Sabtu, 3 Julai 2021

JALAN TERBAIK - KERAJAAN PERPADUN

 

RAKYAT DUNIA

 MURUNG 

AMIN

RAKYAT  MALAYSIA

MURUNG

AMIN

JALAN TERBAIK

TUBUH

KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN



Rakyat bunuh diri tanda Perikatan gagal, kata Dr Mahathir

PENINGKATAN bilangan rakyat Malaysia yang membunuh diri sepanjang pandemik amat mengejutkan, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata statistik itu menunjukkan Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai idea menangani pandemik Covid-19 dan menguruskan ekonomi.

“Bila tak tahu tanya orang… jangan malu, nyawa manusia tergadai bukan benda kecil… 5,000 mati (akibat Covid-19), 2,000 bunuh diri.

“Kita pula tentukan nak kekal sebagai perdana menteri dan semua orang nak kena tanya kita.

“Yang bunuh diri seramai 2,000 orang tak pernah berlaku di Malaysia, termasuk orang Melayu, wanita Melayu, bunuh diri, bukan perkara biasa,” kata Dr Mahathir.

PN sebaliknya hanya mahu kekal sebagai kerajaan walaupun mereka gagal membantu rakyat yang terhimpit dengan pelbagai tekanan, katanya lagi dalam wawancara yang disiarkan langsung.

“Saya tak peduli politik, saya yakin ada cara kita boleh kurangkan keadaan ini,” kata Dr Mahathir ketika wawancara bersama The Amin Idris Show malam tadi.

Katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh 1 Jun lalu, kerajaan masih gagal mengurangkan bilangan jangkitan disamping membantu ekonomi rakyat.

Sebaliknya, kerajaan hanya mengutamakan soal politik.

“Macam-macam langkah diambil tapi semuanya tak berkesan. Katanya dah habis RM600 bilion. Apa yang kita nampak? Sekarang tambah RM150 bilion tak nampak apa juga.

“Ternampak kerajaan tidak ada idea nak urus krisis.

“Ini krisis besar, wabak dan kesan terhadap ekonomi dan kehidupan sosial orang kerana ramai orang hilang keluarga, menderita tak makan tidak ada duit, mereka susah…

“Tapi yang kita dengar politik, macam mana nak kekalkan kerajaan,” kata Dr Mahathir lagi.

Pada masa sama, beliau memuji kempen menyeru orang ramai yang memerlukan bantuan untuk menaikkan bendera putih.

“Dia bukan kempen, dia nak tunjuk mereka susah. Ini bukan kempen. Ada orang kerajaan yang kata ini nak tunjuk ada masalah.

“Ini usaha baik kerana kalau kita tak tolong orang susah mereka rasa kecewa sampai bunuh diri.

“Takkan nak biarkan. Apa salahnya nak pasang? Ini tak bagi pula, jangan buat macam itu, mereka menangis anak tiada makanan,” kata Dr Mahathir.

“Itu bukan politik itu orang susah. Kalau tak kita nak tolong orang tak susah bodohlah kita

“Orang ini susah dan pasang bendera putih jadi mudahlah kita nak hantar bantuan,” katanya, lagi.

Kempen menaikkan bendera putih itu ditentang keras oleh pemimpin PAS seperti Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor yang mendakwa ia bermotifkan politik.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri Kedah tidak mengiktiraf bendera putih sebagai usaha memohon bantuan dan mengarahkan pemohon membuat aduan secara rasmi kepada agensinya.

Kempen menaikkan bendera putih itu turut ditentang oleh Nik Abduh, anak kepada ulama besar PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Parlimen Bachok itu dilaporkan berkata, golongan yang memerlukan bantuan sepatutnya mengangkat tangan berdoa kepada Allah dan bukannya menaikkan bendera.

Seorang lagi anak Nik Aziz, Nik Omar bagaimanapun menyeru kerajaan agar segera membantu golongan yang memohon bantuan itu.

Kes bunuh diri menjadi kebimbangan sejak PKP mula dikuatkuasa pada Mac 2020 apabila Covid-19 diisytihar sebagai pandemik. 

Majoriti kes bunuh diri membabitkan golongan wanita dan remaja, menurut data polis yang turut menunjukkan peningkatan ketara kes pada tahun kedua pandemik Covid-19.

Angka itu menunjukkan, lebih ramai individu membunuh diri dalam tempoh lima bulan tahun ini berbanding 50% daripada jumlah kes yang berlaku setiap tahun sejak 2019.

Jumlah kes membabitkan wanita lima pula kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki, untuk keseluruhan tempoh tersebut.

Sebanyak 468 kes didapati berlaku sejak Januari hingga Mei tahun ini, berbanding 609 kes untuk keseluruhan 2019 dan 631 kes pada 2020.

Polis juga mendapati golongan remaja lebih ramai membunuh diri, dengan 872 orang dalam usia 15 hingga 18 tahun berbanding 668 orang mangsa berumur 19 hingga 40 tahun.

PKP penuh dikuatkuasa semula sejak 1 Jun sewaktu kes positif Covid-19 di paras membimbangkan dengan 7,105 kes baharu.

Sebulan kemudian, jumlah jangkitan baharu tetap di paras sama sebanyak 6,988 kes. – 3 Julai, 2021.

 POLITIKUS

HENTIKAN 

BERGADUH

AMIN

HENTIKAN GILA

KUASA

AMIN

BERSAMA LAWAN

KOBID

AMIN



2 ulasan:

  1. Jangan jadi naif. Takkan ada Politikus yang takkan bergaduh. Segalanya hanya kerana fulus. Politikus yang tak bergaduh hanya Politikus yang mati. Contoh terbaik adalah Mahadey, fulus dah cukup untuk buat mahligai di Padang Mahsyar pon masih bergaduh. Kita doakan orang tua ni cepat mati, maka tiadalah pergaduhan dari dia. Amin.

    BalasPadam
  2. Tangan kanan lawan kovid tangan kiri lawan nak jadi PM ..dapat jadi PM habuan besar menanti ..semua anak2 & bini2 jadi jutawan ooop ..billionaire ..

    BalasPadam