INI KES SD
APA NI?
KAH KAH KAH
KES SD
AZILAH
APA CERITA
KAH KAH KAH
KES SD
YUSOF RAWTHER
APA JADI
KAH KAH KAH
Saya tolak ‘jajaran baharu politik’ – Mastura
KUALA LUMPUR – Semalam Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan mengakui terdapat usaha mengumpul akaun bersumpah (SD) dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan.
Hari ini Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid membuat kenyataan yang beliau tetap istiqamah dengan perjuangan UMNO dan menolak satu jajaran baharu dalam politik.
“Dengan ikhlas, saya istiqamah mempertahankan Institusi Raja-raja Melayu. Saya menolak “Jajaran Baharu”. Saya menolak DAP dan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu dalam Facebooknya hari ini.
Bagaimanapun Mastura tidak memperincikan maksud sebenar jajaran baharu berkenaan.
Semalam, Ahmad Maslan mendedahkan ada usaha untuk mengumpulkan SD dalam kalangan ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan mengambil alih kerajaan.
Memetik laporan portal Malaysiapost semalam, Ahli Parlimen Pontian itu bagaimanapun berkata dia tidak didekati oleh mana-mana individu untuk menandatangani SD berkenaan.
Beliau juga tidak menyatakan secara lanjut berkenaan usaha itu serta ahli Parlimen atau pemimpin yang terlibat.
“Perkara berkenaan SD memang saya ada dengar dan saya tidak menafikan kewujudannya. Usaha sedemikian memang sedang dibuat, bagaimanapun saya secara peribadi dan ada rakan-rakan yang lain tidak didekati untuk tanda tangan apa-apa,” katanya.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil turut menyebut wujud usaha untuk mengumpulkan SD dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.
Fahmi berkata, beberapa ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan kepimpinan utama parti mereka sedang berusaha mendapatkan SD itu bagi meraih sokongan untuk mendapatkan jawatan di dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan