INI SUDAH BERAT
AMIN
SERANGAN
MAT KOBID
MAKIN MEREBAK
AMIN
SUASANA
MAKIN TENAT
AMIN
Dr Mahathir tulis surat minta Agong campur tangan
DR Mahathir Mohamad sudah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda untuk campur tangan membantu menyelesaikan masalah rakyat, di tengah penularan pandemik Covid-19.
Bekas perdana menteri berkata surat kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu dikirimkan awal minggu ini.
“Kita percaya bahawa raja menjadi pelindung, payung kepada rakyat. Jadi apabila rakyat kecewa, tak ada sesiapa yang boleh mereka dapat layanan termasuk daripada kerajaan, kita pandang kepada raja untuk menyelesaikan masalah kita.
“Kalau tidak raja dan tidak kerajaan, siapa?” katanya dalam satu sidang media bersama pimpinan partinya Pejuang, petang ini.
Jelas Dr Mahathir, sebuah kerajaan yang disifatkannya zalim seperti kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak boleh dibiarkan terus berjalan tanpa pembelaan sesiapa.
“Itu sebab kita tulis surat rayuan kepada raja untuk mengambil berat tentang penderitaan rakyat,” katanya.
Beliau menambah setakat ini pihaknya belum dapat apa-apa jawapan daripada pihak Istana Negara, baik atas surat peribadinya mahupun surat yang dihantar sekumpulan wakil rakyat.
Dr Mahathir ditanya mengenai perkembangan permohonan ahli Parlimen pembangkang untuk perkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan memorandum untuk menamatkan perisytiharan darurat pada hujung April lalu.
Jawatankuasa itu pada pertengahan Mac melancarkan petisyen untuk mendesak Yang di-Pertuan Agong menamatkan darurat yang diisytiharkan berkuat kuasa pada 11 Januari hingga 1 Ogos ini.
Pengerusi jawatankuasa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata pihak Istana Negara dalam sepucuk surat pada 22 April memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk menerima mereka mengadap pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
Tarikh berkenaan sehingga sekarang belum ditetapkan.
Petisyen mendesak tamat darurat pada masa itu ditandatangani lebih kurang 40,000 orang. – 3 Jun, 2021.
Woi biar betul ??? Maha tulis surat ? Yang Maha utus minta tolong free loader ? Mustahil tidak mungkin, orang tua nie dah hilang akal kah ?? Kah kah kah bukan Rajah tidak tahu apa tengah berlaku ? Rajah mana ada masa fikir bab Kobid Parlimen Hal beruk beruk bertengkar sana ? Kalau ada Parlimen apa guna ? Carut bising macam monyet dalam reban ayam je, dah lah makan gaji buta selama ini, kah kah sampah masyarakat jadi ahli parlimen kah kah kah menyusahkan rakyat makan free dan sapu duit kiri kanan kah kah kah
BalasPadamada orang cadang mageran...ok tak tt.
BalasPadamBior je darurat,tubuh mageran tun jd chairman. Bule Guna ordnan darurat, take over bank,company2 cukong. Pukimak punya muhyiddin,menteri kewangan serve banker kwn2 dia.urus finance hanya semata2 nak naikkan share bond yg dia pegang.kerje gila bagi fund manager saham jd menteri kewangan,ibarat amerika lantik Alan greenspan jadi state secretary finance.
BalasPadam