SENIN 7/6/2021
KITA MASUK KE HARI 447
BERKHALWAT
BERKHALWAT
DARURAT
HARI KE 147
PKP 4.0
DAH RAMAI KE
YANG DAH KENA CUCUK
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KALAU RAMAI LAGI BAIK
UNTUK KITA SEMUA
KITA JAGA KITA
AMIN
PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
MENYINAR
KUALA LUMPUR CERAH
KL SENTRAL CERAH
AWAN BIRU LEMAH
SADIKIT AWAN PUTIH
INI PANAS YANG MENJANJIKAN
TERKUKUR BERSUARA
YANG LAIN SENYAP
CENGKERIK DIAM
SEKUMPULAN PIPIT
10 KE 15 EKOR MELINTAS
MENCARI BIJIRIN
DI POHOH MENGKUDU
GUA NAMPAK DUA EKOR TEMPUA
SAEKOR BERGAYUT DIRUMAH BARU
YANG SATU LAGI
DI TEPI RANTING
APAKAH MEREKA AKAN
MENDIRIKAN SEBUAH LAGI BANGLO?
AMIN
BRO
MARI KITA SENYUM
UNTUK MENYAMBUT
PAGI INI
BRO
GUNAKAN TENAGA FIKRAH
BUKAN UNTUK RISAU
TAPI
UNTUK MENCARI PENCERAHAN
BRO
MASALAH DIHADAPAN
BUKAN MASALAH
YANG JADI MASALAH
IALAH APA REAKSI KITA
BRO
BERFIKIR YANG SEHAT
BERCAKAP YANG MANIS
BERBUAT YANG BAIK
SEMUANYA
AKAN DATANG KEMBALI
BRO
GEMBIRALAH
KITIKA MEMBACA APA
YANG GUA TULIS INI
DETIK INI
ADALAH DETIK GEMBIRA
BRO
LU TAK AKAN KECEWA
JIKA LU TAK HARAP
APA APA DARI SOSOK ITU
BRO
LU SEDAR ATAU TIDAK
CAHAYA DARI DIRI LU
JUGA SEDANG
MENYINAR DUNIA
BRO
JANGAN GOPOH GAPAH
RELAX
TUNGGU PROSES BERJALAN
BRO
BILA KITA KAWAL
FIKRAH KITA
MAKNANYA KITA KAWAL
HIDUP KITA
BRO
LU BERI MAAF PADA
MAMAT ITU SEBAGAI
HADIAH UNTUK MAMAT ITU
MELUPAKAN IALAH
HADIAH UNTUK DIRI LU
BRO
JANGAN SESEKALI
TERLINTAS
BAHAWA KITA INI DIATAS
ATAU DI BAWAH YANG LAIN
TERUS MERENDAH DIRI
BRO
KALAU LU BAKAR
LILIN UNTUK ORANG LAIN
LU JUGA DAPAT CAHAYA
BRO
TAKDA SAPA YANG FAHAM
HINGGA IANYA
TERJADI PADA
DIRI MEREKA
BRO
TAKDA SAPA FAHAM
TENTANG LU
TAK MENGAPA
TERUSKAN HIDUP LU
BETAPA PUN
SUSAHNYA
KITA BOLEH MULAKAN SEKALI LAGI
BRO
YAKINLAH PADA DIRI
SELAMA INI
LU DAH BERJAYA
BRO
KEGEMBIRAN YANG LU
MILIKI ITU
SILA TABURKAN
UNTUK DIKONGSI
BRO
LAYAN ORANG LAIN
MACAM LU NAK DILAYAN
BERCAKAP DENGAN ORANG LAIN
SAPERTI MANA
LU NAK ORANG BERCAKAP PADA LU
PENGHORMATAN BUKAN DIBELI
TAPI DI ANUGERAH
AMIN
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan