Sabtu, 31 Julai 2021

CADANGAN TUNTAS DARI MADEY

 

INI CADANGAN

TUNTAS UNTUK

SELAMATKAN 

NEGARA

AMIN

WAJIB DAPAT

 SOKONGAN

AMIN 




20 anggota MPN untuk buat tindakan cepat, kata Dr Mahathir

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) yang dicadangkan Dr Mahathir Mohamad akan melibatkan 20 anggota supaya keputusan dan tindakan dapat dibuat dengan cepat.

Melalui blognya bekas perdana menteri berkata, MPN yang dicadangkannya akan merangkumi empat ahli politik, enam doktor, lima pakar ekonomi, dua pakar perundangan dan tiga ahli pendidikan.

Bagi hal berkaitan ekonomi, Dr Mahathir mencadangkan bekas menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Rafidah Aziz, ahli perniagaan Lin See Yan, Mohamed Azman Yahya dan Mohd Hassan Marican serta Lin See Yan dan Prof Dr Jomo K Sundram. 

Isu berkait kesihatan pula, ahli Parlimen Langkawi itu mencadangkan Dr Abu Bakar Suleiman, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, Prof Dr Lam Sai Kit, Dr Musa Nordin, Dr Amar Singh HSS dan Dr Kumitaa Theva Das.

Manakala bagi hal pendidikan, beliau mencadangkan Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, Mohd Shukri Ab Yajid dan Samuel Isaiah, sementara untuk isu undang-undang, beliau mencadangkan Prof Shad Faruqi dan Prof Salleh Buang.

Selain itu, empat ahli politik yang dicadangkan beliau ialah Azalina Othman Said, Hannah Yeoh, Fahmi Fadzil dan Syed Saddiq Abdul Rahman.

“Perlu saya jelas bahawa cadangan MPN ini pertama kali saya bentang kepada Yang di-Pertuan Agong ketika saya menghadap Baginda pada hari Khamis, 10 Jun lepas.

“Ketika itu saya mengambil peluang mencadangkan penubuhan satu badan ala-Mageran 1969 yang boleh dinamakan Majlis Pemulihan Negara ataupun National Recovery Council. Ketika itu saya tidak berikan nama-nama ahli yang saya ingin cadangkan,” katanya.

Bagaimanapun, tambah Dr Mahathir, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menubuhkan MPN sendiri dipengerusi oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Penyelaras.

“Menyuruh orang yang berkali-kali gagal memperbaiki kegagalan yang disebabkan oleh kegagalan mereka bukanlah sesuatu yang bijak.

“Selain itu, turut dilantik ialah Menteri-Menteri Kabinet yang juga sebahagian dari Kerajaan yang gagal ini,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau percaya dengan mengehadkan keahlian tidak lebih 20 orang, keputusan dan tindakan dapat dibuat dengan cepat.

“Jika MPN yang saya cadangkan ini diterima, badan ini akan dapat berfungsi dengan segera dan hit the ground running,” katanya.

Beliau merujuk kepada pelantikan Wong Chun Wai, yang merupakan penasihat semasa dan bekas Ketua Pengarang Bintang, yang dimiliki MCA.

Buat masa ini antara anggota MPN ialah bekas menteri Nor Mohamed Yakcop, pengasas bersama AirAsia Tony Fernandes dan pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman, Presiden Persatuan PKS Malaysia, Michael Kang, Dr Sivakumar Thurairajasingam dari Jeffrey Cheah School of Medicine & Health Sciences, aktivis hak asasi kanak-kanak Hartini Zainudin, bekas ketua pengarah pelajaran Habibah Abdul Rahim, Wong Chun Wai, dan bekas CEO Khazanah Azman Mokhtar.

Minggu lepas, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik Muhyiddin sebagai menteri penyelaras MPN untuk mengawasi pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Tengku Zafrul berkata majlis baharu itu akan dianggotai oleh anggota dari sektor swasta, kumpulan masyarakat sivil dan pakar industri.

Beliau berkata keputusan itu selaras dengan pendekatan dirumuskan kerajaan untuk membawa Malaysia keluar dari pandemik Covid-19 secara teratur dan selamat.

Di bawah pelan pemulihan, negeri-negeri akan beralih dari satu fasa ke fasa lain berdasarkan tiga indikator.

Tiga indikator nilai ambang utama untuk memasuki Fasa 2 adalah: jumlah kes harian Covid-19 seluruh negara bawah daripada 4,000 kes, katil di unit rawatan rapi (ICU) di tahap sederhana dan 10% penduduk dewasa telah lengkap divaksinasi. – 31 Julai, 2021.


JANGAN 

BERPOLITIK

AMIN

JANGAN NAK

SCORE POINT

AMIN

TUGAS UNTUK

NEGARA

AMIN



6 ulasan:

  1. Satu nama dia takut nak masukkan....yang lain tu dia boleh buli je

    BalasPadam
  2. Syed diluar otak tak disenaraikan?

    BalasPadam
  3. Semua tua2..prof kangkong...tt saipa Tak masuk sekali..pemikir lung..Batu api terbesaq..mesti ke masuk dlm Tim..Mana boleh kena tinggai..sheraton geng...tim..tt Sapa bayaq gaji..atau keja wakaf..jgnlamaree..tt

    BalasPadam
  4. Lupa Kak...ketua Sapa..atuk ka.. kah22..atuk lagi..pelingkup..no 1..janji dicapati..manifesto bkn bible..malaiyu ka kerala..jgn mareee

    BalasPadam
  5. Kutti Kerala ni suka-suka cakap orang ini gagal, orang itu gagal ..bagai ludah ke langit Si Kutti ni. Gwa nak tanya Si Kutti apa kejayaan dia dah buat ..DEB 1990 apa crita ..W2020 dari "Kearah Pendapatan Tinggi" jadi "Angkat Mendera Putih" ..ni, botol todi kapsul 2020 pun Si Kutti ni masey tak jumpa2 lagi ..Pukimak Lu Lah Kutti ..

    BalasPadam
  6. Kutty kau dah lanjut usia...bagi le orang yang lebih muda untuk meneraju negara. Zaman kau dah berlalu dan hancur negara kau kerjakan. Yang kaya anak dan kroni kau saja..melayu terus layu dan merempat di negara sendiri. Ingat lagi tak?, apa yang kau cakap dulu "kes kobit19 belum serious lagi" kemudian kau cabut lari. Sekarang banyak cakap dan macam-macam cadangan untuk negara. Kalau nak diikutkan kau ni patut di hukum tembak mati saja sebab lari dari tanggung jawab kepada negara.

    BalasPadam