Khamis, 15 Julai 2021

BERKHALWAT HARI KE 485

 



KHALWAT KE 485

KHAMIS  15/7/2021

KITA MASUK KE HARI 485
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 185
LOPEH NI
TAKDO LAAI

PKP 4.0
MAKIN BERAT
MAKIN KACAU
MAKIN MENAKUTKAN
AMIN

GAWAT EKONOMI
MAKIN TENAT
GAWAT POLITIK
BELUM REDA

POLITIKUS MASIH
GILA BABI
AMIN

GUA MASUK HOKKIEN
MATA HARI TAK ADA
KL DAN KL SENTRAL KELAM

GUA LINTAS MASUK KWANTUNG
KOSONG
HANYA  TERKUKUR BERLAGU

PETANG KELMARIN
DI KWANTUNG' GUA TERJUMPA
CENDAWAN
TAPI GUA TIDAK MEMILIKI
ILMU MENGENAL CENDAWAN 
SILAP SILAP RACUN

GUA KENAL
CENDAWAN KUKUR
CENDAWAN BUSUT
CENDAWAN KELI MIMIR
CENDAWAN TELINGA KERA
SEMUA INI BOLEH DIMAKAN
YANG LAIN
GUA TAK ARIF
AMIN

BRO
MULAKAN DENGAN
SENYUM
PAGI INI

BRO
ADA SOSOK
TAK PEDULIKAN LU
HINGGA SATU HARI
DIA PERLUKAN LU
INI TABIAT BILAZIM

BRO
MARI KITA
SESAMA JADI
INSAN YANG BAIK
TAPI
JANGAN BUANG MASA
UNTUK BUKTIKAN

BRO
CINTA SEJATI
BERMULA
TANPA APA APA  HARAPAN
PULANGAN

BRO
TAKUT INI  LUASNYA
SELUAS MANA YANG
MINDA KITA BENARKAN

BRO
SOSOK YANG SUKA TERSENYUM
LEBIH GAGAH
DARI YANG BENGIS

BRO
KITA SEMUA BUAT SALAH
SEBAB ITU
DISEMUA PENSIL
ADA GETAH PEMADAM

SATU PATAH KATA
YANG INDAH
AKAN MEMANASKAN
HUJAN YANG SEJUK

BRO
TUJUH KALI
KITA JATUH
YANG KE LAPAN BANGUN LAGI

DIWAKTU MUDA
KITA TAK BERPELUH
BILA DAH TUA
KITA MENANGIS

GELAP HANYA
BERKUMPUL DI KAKI
RUMAH API

BRO
LEBIH MOLEK LU TULIS
HANYA SEKALI
DARI MEMBACA SEPULUH KALI
UNTUK MENGINGATI

BRO
NAK MEMULAKAN SENANG
NAK MENERUSKAN SUSAH

BRO
BILA LU DAHAGA
AGAK DAH TERLAMBAT
UNTUK GALI PERIGI

BRO
SATU ANAK PANAH
SENANG PATAH
CUBA IKATKAN 
SEPULUH

TEH SEJUK
NASI SEJUK
MASIH OKAY
TAPI MUKA SEJUK
CAKAP SEJUK
MEMANG PALAT

BRO
DUIT INI TUMBUH
ATAS POKOK KERJA KUAT

BRO
BILA LU JUMPA MAMAT
LU TAK PASTI PERANGAI DIA
TENGOK SIAPA KAWAN DIA

BRO
HIDUP UNTUK SATU JENERASI
TAPI
NAMA YANG BAIK
HIDUP SEPANJANG MASA

BILA KITA LAPAR
TAKDA MAKANAN
YANG TAK ELOK

BRO
BILA KITA DAH BUAT SILAP
JANGAN SEGAN
UNTUK BETULKAN

BRO
SETIAP SAAT INI
DIA MELINTAS HANYA
SEKALI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALAT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan