasa, 22 Jun 2021

AWAS JANGKITAN VIRUS ANJAPEM10

 



DULU 

ADA KUASA

KAH KAH KAH

SEKARANG DAH

ILANG KUASA

KAH KAH KAH

BERTAMBAH

SAKIT BILA

DISERANG OLEH

VIRUS ANJAPEM10 

KHALAS




Yang pernah tadbir negara patut faham proses Parlimen, kata Annuar Musa

PIHAK yang pernah mentadbir negara sepatutnya faham proses urusan Parlimen, kata bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa, selepas Umno semalam memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk memanggil Parlimen bersidang.

Annuar tidak merujuk khusus kepada kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam namun memberi ingatan bahawa membuat ugutan bukan caranya.

“Sebagai pihak yang pernah mentadbir negara dan sepatutnya faham proses bagaimana urusan memanggil sidang Parlimen dilakukan, sepatutnya mereka lebih cool dalam memberi pandangan.

“Ugutan yang tidak kena pada tempat akan memakan diri, dan menampakkan agenda sebenar di sebalik kegelojohan,” tulisnya di Twitter, malam tadi.

Semalam, Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri mendesak kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari, sebelum 4 Julai ini.

“Kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah,” katanya, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat biro politik Umno.

Zahid tidak menyebut langkah Umno jika desakan itu tidak dipenuhi, sebaliknya berkata Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk memuktamadkan tindakan selanjutnya.

Kenyataan Zahid turut dikritik oleh bekas menteri undang-undang Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyifatkannya sebagai “tidak masuk akal”.

Ketua Umno Bahagian Padang Rengas itu berkata desakan Zahid tidak menepati tatacara sidang Parlimen yang memerlukan tempoh notis 28 hari untuk memulakan persidangan.

“Memang tak ikut prosedur Parlimen lah kalau macam itu. Saya punya pandangan ini memang tak boleh berlaku,” katanya, seperti dipetik Agenda Daily.

Dalam pada itu, Ahli MKT Umno Zahidi Zainul Abidin melihat kenyataan Zahid yang mahu Parlimen dibuka segera senada dengan pendirian Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau bimbang Zahid menyembunyikan agenda, apatah lagi presiden Umno itu dan Anwar pernah dikaitkan dengan pakatan politik sulit selepas tular rakaman audio yang didakwa perbualan telefon mereka berdua. 

Zahid dan Anwar menafikan dakwaan itu.

“Kita lihat nada dia (Zahid) sama dengan nada Anwar jadi kita tak tahulah apa di sebalik tersebut, tetapi kalau benar ikhlas kerana saranan Tuanku kerajaan pun kini sedang berusaha untuk mengadakan sidang Parlimen,” katanya, seperti dipetik Agenda Daily.

Muhyiddin minggu lalu berkata Parlimen boleh bersidang seawal September apabila pelan pemulihan negara keluar daripada Covid-19 memasuki fasa ketiga.

Pada Ahad, Muhyiddin berkata sebuah jawatankuasa dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang sedang meneliti aspek-aspek penting sebelum Parlimen bersidang.

Pengamal undang-undang berbeza pandangan tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen, yang mengikut satu pandangan boleh dipanggil tanpa nasihat perdana menteri, berdasarkan satu peruntukan dalam Ordinan Darurat.

Beberapa pakar perundangan lain termasuk bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad dan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali bagaimanapun berpendapat kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut nasihat perdana menteri, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. – 22 Jun, 2021. 


ANJAPEM10

VIRUS BAHAYA

AMIN

TANDA AWAL

IALAH MELAUNG

BUKA PARLIMEN

BUKA PARLIMEN

AMIN

KALAU DAH TENAT

AKAN BERATIP

KERAJAAN GAGAL 

KERAJAAN GAGAL 

KHALAS




1 ulasan:

  1. Kenapa bg vaksin kpd ahli parlimen dulu? Nak jadi contoh ? Atau depa takut mati kah kah kah, kalau front liner diberi vaksin kerana mereka bekerja, yang AP ini semua buat apa ya ? Sajalah tanya kot kot kita tak nampak kerja, asyik beratip saban hari dalam FB, media hebat walafiat mereka, tapi tapi hakikatnya semua puak hanya pentingkan diri a bunch of bloody fuckers, yang tunggu masuk penjara nak elak, yang jatuh hukum rayuan, yang sondol konsipirasi begitu lah selama lamanya semua ada bab, tapi paling afdal ialah majoriti rakyat masih terima golongan ini sebagai Bossku, sampai pencurik dapat gelaran Bossku, dah tahu pencuri tapi tak apa sebab orang KITA lah kah kah hebat lah kah kah kah

    BalasPadam