GUNAKAN
BAHASA MELAYU
DENGAN BETUL
AMIN
KITA ADA KATA
KITA ADA
NAMA UNTUK
PERBUATAN ITU
AMIN
Tempoh reman inspektor polis disyaki rogol tahanan dilanjutkan
TEMPOH reman terhadap seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang sedang disiasat selepas didakwa merogol seorang tahanan wanita, dilanjutkan selama tiga hari lagi hingga Isnin ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata sebelum ini, pegawai cawangan narkotik berusia 29 tahun itu direman selama empat hari sejak Rabu lepas.
“Perintah (sambung reman) itu dikeluarkan hari ini oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kota Bharu Amni Johari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Khairuddin berkata sambungan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sebelum ini dilaporkan pegawai polis berkenaan didakwa memaksa tahanan wanita itu, antara lain, melakukan seks oral di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.
Kejadian itu didakwa berlaku pada 5 Jun lepas, ketika pegawai tersebut menjalankan siasatan ke atas tahanan wanita berusia 27 tahun berkenaan yang ditangkap bersama bekas suaminya berhubung kes dadah. – Bernama, 12 Jun, 2021.
Ini sungguh pelik. Bukan ke oral sex dalam bahasa melayu isap puting?
BalasPadam