TUBUH
KERAJAAN
PERPADUAN
JALAN TERBAIK
AMIN
Pakatan tolak Mageran, tetap mahu darurat tamat
CADANGAN untuk mewujudkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditolak kerana darurat perlu ditamatkan agar Parlimen dapat bersidang semula, tegas Pakatan Harapan (PH).
Gabungan parti itu menolak cadangan tersebut yang dikemukakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam.
“Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, PH menolak cadangan Mageran ini berdasarkan pendirian konsisten kami, darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang.
“Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu Covid-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen,” tegas gabungan itu.
Kenyataan tersebut ditandatangani Anwar Ibrahim selaku presiden PKR, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Terdahulu Mohamad dalam kenyataannya juga menegaskan pendirian menolak pelaksanaan darurat yang menurutnya terbukti merosakkan sistem demokrasi dan gagal menangani Covid-19.
“Kenapa perlu kepada darurat kedua (atau Mageran)? Amanah kekal menolak darurat,” katanya.
Anwar selaku pengerusi PH dilaporkan membuat perbincangan dengan Dr Mahathir sebelum pemimpin parti menghadap Agong berasingan sejak Rabu.
Dr Mahathir kemudian semalam menyebut, Anwar bagaimanapun tidak mengemukakan apa-apa cadangan sewaktu perbincangan melalui telefon itu.
“Beliau (Anwar) tidak dapat menyarankan sesuatu yang dapat kita lakukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang.
“Jadi saya cadangkan mungkin kita harus menulis surat kepada Agong,” katanya yang mengesahkan beliau mengutus surat kepada baginda pada 31 Mei lalu.
Ia bagi memohon baginda campur tangan membantu menyelesaikan masalah rakyat di tengah penularan pandemik Covid-19.
Tiga lagi pemimpin parti dijangka menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, bermula dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan diikuti wakil MIC dan PBS.
Terdahulu pada Rabu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu menghadap baginda, diikuti pemimpin PH.
Seterusnya semalam, baginda menerima menghadap Dr Mahathir, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MCA Wee Ka Siong dan Presiden Wairsan Mohd Shafie Apdal. – 11 Jun, 2021.
Setujuuuuu! Hanya ada dua choicezz. United goverment or mageran. Yg terbaik ialah united gov.
BalasPadamSelain dari iteww..jika ada bangkangan sila teruaskan darurat. Majelis Preaiden PH telah salah catur.tolak kesuanya. Makanyaaa..Kasi genggam darurat sampai penggila kuasa senak napas.kahkahkahakh