NGO TAK FAHAM
PERANGAI
PELACUR
AMIN
HANYA KU LI
YANG FAHAM
KHALAS
BILA DAH JADI
PELACUR ADA
DUIT BELI KERETA
AMIN
ADA KERETA
DAPAT BINI MUDA
AMIN
BINI MUDA KETAT
SENDAT LIGAT
KAH KAH KAH
BUKAN LOHE
MACAM BINI TUA
KAH KAH KAH
PAS sudah jauh dari NGO Melayu-Islam, kata pemimpin badan masyarakat
HUBUNGAN PAS dengan pertubuhan Melayu dan Islam semakin menjauh selepas parti Islam itu menyertai kerajaan dan mendirikan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Putrajaya dan beberapa negeri setahun yang lalu, kata pemimpin badan masyarakat (NGO).
Mereka merasakan PAS tidak lagi mempedulikan mereka walaupun suatu ketika dahulu bersama-sama NGO Islam memperjuangkan isu-isu agama dan masyarakat.
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya berkata pihaknya juga terkilan kerana PAS seolah-olah menganggap NGO seperti mereka bukan sebahagian daripada komponen dalam masyarakat yang boleh memberi impak kepada pentadbiran negara.
“Hubungan (dengan PAS) sekarang terputuslah sedikit, biasalah mereka dah dapat jawatan… macam kata pepatah, habis manis sepah dibuang.
“Ketika nak dahulu kita diangkat dan dipuji, tapi bila mereka dah pegang jawatan (dalam kerajaan) kita nak panggil nak berjumpa pun susah,” kata Aminuddin, kepada The Malaysian Insight.
Aminuddin juga melihat PAS seakan hilang arah tuju selepas menjadi kerajaan dan hanya bertindak mengikut arus tanpa panduan yang jelas.
“Negara sekarang dipandu siapa yang kuat melobi… bukan agenda sebenar, sebab itu agenda Melayu, perpaduan Islam semua bungkus. Semua tak fikir itu sebagai kepentingan dan benda utama.
“Hala tuju pun tidak jelas, bila dapat tampuk kuasa itu yang hilang arah tuju jadi tak tahu apa nak buat akhirnya ikut sahaja.
“Siapa kuat melobi itulah yang dapat apa yang dia nak,” katanya.
Ummah adalah antara NGO di barisan hadapan mengkritik pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
NGO Melayu Islam kemudiannya dianggap oleh penganalisis sebagai proksi parti-parti politik Melayu khususnya Umno dan PAS menentang kerajaan PH, dengan sasaran utama mereka DAP.
Menurut Aminuddin, PAS seharusnya terus menonjolkan suara yang lantang seperti sebelum ini, ketika mereka di luar kerajaan.
Beliau mengingatkan suara lantang mereka adalah sebab utama rakyat menyokong gerakan yang dibawa oleh parti Islam itu.
“Kita faham kadang-kala ada perkara yang memakan masa (untuk dilaksanakan) tapi sepatutnya kenyataan mereka harus konsisten macam yang diperjuangkan dahulu
“Sepatutnya PAS kena tonjolkan suara mereka yang dahulu, sebab itu yang diperjuangkan puluhan tahun dan rakyat menyokong atas dasar itu,” katanya lagi.
Jangan berubah
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpandangan PAS tidak boleh bertolak ansur dengan asas perjuangannya dan berubah mengikut keadaan.
Presidennya Nadzim Johan berkata asas perjuangan adalah pegangan kekal sesebuah pertubuhan.
“Dulu semasa di luar kerajaan mereka komen, mereka bantah, bila dalam kerajaan tidak pula jadi begitu.
“Asasnya perjuangan dan kita harap ia diteruskan. Kalau tak, esok lusa dah masuk (jadi) kerajaan, semua okay, sedangkan kita nak kebenaran,” kata Nadzim kepada The Malaysian Insight.
Penganalisis politik sebelum ini melihat PAS sudah tidak lagi agresif membangkitkan isu berkaitan agama Islam setelah jadi kerajaan di Putrajaya.
Pemimpin PAS sebaliknya menegaskan pendirian parti Islam itu mengenai beberapa isu tidak pernah berubah sebaliknya fokus mereka sebagai kerajaan kini bertumpu pada krisis Covid-19.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, menganggap PAS tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam pentadbirannya.
Beliau berkata, wakil parti Islam dalam kerajaan juga tidak dapat menonjolkan ketokohan mereka membantu rakyat yang terkesan dengan krisis pandemik Covid-19 sekarang.
“Maksudnya, dalam keadaan rakyat tertekan, PAS patut ada penyelesaian. PAS pentingkan soal ibadah sahaja, muamalat tidak ada.
“Dari segi jenayah pun, kita tahu PAS sekejap bawa hudud sekejap tak hudud. Kelam kabut, benda itu tak jelas.
“PAS tidak membawa fikrah Islam yang jelas. Islam sebagai agama yang komprehensif, agama yang ada jawapan kepada persoalan kepada kehidupan manusia,” katanya.
PAS juga katanya sekadar melaungkan Islam tanpa praktikal dan ilmu yang sebenar.
“Setakat cakap kita nak Islam, semua nak Islam tapi tidak ada bentuk Islam yang praktikal dan jalan penyelesaian, dan ilmu.
“PAS banyak bercakap, tapi tiada isinya, mereka memerlukan ilmu dan kepakaran, lebih-lebih lagi dalam realiti baru.
“Kita kena bawa Islam kontemporari sesuai dengan zaman tapi kaedah, asas pegangan kekal…tetapi keupayaan untuk melihat suatu perkara di perspektif yang betul tidak ada dalam PAS,” tambahnya.
Sementara itu, Ummah mengingatkan PAS bahawa realiti kuasa tidak akan kekal selamanya.
“PAS belum tentu terus memerintah. Dahulu pernah bersama Umno, kena buang,” kata Aminuddin, merujuk kerjasama PAS dalam Barisan Nasional pada tahun 1970-an.
“Sekarang memerintah, dan akan datang boleh kena buang balik.
“Kita jangan jadi buih yang hanyut sekadar mengikut arus, kita kena ada jati diri,” tambahnya. – 1 Julai, 2021.
Pelacur dalam versi drama Melayu digambarkan pompuan serabai berkudis tanda ada hiv ..makan nasi bungkus ..beralamat dibelakang mati. Pelacur dalam crita omputih memaparkan kemewahan, kechantikan, professional dan happy ending ..
BalasPadam