SERANGAN
DARI DALAM
AMIN
INI LAGI BAHAYA
DARI SERANGAN
MUHIYIDIN
AMIN
LAGI BAHAYA
DARI SERANGAN
LOKMAN ADAM
KAH KAH KAH
Mampukah Zahid menepis serangan dalam parti?
KERETAKAN dalam Umno berhubung kepemimpinan presidennya Ahmad Zahid Hamidi kini semakin ketara.
Dalam waktu kurang tiga hari sejak “amaran” 14 hari Zahid kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk meminta sidang Parlimen, ramai pemimpin Umno mempertikaikan keputusan itu.
Semua ini membuktikan terdapatnya ancaman terhadap kesahan, kewibawaan dan kuasa Zahid terhadap Umno, kata penganalisis politik.
“Kembali kepada pemilihan parti 2018, Zahid hanya memenangi 99 daripada 190 bahagian untuk menjadi presiden,” kata Hisommudin Bakar daripada Ilham Centre.
“Ini bermakna beliau hanya mendapat 52% sokongan bahagian dan 48% tidak menyokongnya.”
Hisommudin berkata Zahid hanya menang kerana undi terbahagi antara Khairy Jamaluddin (61) dan Tengku Razaleigh Hamzah (30).
Oleh itu, tidak mengejutkan apabila melihat Zahid dicabar dari semua arah dalam partinya sendiri, katanya.
Zahid mengumumkan “amaran” 14 harinya pada 21 Jun selepas keputusan Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen perlu bersidang “secepat mungkin”.
Bagaimanapun, ia adalah cadangan biro politik Umno dan bukannya badan pembuat keputusan tertinggi partinya, Majlis Tertinggi.
Dua hari kemudian, veteran Umno dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, memberitahu akhbar Sinar Harian yang beliau sudah mengumpulkan pernyataan berkanun 25 daripada 39 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong pemimpin Umno, Hishammuddin Hussein.
Nazri berkata pengakuan berkanun bukanlah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), tetapi bertujuan menghentikan Zahid daripada mewakili 35 ahli Parlimen Umno dalam menyokong Anwar Ibrahim dan kerajaan baharu.
Walaupun kritikan Nazri terhadap Zahid bukanlah perkara baharu, tindakan Nazri mengumpulkan pengakuan berkanun adalah kali pertama bagi mana-mana pemimpin Umno untuk mengubah ancaman lisan menjadi tindakan dan mengakuinya secara terbuka.
Sebelum Nazri, veteran Umno lain seperti Annuar Musa dan Shahidan Kassim hanya mengkritik Zahid kerana didakwa membuat keputusan sepihak untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Ini bermula pada Oktober 2020, apabila surat yang mengandungi tandatangan Zahid dan penasihat BN, Najib Razak kepada Yang di-Pertuan Agong dikongsi secara meluas.
Surat itu, yang menyatakan sokongan ahli Parlimen Umno terhadap Anwar sebagai perdana menteri berikutnya, kemudian dinafikan dan dikata sebagai palsu.
Nazri juga meminta pengunduran diri Zahid sebagai ketua Umno selepas bocornya perbualan telefon yang kononnya adalah antara presiden parti itu dan Anwar, yang didedahkan pada awal April.
Dalam rakaman tersebut, suara Zahid dan Anwar terdengar saling mengucapkan tahniah berhubung perhimpunan agung tahunan Umno yang baru-baru ini berakhir dengan pelan untuk keluar daripada kerajaan PN.
Pada Rabu, satu lagi isu muncul, apabila naib presiden parti Ismail Sabri Yaakob berkata ahli Parlimen Umno dan BN tidak akan menyokong undi tidak percaya terhadap Muhyiddin jika ia diusulkan di Parlimen.
Ini secara tidak langsung menentang Zahid yang sedang dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan (PN).
“Sokongan untuk Zahid dalam Umno tidak sekuat pendahulunya,” kata Hisommudin.
Beliau menambah situasi ahli Parlimen Bagan Datuk itu semakin buruk dengan kes rasuahnya yang tertangguh dan ketiadaan jawatan dalam kerajaan.
Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff mempersoalkan kemampuan Zahid untuk memimpin jika beliau tidak mendapat sokongan mencukupi daripada Majlis Tertinggi Umno.
Ahli akademik Universiti Utara Malaysia itu berkata gesaan Nazri agar Zahid berundur sebelum jawatankuasa tatatertib parti itu sangat memalukan
“Rasanya ia tidak akan berlaku, memandangkan Zahid banyak menguasai anggota jawatankuasa disiplin, tetapi episod ini menjejaskan kredibilitinya,” kata pensyarah sains politik itu.
Kamarul berkata kenyataan Nazri dan Ismail Sabri menunjukkan Zahid telah kehilangan kawalan terhadap Umno.
“Zahid akan diuji teruk jika Umno mengadakan pemilihan partinya tahun ini. Dan jika tidak, cabaran terbuka ini mungkin memaksa Zahid memikirkan semula kedudukannya sendiri, ”katanya.
Hisommudin percaya survival politik Zahid kini bergantung kepada bekas presiden Najib. Bekas perdana menteri itu, yang disabitkan dan sedang membuat rayuan bagi kes rasuah SRC International serta berdepan tuduhan lain berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad, terus menjadi pengkritik lantang terhadap pemerintahan PN.
“Bagi menentang kumpulan yang termasuk Shahidan, Hishammuddin (Hussein), Nazri, Ismail Sabri dan Annuar, Zahid terpaksa bergantung kepada Najib untuk berkuasa.
“Namun, beliau tidak memiliki cukup sokongan kerana banyak anggotanya dilantik ke biro politik atau Majlis Tertinggi, bukannya ahli Parlimen,” katanya.
Sebaliknya, saingan Zahid adalah ahli Parlimen yang mempunyai peranan aktif dalam kerajaan sama ada menteri, timbalan menteri atau ketua syarikat berkaitan kerajaan.
Segala-galanya kini bergantung pada mesyuarat Majlis Tertinggi akan datang, kata Hisommudin.
“Bolehkah Zahid meyakinkan Majlis Tertinggi untuk menyokongnya atau menjadi presiden Umno paling lemah dalam sejarah?
“Mesyuarat seterusnya akan menentukan nasib Zahid,” katanya. – 25 Jun, 2021.
insan yg dipertikai pengampunan ke atasnya ...bole beri pengampunan pulak.!?...kahkahakah...tak sengaja tanya
BalasPadamBro, sebenarnya sape yg selamat? Malek Selamat pun x tahu ada lagi ke dah x ada. Sumer main lawan lawan. Oh Mesia ku.
BalasPadam