SAPA CAKAP
BETUL ?
AMIN
ZAHID CAKAP
BETUL KE ?
AMIN
NAZRI KE
YANG CAKAP
BETUL
AMIN
25 ahli Parlimen Umno tolak? Zahid Hamidi tak percaya
AHMAD Zahid Hamidi menangkis dakwaan bahawa 25 ahli Parlimen Umno hilang kepercayaan ke atas kepemimpinannya sebagai presiden parti, lapor Utusan Malaysia.
Beliau menganggap dakwaan itu sebagai perkara karut seperti “cerita kartun”.
“Hilang kepercayaan kepada MP lain? Cerita kartun,” katanya yang mengulas dakwaan ditimbulkan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.
Nazri yang juga bekas menteri hal ehwal Parlimen semalam menyebut, ia antara sebab untuk beliau meraih sokongan ke atas Menteri Luar Hishamuddin Hussein sebagai perdana menteri baharu.
Menurutnya, 25 daripada 41 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudahpun menandatangani pengakuan berkanun menyokong Hishammuddin sebagai perdana menteri baharu.
Jelasnya, langkah itu bagi menolak usaha Zahid yang didakwa menjalankan kempen agar Presidan PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri baharu.
Kempen sebalik tabir itu didakwa berlaku ketika kerajaan masih teragak-agak untuk membenarkan Parlimen kembali bersidang.
Kenyataan Istana Negara pada 16 Jun menyebut, Yang di-Pertuan Agong sudapun menitahkan agar Parlimen bersidang secepat mungkin untuk membahaskan tindakan menangani pandemik Covid-19.
Raja-Raja Melayu pula dalam satu kenyataan berasingan menegaskan darurat tidak harus dilanjutkan.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagaimanapun mengumumkan Parlimen mungkin hanya akan dibuka seawal September atau Oktober.
Beliau juga mengumumkan satu jawatankuasa yang turut dianggotai pembangkang akan dibentuk untuk mengkaji aspek persidangan itu, sama ada dibuat secara bersemuka atau juga dalam talian.
Persidangan Parlimen digantung dengan proklamasi darurat yang berkuatkuasa 11 Januari hingga 1 Ogos.
Persidangan terakhir Parlimen berlangsung pada Disember tahun lalu. – 24 Jun, 2021.
Perangai bang non jugak kan? Sini cakap lain sana cakap lain. Ye la sbb bang non cikgu nya.
BalasPadam