BILA DITANGKAP
KENAPA
BERGELAR?
AMIN
SIAPA BAGI
GELARAN
AMIN
GELARAN DATUK
TAN SERI INI BELI ?
AMIN
KALAU DIBELI
SAPA PENJUAL
AMIN
Rasuah RM16 juta: Pengerusi koperasi bergelar Datuk ditahan
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengerusi anggota lembaga pengarah sebuah koperasi hartanah bergelar Datuk hari ini untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang esok.
Beliau akan didakwa atas kesalahan menerima wang rasuah dan barangan berharga yang dianggarkan berjumlah lebih RM16 juta.
Menurut sumber, beliau didakwa menerima sogokan tersebut daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri melalui syarikat miliknya sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut untuk projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan.
Jelas sumber, beliau akan berhadapan dengan lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] (AMLATFA 2001) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] (AMLATFAPUAA 2001).
Difahamkan, penahanan Datuk itu adalah berdasarkan siasatan dan operasi yang dijalankan oleh SPRM pada Ogos tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan