Rabu, 16 Jun 2021

UMNO MAHU TOLAK MUHYIDIN

 

 JELAS UMNO

AKAN TARIK DIRI

DARI KERAJAAN

AMIN

KLUSTER MENTERI

KALAU DEGIL

AKAN DIBUANG

AMIN

BILA OGOS

SAMPAI APAKAH

BETUL UMNO

AKAN KELUAR?

KAH KAH KAH

ATAU HANYA

HANGAT HANGAT

TAHIK AYAM

KAH KAH KAH 




Buka Parlimen tidak perlu tunggu September, bidas Zahid Hamidi


PARLIMEN sepatutnya boleh dibuka sekarang secara maya dan tidak perlu menunggu sehingga tiga bulan lagi apabila pelan pemulihan keluar daripada pandemik Covid-19 masuk fasa ketiga, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid mengulas pengumuman pelan pemulihan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang tadi yang menyebut Parlimen boleh dibuka semula pada sekitar September atau Oktober.

Katanya, apa yang disebut oleh Muhyiddin itu tidak masuk akal kerana ahli Parlimen sudah lama mendapat suntikan vaksin Covid-19.

“Saya tidak pasti apa kaitan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin baru Parlimen akan dibenarkan bersidang semula, iaitu dianggarkan sekitar bulan September atau Oktober 2021.

“Sedangkan barisan Ahli Parlimen telah lama menerima suntikan vaksin Covid-19 yang bermakna sidang Parlimen sepatutnya adalah selamat untuk diadakan,” katanya dalam satu komentar di Facebook, malam ini.

Jelas Ahmad Zahid, pintu Parlimen masih boleh ditutup kerana yang didesak selama ini ialah persidangan secara maya seperti yang dilakukan di negara lain.

“Ketetapan kerajaan Perikatan Nasional (bahawa) sidang Parlimen hanya boleh diadakan selepas negara memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara tidak masuk akal,” katanya.

Pelan pemulihan negara dianggap masuk ke Fasa 3 apabila kes jangkitan harian Covid-19 turun sehingga antara 500 hingga 2,000 sehari sementara 40 peratus penduduk Malaysia sudah disuntik vaksin.

Semua sektor ekonomi juga akan dibenarkan beroperasi pada masa itu kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan Covid-19 atau melibatkan keramaian misalnya pub, spa dan salon kecantikan.

Ahmad Zahid bertanya adakah dengan menunggu sehingga September baru hendak dibuka Parlimen maka institui lambang demokrasi itu diletakkan sama seperti pub, spa dan salon kecantikan.

“Justeru, pihak manakah yang sebenarnya sengaja cuba menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat berkenaan prinsip Demokrasi Berparlimen?” tanyanya, merujuk ucapan Muhyiddin petang tadi.

Tambahnya, Parlimen perlu bersidang segera untuk menjalankan fungsinya mewakili suara rakyat, badan perundangan tertinggi dan melakukan semak dan imbang terhadap pentadbiran, demi rakyat.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung melalui televisyen petang tadi Muhyiddin menegaskan pendiriannya bahawa Parlimen akan berfungsi semula pada masa yang sesuai.

“...setelah kes-kes Covid-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti berkelompok,” katanya.

Muhyiddin juga berkata beliau mendukung prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“Jangan ada pihak-pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu tugas utama Kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19,” kata perdana menteri.

Parlimen digantung selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan mengisytiharkan darurat berkuat kuasa sejak 11 Januari lalu. – 15 Jun, 2021.

WOIT

KAH KAH KAH

KALAU UMNO

TARIK DIRI

MUHYIDIN

BOLEH SELAMAT

KAH KAH KAH

RAMAI KERUSI

MENTERI

KOSONG

KAH KAH KAH

TAWARKAN PADA

YB SAMSUL

KAH KAH KAH

TAWARKAN KERUSI

MENTERI PADA

YB DOLAH SANI

KAH KAH KAH

BELUM CUBA

BELUM TAHU

KAH KAH KAH 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan