Selasa, 22 Jun 2021

BOLA DI KAKI MUHYIDIN

 

BOLA DI KAKI

MUHYIDIN

Yang DiPertuan Agong telah berjumpa dan mendengar pandangan dari semua pemimpin parti politik – kecil dan besar.  Pandangan ini telah dibawa oleh  Agong ke perjumpaan Adinda Kakanda Raja-Raja Melayu  pada Rabu 16/6/2021.

Apa yang dilakukan oleh Agong ini ialah mencari jalan untuk keluar dari kekusutan politik hari ini. Dalam bahasa Baginda Queen pada ketika ini Malaysia  sedang berhadapan dengan  political imbroglio – politik kacau. 

Politik kusut – politik kacau ini tidak perlu saya  hujahkan. Hanya Mat Bebal Politik sahaja yang gagal untuk melihat bahawa pada ketika ini Malaysia dalam kancah kekacauan politik yang maha sangat.

Pasir selut politik  ini sedang menyedut kita semua – anak semua bangsa – bangsa semua agama.  Pola dan ciri selut ini amat jelas.

Pertama kita wajib mengakui bahawa kerajaan Muhyiddin pada  ketika ini terus disangsikan   sokongan majoriti  para YB dalam Parlimen.  

Semenjak mengambil alih kerusi PM dari Mahathir  kedudukan  kerajaan Muhyidin terus dipersoalkan. Soalan numero uno  ialah  sama ada Muhyidin ada memiliki sokongan  lebih dari 112   YB dalam Parlimen.    
Angka dan jumlah sokongan YB dalam Parlimen menaikkan syahwat keberahian  Anwar Ibrahim.  Dengan bijak lagi licik Anwar  terus mengasak, mengintil  dan menggesel  agar  Muhyidin terpancut dari kerusi PM. Bila terpancut keluar dari kerusi PM maka Anwar Ibrahim akan mengambil alih. Amin.

Jumlah angka yang memberahikan  Anwar ini juga  telah menjemput apa yang kini mendapat gelaran pop – kluster mahkamah.  Kluster mahkamah ialah kumpulan YB yang telah dijatuhkan hukuman, yang sedang dibicarakan atau yang sedang merayu.

Dua sosok  yang dikenali umum dalam kluster mahkamah ini ialah Najib dan Zahid. Najib bekas  Presiden United Malays National  Organisation. Manakala Zahid ialah  Presiden parti Ketuanan Melayu yang menggantikan Najib..   

Najib telah dijatuhkan hukuman. Zahid  pula sedang dalam proses pendakwaan.
Kluster mahkamah ini dan keberahian Anwar Ibrahim ini adalah punca utama yang telan melahir hiruk piruk  dan kacau bilau politik semenjak permulaan  kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih dari Barisan Nasional pada 9 Mei  2018 dahulu.

Najib  dan Zahid tak mahu masuk ke Sungai Buluh.  Manakala Anwar mahu masuk  ke  Seri Perdana.  Ada titik pertemuan antara masuk ke  Sungai Buluh dan masuk ke   Seri Perdana.

Kacau bilau  dan kekusutan politik ini menjadi lebih tenat apabila Malaysia malah dunia diserang oleh virus  Korona dari Wuhan China.

Dalam bahasa baginda  Queen Malaysia  kini  sedang menghadapi ‘ double whammy ‘ – kecelakaan  tindih menindih.  Ini bukan sudah jatuh  ditimpa tangga  dan terpegang tahi ayam.  Ini lebih dari tahi ayam.

Politik kacau Malaysia ini menjadi bertambah  tenat dengan serangan virus dari Wuhan.   Virus ini membuat politik kacau lagi mengacaukan.  Membuat politik buruk lagi memburukkan.. Amin

Pada awalnya untuk menangkis keluar dari serang virus Korona  Muhyidin  telah menasihati Agong untuk memasyhurkan Darurat.    Parlimen telah digantung apabila darurat diumun.

Pada hemat saya langkah darurat ini  ketika ianya diumumkan adalah tepat, baik dam masuk akal. Hukum kanun darurat boleh di gunakan untuk  membolehkan kerajaan  mengambil langah tepat  untuk menumpas virus dari Wuhan.

Pada awalnya  satu Malaysia telah membaca berita yang  telah melaporkan bagaimana langkah Muhyidin ini  tepat lagi betul. Malah Muhyidin sendiri   menjadi amat- amat popular dikalangan rakyat. Saham Muhyidin melonjak naik. Amin.

Tapi semua ini telah berubah. Khalas.

Darurat telah gagal menumpaskan virus dari Wuhan. 

Harus diakui bahawa bukan mudah hendak menumpaskan virus Korona ini. Saya wajib berlaku adil untuk memberi pembaca tahu  bahawa  bukan Malaysia sahaja yang berhempas pulas  memerangi  wabak Korona ini. Banyak negara sedang berhadapan dengan masalah yang sama.

Tapi apa menjadikan Malaysia berbeza ialah kesampaian virus dari Wuhan  ini disambut oleh  kenduri  pertelingkahan politik antara kerajaan dan parti pembangkang yang sedang  berjalan.

Kesangsian   sokongan YB, gerak politik  kluster mahkamah kini mengeraskan lagi  keberahian Anwar Ibrahim. Semua ini   dibaca oleh orang ramai – rakyat – sebagai pembawa mudarat.

Kacau politik yang sedemikian amat-amat menakutkan. Kerana kali ini perbalahan dan perbezaan politik  membawa maut.  Angka yang   maut makin bertambah. Angka  yang dihinggapi  virus Korona  juga tidak mengurang. 

Justeru Agong mara ke hadapan untuk membawa  jalan penyelesaian terhadap kacau bilau politik ini.

Justeru Agong memberi titah agar Parlimen dibuka.

Justeru Kakanda Adinda  juga memiliki pandangan yang sama. 

Pada hemat saya dalam istilah politik – bola kini berada  pada kaki Perdana Menteri Muhyidin Yasin. 

Pada hemat saya juga pada ketika ini kerajaan Muhyidin Yasin tidak akan jatuh

Pada hemat saya pada ketika ini Muhyidin Yasin boleh terus menjadi Perdana Menteri untuk menghabiskan penggalnya hingga ke 2023.

 Bagaimana saya  sampai ke rumusan  ini.   Apa  nas dan apa hadis yang menjadikan saya yakin teramat  yakin atau  ‘ cock sure’ – meminjam istilah Baginda Queen.

Bola di kaki Muhyidin bermakna semua terpulang kepada Muhyidin.

 Saya yakin apabila Parlimen  dibuka  tidak  akan ada usul undi tidak percaya kepada Muhyidin.   Saya berpendapat sedemikian kerana dari kenyataan Lim Kit Siang  yang terkini dia telah menyatakan bahawa persidangan parlimen bukan hendak menjatuhkan  kerajaan tapi untuk bersama menangani  Mat Kobid.

Malah lebih awal dari ini  beberapa pemimpin kanan parti DAP telah membuat  kenyataan yang lenggok dan nada agak sama. 

Hanya Anwar Ibrahim dari PKR yang masih lagi  menggesel syahwat keberahiannya  untuk memancutkan Muhyidin dari kerusi PM. 

Niat dan cita-cita Anwar ini tidak akan ke mana  jika DAP tidak bersama. Bila saya bercakap hal DAP ini maka akan terikut sama Parti Amanah.

Bagaimana pula dengan pasukan  kluster mahkamah ?

Pasukan ini lagi berat  ..opps. ... silap ...lagi ringan  pengaruhnya dalam  membawa jumlah  YB yang akan menyokong undi tidak percaya terhadap kerajaan Muhyidin.

Pada ketika ini suara makin bising dari sana dan dari sini melaung-laungkan  agar Parlimen dibuka.  Laungan ini kuatnya sama tapi  ada  isi bunyi yang berbeza.

Laungan dari DAP  parlimen dibuka untuk berbincang cara terbaik membantu kerajaan melawan Mat Kobid. Laungan dari  Anwar Ibrahim ada niat untuk menjatuhkan Muhyidin.

Bagaimana laungan dari kluster mahkamah ?

Laungan ini bahaya. Laungan ini  bukan sahaja mahu  parlimen  dibuka, buka sahaja mahu Muhyidin di jatuhkan  mereka mahu PRU15 di jalankan.

Bahaya kerana ini laungan la Sabah. Kita tahu sesudah Sabah apa yang berlaku.

Bola masih dikaki Muhyidin. Justeru Muhyidin tak perlu risau.

Gempak – I got the number ... adalah cerita karut dari Anwar Ibrahim. Laungan Anwar ini  bukan untuk Muhyidin Yasin. Ini ditujukan untuk towkay yang  membeli saham  dan melabur  untuk Anwar jadi OPM.

‘ Lu towkay jangan lari... jap lagi Anwar jadi PM...’

Gempak ini juga untuk mengikat Mat Sabu dan Lim Guan Eng. Mana tahu entah-entah ada nasib sekali lagi nak jadi menteri.

Gempak – I got the number – ini juga ditujukan kepada beberapa orang YB dala PKR sendiri yang semakin hiang keyakinan kepada pimpinan Anwar Ibrahim.

Gempak –  UMNO keluar dari kerajaan – ini    lagu hiburan untuk menyedapkan hati kluster mahkamah.  Bunyinya bila sahaja  gerombolan  Ketuaan Melayu keluar dari kerajaan maka  parti ini akan pecah.   

Para YB yang memiliki jawatan tiak akan mahu ikut sama. Para YB juga memikirkan   dana untuk kawasan yang lupus – tiga juta ringgit – bukan kecik anak.

Opps... jangan lupa kontrak masih belum dituai.

Jangan lupa ? Lupa apa lagi? Jangan lupa bajet besar untuk Vaksin. 

Jangan lupa  Audi dan Mercedes ada menunggu. Ada kereta baru boleh dapat bini baru. 

Justeru bola dikaki Muhyidin.

 Kalau bola dikaki Muhyidin ke mana bola ini  wajib ditendang? Tunggu minggu hadapan. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIAKINI.COM
DAN
MALAYSIAN INSIGHT



1 ulasan:

  1. Agong jadi referee.tp silapnya ref dah bagi 1st yellow kt hang sembab awal darurat dulu titah parlimen sidang. Last week sidang bagi lak 2nd yellow,patutnya hang sembab dah kena red card bila dpt 2nd yellow tp ref Tak issue red card bagi lagi hang sembab main atas padang.ikut normal standard kayu ukur universal,referee bias pada hang sembab walaupun ikut law dah patut kluor padang tp ref bagi lg main. 4th official lak Tak sruh ref tgk VAR,bule gaduh fan woo.

    BalasPadam