INI KEPUTUSAN
KEKANDA
ADINDA
AMIN
Raja-Raja Melayu sependapat tidak perlu sambung darurat, kata penyimpan mohor
RAJA-RAJA Melayu sependapat darurat tidak perlu disambung lagi selepas tempohnya berakhir pada 1 Ogos ini, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad.
Raja-Raja Melayu yang memerintah juga sepakat mahu suhu politik “yang semakin panas” diredakan, selepas mengambil maklum keadaan politik negara yang tidak stabil, tambahnya.
“Raja-Raja Pemerintah sependapat… pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.
“Tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Raja-Raja Pemerintah juga mahu nyawa dan kehidupan rakyat diutamakan mengatasi perkara-perkara lain, tambah Syed Danial.
Raja-Raja Pemerintah membuat pendirian itu selepas mengadakan perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, petang tadi.
Perbincangan khas Raja-Raja Melayu dihadiri oleh semua Raja-Raja Pemerintah kecuali Kelantan, sementara Perlis diwakili oleh Raja Muda, kata kenyataan itu.
Perbincangan khas itu diadakan selepas Al-Sultan Abdullah mendengar pandangan daripada 18 ketua parti politik yang menerima mengadap baginda sepanjang seminggu yang lalu.
Menurut Syed Danial, perbincangan khas hari ini berlangsung secara terbuka dan berterus terang bertujuan membantu Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan dengan bijaksana dan tidak dianggap berpihak kepada mana-mana individu atau kumpulan politik.
Perisytiharan darurat yang berjalan bagi membendung Covid-19 sejak 11 Januari lalu dijadual berakhir pada 1 Ogos ini, iaitu 46 hari lagi.
Syed Danial berkata Raja-Raja Pemerintah mengambil maklum angka jangkitan harian Covid-19 besar walaupun dalam pemerintahan darurat, manakala keadaan ekonomi dan kewangan negara membimbangkan.
Raja-Raja Pemerintah juga mengambil maklum kesukaran rakyat menjalani kehidupan, bekerja dan belajar di tengah pandemik, sementara perpaduan rakyat juga semakin retak.
Raja-Raja Pemerintah juga maklum keadaan umat Islam dan penganut agama lain yang terhalang melakukan urusan agama masing-masing. – 16 Jun, 2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan