Jumaat, 25 Jun 2021

CITA CITA ZAHID DAN NAJIB

 

 

KALAU TAKDA

CITA CITA

BUAT APA

MASUK POLITIK

KAH KAH KAH



Lupakan cita-cita peribadi, kata Khaled kepada pemimpin Umno

NAIB Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin mendesak pemimpin parti bersatu semula dan melupakan cita-cita peribadi demi kelangsungan parti.

Khaled dalam catatan di Facebook berkata untuk bertahan, setiap anggota mesti akur keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi parti dan presiden.

Komennya datang susulan kritikan terhadap presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dalam beberapa hari kebelakangan ini.

“Pelbagai kabilah dalam Umno dengan cita-cita masing-masing. Cita-cita untuk diri sendiri dan bukan untuk negara, parti, orang Melayu dan Islam.

“Masalah inilah yang akan menewaskan Umno jika tidak diatasi. Para pemimpin dalam Umno mesti mengendurkan aspirasi peribadi dan mengutamakan hanya aspirasi parti dan negara.

“Jika Umno ingin berkelangsungan, maka Umno harus teguh dengan keputusan parti dan hanya keputusan parti. Ini maksudnya hanya institusi Presiden dan Majlis Tertinggi sebagai pengemudi perjalanan Umno,” katanya pagi ini.

Beberapa pemimpin Umno mengkritik Zahid selepas ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberikan kata dua kepada Perikatan Nasional untuk mengadakan sidang Parlimen dalam masa 14 hari.

Antara pengkritik utama adalah Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz, yang berkata beliau hilang kepercayaan terhadap Zahid kerana bekerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Beliau juga berkata mendapat tandatangan 25 daripada 42 ahli Parlimen BN untuk menjadikan Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap mereka kepada Agong.

Seorang lagi pemimpin Umno yang menentang kata dua Zahid adalah naib presiden parti, Ismail Sabri Yaakob.

Ismail yang merupakan anggota kabinet PN, menolak kata dua Zahid, dengan berkata hanya Majlis Tertinggi boleh memutuskan pendirian parti.

Mesyuarat agung tahunan Umno pada Mac lalu, bersetuju memutuskan hubungan dengan Bersatu dan PN bagi pilihan raya akan datang. Ia juga bersetuju untuk tidak bekerjasama dengan Anwar, PKR atau DAP. – 25 Jun, 2021.
 

INI SUSAH BRO

KAH KAH KAH

PAYAH 

NAK DIBUAT

KAH KAH KAH

MUSTAHIL 

AMIN

NAJIB ZAHID

TAK NAK GI

KE SUNGAI BULUH

KHALAS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan