Ahad, 11 Julai 2021

BERKHALWAT HARI KE 481

 



KHALWAT KE 481

AHAD  11/7/2021
KITA MASUK KE HARI 481
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 181
LAGI DUA MINGGU
TAMAT
AMIN

PKP 4.0
REKOD TERTINGGI
SERANGAN KOBID
LINTAS 9,000
AMIN

POLITIK
MAKIN GAWAT
MAKIN TAK MENENTU
MALAYSIA MENUJU
KE ARAH NEGARA GAGAL
AMIN

PAGI AHAD YANG INDAH
MATAHARI DAH BERSINAR
KL SENTARL DAN KL CERAH

GUA DENGAR 
SIMPONI CENGEKERIK
HUJAN PETANG KELMARIN
MENJADI CENGKERIK
BERGEMBIRA

AH TERTIBA
ADA ABANG 
MARAH KERANA DI SALAK
OLEH OSKAR
MARAH  BUKAN MAIN
SAMPAI JANJI
AKAN PARANG DAN BUNUH
ANJING ANJING INI

GUA  MINTA MAAF
TAPI DIA TERUS MARAH
GUA MINTA MAAF LAGI
DIA TERUS MARAH 

GUA PULANG 
IKUT JALAN LAIN
AGAR
ANJING GUA 
TAK BUAT APA APA

GUA RASA
ABANG  INI MENGHADAPI
TEKANAN HIDUP
DITAMBAH PULA
TEKANAN KOBID
MARAHNYA AMAT SANGAT
GUA HARAP DIA OKAY
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUMLAH

BRO
MARAH ITU
MEMBAKAR DIRI  KITA

BRO
BILA ORANG MARAH
KITA UDUR
DIA MATI AKAL
KALAU KITA SAMA MARAH
MAKA
INI MENGERUHKAN SUASANA

BRO
HIDUP INI
DITERAJU OLEH
MINDA KITA
GUNAKAN DENGAN BIJAKSANA

BERFIKIR
SEBENARNYA KITA
BERBINCANG 
DENGAN JIWA KITA

PADAMKAN KEMARAHAN
DENGAN MEMBERI MAAF
PADAMKAN KEJAHATAN
DENGAN KEBAIKKAN
PADAMKAN KEDEKUT
DENGAN PEMURAH
PADAM KAN BOHONG
DENGAN KEBENARAN
CARI PENCERAHAN

BRO
JADI SOSOK TULIN
DALAM TERANG
DALAM GELAP
JANGAN MENYAMAR

BRO
JANGAN BUANG MASA
NAK TUNJUK PADA
MAMAT SEBELAH

BRO
JANGAN BENARKAN
SESIAPA PUN
BUANG MASA LU
DUA KALI

BRO
TAK PERLU BUANG MASA
TERANGKAN PADA
MAMAT ITU
ORANG RAMAI
 HANYA MENDENGAR
APA YANG MEREKA SUKA DENGAR

BRO
SENYAP
IALAH JAWAPAN TERBAIK
KEPADA MAT BEBAL

BRO
DALAM DUNIA INI
ADA DUA JENIS KESAKITAN
SAKIT YANG MENYAKIT
DAN
SAKIT YANG MENGUBAH KITA

BRO
BENCI INI BERAT
BIARKAN  DIA PERGI

MARAH
IALAH MULUT LEBIH CEPAT
BERGERAK DARI MINDA

BRO
SEMUA TERUBAT
HATI LUKA AKAN TERUBAT
KULIT LUKA AKAN KERING
GEMBIRA ITU
AKAN DATANG KEMBALI
ZAMAN KACAU INI
AKAN BERAKHIR
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan