Jumaat, 2 Julai 2021

AMARAN UNTUK MUHYIDIN


 

 AMARAN DARI

PAKATAN

KAH KAH KAH

PAKAI PERISAI

SULTAN MELAKA

KAH KAH KAH


Pakatan beri tempoh hingga 5 Julai untuk Muhyiddin tentukan sidang Parlimen

Mereka memberikan tempoh selewat-lewatnya 5 Julai kepada Muhyiddin untuk menjawab persoalan mereka bila sidang Parlimen diadakan.

“Sekiranya perdana menteri tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan sidang Parlimen selewat-lewatnya 5 Julai 2021, maka kami menggesa semua ahli Parlimen sama ada pembangkang mahupun kerajaan yang menjunjung titah Tuanku dan menghormati semangat Perlembagaan menurut prinsip demokrasi berparlimen untuk bersama-sama ke Parlimen pada 19 Julai 2021,” menurut majlis itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu ditandatangani oleh ketua pembangkang yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Menurut mereka, mereka kesal kerana sehingga hari ini Muhyiddin dan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang langkah konkrit untuk menjunjung titah Seri Paduka Baginda berhubung sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.

Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bertitah agar Parlimen kembali bersidang secepat mungkin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan pandangannya semasa menerima mengadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Yang di-Pertuan Dewan Negara Rais Yatim.

“Majlis mengadap selama sejam itu yang turut disertai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara Mohamad Ali Mohamad dan dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnoon dan Azalina Othman Said, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan dan Parlimen Malaysia.”

Ahmad Fadil berkata ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan. – 2 Julai, 2021.


ADAKAH

MUHYIDIN

AKAN JATUH ?

 JENG JENG JENG

AMIN




1 ulasan: