Selasa, 27 Julai 2021

KERAJAAN MAKIN GAGAL KE ?

 

 BER

BERAT  MAKIN

BERAT

AMIN

GAGAL MAKIN

GAGAL

AMIN

APA DAH JADI

KAH KAH KAH




Diam-diam mansuh Ordinan Darurat dedah helah sebenar kerajaan, kata penganalisis

TINDAKAN Putrajaya “diam-diam” membatalkan semua Ordinan Darurat hanya menunjukkan apa yang kerajaan Perikatan Nasional sanggup buat untuk terus kekal berkuasa, kata penganalisis.

Mereka mendakwa kerajaan mempermain-mainkan rakyat dan memberi amaran kepada PN supaya tidak mengambil ringan Proklamasi Darurat.

Menteri undang-undang Takiyuddin Hassan mengejutkan banyak orang semalam apabila beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sejak 21 Julai, kerajaan sudah membatalkan semua ordinan yang dimasyhurkan melalui Proklamasi Darurat.

Katanya, kerajaan juga tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar proklamasi darurat baharu apabila ia tamat 1 Ogos ini.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata keabsahan kerajaan ini dipertikaikan kerana majoritinya tidak jelas, selepas Umno berulang kali memberi amaran menarik balik sokongan mereka.

“Kerajaan sedia mempermainkan rakyat dengan menyembunyikan keputusan yang mereka buat walaupun keputusan itu sangat mustahak kepada kehidupan rakyat,” kata Ahmad Fauzi.

“Kalaupun pemansuhan ordinan itu untuk mengelak undian di Parlimen, ia tetap membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mahu menggunakan Darurat untuk melawan Covid-19.

“Kalau betul, ia sepatutnya mengemukakan pelan pemulihan lebih awal, sebaik-baiknya selepas Darurat dikuat kuasa.”

Tidak mustahil kerajaan ini bergelut untuk menangani pandemik kerana ia lebih mengutamakan nyawa politiknya berbanding kesejahteraan rakyat, tambahnya.

Bekas presiden Aliran Dr Francis Loh Kok Wah berkata tidak munasabah kerajaan PN memansuhkan ordinan darurat.

“Sama seperti kerajaan PN mengisytiharkan Darurat tanpa merujuk Parlimen, ia juga menamatkannya dengan mengetepikan Parlimen sekali lagi,” katanya.

Loh berkata rakyat mahu ahli parlimen mereka memberitahu kerajaan: “Jangan main-main dengan perisytiharan darurat.”

Beliau menjelaskan darurat sepatutnya hanya jadi pilihan apabila ada ancaman yang serius kepada keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat, dan bukannya kerajaan, terutamanya kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat.

Kesejahteraan kerajaan adalah urusan politik, dan dalam demokrasi, ia diselesaikan di Parlimen atau melalui peti undi, tambahnya.

“Nampaknya kerajaan PN takutkan Parlimen, mengelaknya seperti pandemik, seolah-olah ia tahu ia akan tumbang di situ,” kata Loh.

Dr Azmil Tayeb juga dari USM berkongsi pandangan sama.

“Menamatkan darurat dengan diam-diam samalah seperti mengaku darurat gagal dan kerajaan hanya mahu menyorok kegagalan itu.

“Ia tidak mahu kegagalan darurat itu diperiksa oleh pembangkang kerana akan mendedahkan bahawa selama ini tujuannya politik semata-mata,” katanya. – 27 Julai, 2021.

 

MAKA KITA

KEMBALI PADA

PERSOALAN

HAKIKI

AMIN

ADAKAH KERAJAAN

MUHYIDIN INI

ADA SOKONGAN

MAJORITI ?

JENG JENG JENG



Tiada ulasan:

Catat Ulasan