Khamis, 10 Jun 2021

HADI BERI MUHYIDIN NASIHAT

 

BILA HADI

BERLABON HAL

KAPAL MAKNANYA

BERAT

KAH KAH KAH

MAKIN BERAT

KAH KAH KAH

ERTINYA JANGAN

NAIK KAPAL

NAIK MERCEDES

KAH KAH KAH

JANGAN NAIK KAPAL

NAIK KETE AUDI

KAH KAH KAH 



Jangan tebuk kapal dari dalam, kata Hadi Awang

PAS kekal bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan mahu ahli politik berhenti main politik yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan, kata Presiden Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata amalan main politik itu tidak ubah seperti kumpulan orang yang menebuk bahtera dari dalam, yang pernah disebut oleh Nabi Muhammad.

“Rasulullah SAW membandingkan kumpulan ini laksana mereka yang berada di petak bawah di dalam sebuah bahtera, di mana mereka ingin menebuk kapal dari bawah kerana bersikap gopoh ingin mendapatkan air untuk mereka saja tanpa mengira semua orang yang berada di dalam bahtera.

“Mereka perlu dihalang agar semuanya selamat,” katanya dalam satu kenyataan, yang dikeluarkan “dari jendela Institut Jantung Negara (IJN)”.

Hadi yang disahkan oleh anaknya awal minggu ini masih dirawat di IJN, sebelum ini dilaporkan stabil tetapi perlu dipantau oleh doktor.

Presiden PAS mengeluarkan kenyataan itu ketika Yang di-Pertuan Agong hari ini mula menerima mengadap ketua-ketua parti politik di Istana Negara di Kuala Lumpur, dipercayai berhubung keadaan semasa negara di tengah penularan Covid-19.

Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi berkata perbincangan mereka tidak menyentuh isu pembentukan kerajaan baharu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyusul tiba di Istana Negara sebelum 2 petang tadi, diiringi Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dilaporkan dijangka akan mengadap Yang di-Pertuan Agong selepas itu.

Awal hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadap Al-Sultan Abdullah untuk mesyuarat mingguan sebelum mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan Hadi turut menerima surat jemputan dari Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, namun enggan mendedahkan tarikh majlis tersebut.

Menurut Hadi, PAS akan terus menjalan peranan dalam Kabinet Muhyiddin selepas terlibat secara langsung mengambil alih kerajaan PH yang katanya “dibejati dengan krisis kepimpinan dan moral sehingga membosankan rakyat”.

PAS istiqamah kerana parti Islam itu meletakkan kepentingan rakyat sebagai lebih utama, tambahnya.

“Namun, masih lagi terdapat dalam kalangan kita yang seolah-olah meletakkan Malaysia berada di luar alam bumi.

“Mereka masih tidak henti-henti daripada ‘politicking’ dan sangat bernafsu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan negeri dalam suasana Covid-19 yang sebegini rupa,” katanya.

Hadi tidak menyebut secara langsung pihak yang beliau maksudkan.

Ahli Parlimen Marang itu juga dilihat menyampaikan pesan kepada pihak yang berkuasa supaya bertindak tegas untuk mengelak permainan politik ini.

“Allah memberikan kuasa kepada pihak yang berkuasa untuk bertindak dalam apa-apa perkara yang tidak disebutkan oleh Al-Quran,” katanya, memetik pesan Khalifah Uthman bin Affan.

“Bertindak dengan tegas tanpa perasaan waswas, kerana waswas itu datangnya daripada syaitan,” tambah Hadi. – 9 Jun, 2021.


KAH KAH KAH

BILA MASA

TERBAIK UNTUK

TEBUK 

KAH KAH KAH 



2 ulasan:

  1. kah kah kah ... lebai oh lebai ... ini semua donnia

    BalasPadam
  2. Beritahu dia jawatan yang dia ada tu tak boleh bawa masuk kubor

    BalasPadam