JENG JENG JENG
ADA YANG TERSURAT
ADA YANG TERSIRAT
JENG JENG JENG
KHALAS
Agong lanjut darurat seluruh Sarawak hingga 2 Feb
YANG di-Pertuan Agong mengisytihar perintah darurat baharu yang berkuatkuasa ke atas seluruh Sarawak bermula 2 Ogos hingga 2 Februari depan bagi mengelak pilihan raya negeri berlangsung.
Proklamasi itu menggantung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sepatutnya berlaku pada 7 Jun 2021 untuk mengelak Covid-19 terus merebak sekiranya pilihan raya diteruskan.
Ia diisytihar dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai yang menyebut, baginda berpuas hati darurat besar wabak itu mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terancam.
Proklamasi itu menguatkuasa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 yang turut dimasyhurkan Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ordinan itu menyatakan, pilihan raya negeri tersebut hanya boleh diadakakan dalam 60 hari selepas proklamasi dibatal atau diungkaikan.
Dalam proklamasi baharu itu, baginda menjelaskan langkah itu dibuat kerana Ordinan Darurat yang dikuatkuasa seluruh negara sejak 11 Januari terhenti berkuatkuasa pada 2 Ogos.
Ia turut menyatakan, proklamasi tersebut akan dibentangkan di Parlimen menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Pilihan Raya Negeri Sarawak sepatutnya diadakan selewat-lewatnya pada 19 September, iaitu 60 hari selepas tempoh lima tahun DUN itu berakhir pada 7 Jun lalu. – 31 Julai, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan