Rabu, 28 Julai 2021

APA ITU POLITIK

 

 POLITIK IALAH

SENI

KEMUNGKINAN

AMIN

TAK ADA MUSUH

SEJATI

AMIN

YANG WUJUD

KEPENTINGAN

SEJATI UNTUK

RAKYAT 

KHALAS




Amanah, Umno Kelantan runding elak bertembung dalam PRU15

AMANAH Kelantan dan Umno negeri mengorak langkah strategik untuk tidak bertembung sebagai usaha menumbangkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang, kata sumber parti.

Pemimpin kedua-dua parti mengesahkan kepada The Malaysian Insight, perbincangan sudah pun dimulakan secara tidak rasmi dan masing-masing menunjukkan kecenderungan positif ke arah itu.

Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamed mengesahkan perbincangan dengan Umno negeri itu berlangsung secara tidak rasmi.

Katanya, Amanah Kelantan mendapat lampu hijau untuk menggerakkan kempen berkenaan namun percaya Umno Kelantan masih belum mendapat mandat dari peringkat pusat.

“Setakat ini (pertemuan) secara rasmi tak ada lagi, tapi arahan telah ada untuk rundingan dan mewujudkan laluan. Perbincangan secara tidak rasmi itu memang berlaku.

“Tapi saya difahamkan Umno belum lagi dapat izin majlis tertinggi,” ujarnya ketika ditemui The Malaysian Insight di Kota Bharu.

Jelasnya, kebenaran itu bagi membolehkan Umno Kelantan mendapat autonomi bagi berbincang mengenai “persefahaman pilihan raya” dengan parti lain.

“Maknanya untuk elak pertandingan tiga penjuru. Kalau ini satu keperluan, Amanah bersetuju merintis jalan ke arah itu untuk mengelak berlaku pertandingan tiga penjuru di Kelantan,” katanya.

Persefahaman itu akan membolehkan Umno yang akan bertanding bawah tiket Barisan Nasional (BN) atau Amanah dalam Pakatan Harapan (PH) bersemuka satu lawan satu dengan PAS.

“Jadi kita sedia tidak bertanding di tempat BN bertanding, harap BN pun tidak bertanding di tempat PH bertanding.

“(Di peringkat) Amanah, kita sudah dapat mandat. Maksudnya pihak nasional sudah beri mandat secara tidak rasmi untuk kita berbincang.

“Umno pun macam itu juga ada keputusan tidak rasmi untuk benar dia berbincang,” katanya lagi yang menambah, ia antara usaha yang timbul daripada jajaran baharu politik Umno.

Umno mengumumkan jajaran baharu itu di akhir perhimpunan agung parti itu pada Mac lalu, yang turut memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga mengesahkan perbincangan setakat ini hanya menjurus ke arah perbincangan dengan Amanah Kelantan kerana Umno negeri tidak berminat dengan parti lain dalam PH.

Tambahnya, PH masih di tangga ketiga dalam senarai pilihan pengundi Kelantan waktu ini, namun berpeluang menguasai lebih banyak kerusi jika persefahaman itu menjadi kenyataan.

Selain Amanah, DAP juga mengintai kerusi di Kelantan iaitu Galas di Gua Musang dan Kota Lama di Kota Bharu, katanya.

Perbincangan mengenai ura-ura kerjasama itu turut disahkan Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman.

Ketika ditemui The Malaysian Insight, beliau mengesahkan perbincangan dengan Amanah negeri sememangnya berlaku namun menyifatkannya sebagai cakap-cakap kedai kopi sahaja waktu ini.

“Persefahaman sekarang ini sama-sama untuk menumbangkan kerajaan PAS,” katanya yang turut mengesahkan kerjasama Muafakat Nasional juga sudahpun berkubur di Kelantan.

Mengulas lanjut, Zawawi berkata perbincangan dengan Amanah Kelantan hanya berlaku secara umum dan tiada perjumpaan rasmi melibatkan Umno negeri.

“Tiada perjumpaan dalam bilik tertutup atau secara sulit,” kata bekas Adun Semerak itu lagi.

Tambahnya idea mengenai persefahaman dengan Amanah Kelantan juga masih menimbulkan kesangsian kerana kekuatan jentera serta struktur pergerakan itu masih belum jelas.

Namun, perbincangan setakat ini menunjukkan Umno negeri terbuka agar pilihan raya umum kelak berlangsung secara pertandingan persahabatan dengan Amanah Kelantan di kerusi tertentu.

“Contohnya, kita sedia untuk friend (berkawan) dengan Husam Musa (pengerusi Amanah Kelantan),” katanya.

Husam merupakan bekas exco kanan kerajaan Kelantan sewaktu masih dalam PAS dan kemudian tewas di kerusi Parlimen Kota Bharu serta juga kerusi negeri Salor dalam pilihan raya umum lalu.

Namun Zawawi menegaskan Umno Kelantan kekal dengan pendirian menolak kerjasama dengan dua sekutu Amanah – PKR, DAP dan juga gabungan PH.

“Tetapi jika DAP hendak sokong Umno, kita tidak ada masalah,” tambahnya.

Zawawi yang meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat kerajaan negeri, Kesedar Kilang Sdn Bhd pada April lalu berkata, kerjasama dengan PAS kini tidak dapat lagi diteruskan.

Maka Umno akan bersama dengan gerakan rakyat untuk menolak parti itu semula, kata ketua Umno Pasir Puteh itu.

“Apa guna muafakat kalau tidak boleh muafakat, tidak boleh hormat satu sama lain,” tambahnya yang kesal dengan tindak-tanduk PAS dalam bekerjasama dengan Umno di Kelantan.

Jelasnya usaha untuk mengeratkan kerjasama antara dua parti yang berseteru madu sejak sekian lama itu gagal dilaksana melalui saluran rasmi Muafakat Nasional Kelantan.

“Jawatankuasa Muafakat Nasional sebelum ini pun tidak ada apa-apa (kemajuan). Ada mesyuarat sekali sahaja. Lepas itu tidak ada,” katanya.

Jelasnya, pertalian kerjasama dengan Umno itu kemudian punah apabila PAS mencabuli piagam yang dibentuk pada 2019 di antara kedua-dua parti.

“Piagam itu akhirnya dicabuli. PAS masuk Perikatan Nasional tanpa pengetahuan Umno,” katanya.

PAS kekal mentadbir Kelantan dengan memenangi 39 daripada 45 kerusi negeri dalam pilihan raya umum Mei 2018.

Umno melalui BN pula hanya menang kerusi Kok Lanas, Bukit Bunga, Kuala Balah, Nenggiri, Gual Ipoh dan Paloh, kurang tujuh daripada 13 kerusi yang dimenangi pada 2013.

Amanah yang menguasai kerusi Salor selepas pilihan raya umum 2013 tewas di semua kerusi yang ditandingi pada 2018. – 28 Julai, 2021.

 MARI KITA

BERI PELUANG

RAKYAT KELANTAN

MERASA AIR PAIP

YANG TIDAK 

BERLUMPUR

DAN

BERKARAT

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan