Isnin, 21 Jun 2021

BERKHALWAT HARI KE 461

 




KHALWAT KE 461

 SENIN 21/6/2021

KITA MASUK KE HARI 461
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 161

PKP
4.0

GAWAT GAWAT GAWAT
POLITIK  EKONOMI
MAT KOBID

PAGI INI HOKKIEN BERKABUS
KUALA LUMPUR BERKABUS
KL SENTRAL BERKABUS
PETANG  KELMARIN 
HUJAN AMAT LEBAT

LEPAS HUJAN 
GUA MASUK HOKKIEN
HA HA HA
BANYAK KATAK BERLAGU
PASTI MEREKA BERCEMPERA

TAPI 
PAGI INI
GUA LALU TRAK LAIN
TAK DENGAR SUARA KATAK

SEBUAH PESAWAT BERKIPAS
MELINTAS  DARI
ARAH  SUBANG SHAH ALAM

SAEKOR KENG KENG
MELINTAS
SAMBIL MENJERIT

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN  SENYUM MANIS

BRO
JIKA KITA GAGAH
KITA AKAN BANTU
ORANG LAIN
WALAUPUN KITA
DALAM KEPAYAHAN

BRO
JANGAN LIHAT
SEMUA  PEKARA TAK MOLEK
LIHAT
APA DI BELAKANGNYA

BRO
KITA TAK PERLU
TUNJUK LAGAK
PADA ORANG LAIN
BILA KITA TAK BERLAGAK
KITA MERDEKA

BRO
KALAU LU DALAM SUSAH
TAPI MASIH POSITIF
MAKA LU MENANG

BRO
KUNCI BAHAGIA LU
JANGAN SIMPAN
DALAM POKET ORANG LAIN

BRO
SATU HARI NANTI
KITA INI AKAN HANYA
JADI INGATAN
USAHALAH UNTUK
JADI  INGATAN
YANG MENGGUMBIRAKAN

BRO
KUNCI UNTUK HIDUP GUMBIRA
IALAH
TERIMA KEADAAN DIRI LU
SAPERTI YANG  ADA SEKARANG
GUNAKAN  
DENGAN TERBAIK

BRO
KALAU KITA
INGAT PADA KESALAHAN
IANYA
MENJADI BEBAN MINDA

BRO
PENGHORMATAN DI ANUGERAH
JUJUR DI HAYATI
KEPERCAYAAN DIKUMPUL
KESETIAAN DI PULANGKAN

ILMU PENGETAHUN
BERI KITA  KUASA
WATAK YANG  KITA MILIKI
BERI KITA PENGHORMATAN

BRO
SOSOK YANG SUKA
MENGHUKUM
TAK PERNAH FAHAM
SOSOK YANG FAHAM
TIDAK PERNAH MENGHUKUM

BRO
APAKAH ITU KEMARAHAN?
KEMARAHAN IALAH
KITA DERA DIRI KITA 
ATAS KESALAHAN ORANG LAIN

BRO
MEMBANTU SATU SOSOK
TIDAK MENGUBAH DUNIA
TAPI
MENGUBAH KEADAAN
SOSOK ITU

BRO
SYARAT UTAMA
UNTUK KEBAIKKAN
IALAH
LAYAN DENGAN BAIK
DIRI SENDIRI
AMIN

LAKUAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan