TUN
RELAXLAAA
KAH KAH KAH
ZAF NAK RAYA
HARI JADI
KAH KAH KAH
JANGAN BOCOR
MAKLUMAT
KAH KAH KAH
TUN TAK SUKA
MOET CHANDON
ADA CHIVAS
KAH KAH KAH
TAK SUKA
CHIVAS
ADA BLUE LABEL
NO WORRIES
AMIN
TAK SUKA
BLUE LABEL
MENTERI KESIHATAN
BOLEH BAWA
AIR SUAM
AMIN
Dr Mahathir dedah Tengku Zafrul ajak berjumpa
BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau dihubungi Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pagi tadi, kata laporan.
Astro Awani memetik Dr Mahathir sebagai berkata Tengku Zafrul menghubunginya untuk bertemu, dipercayai berkaitan Jawatankuasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Presiden Pejuang itu berkata beliau bagaimanapun belum memberi kata putus sama ada bersetuju atau menetapkan tarikh pertemuan dengan Tengku Zafrul yang juga menteri penyelaras PNN.
“Kita hendak tengoklah (pelaksanaan macam mana), nak tubuhkan badan (atau apa-apa jawatankuasa) itu mudah tetapi hendak buat kerja, (terutama) nak bagi kurang kes baharu (positif COVID-19) ini, memerlukan banyak idea baharu.
“Saya tak tahu Menteri Kewangan ini mempunyai idea macam mana nak kurangkan (jumlah kes), tetapi dia minta nak jumpa dengan saya, tak tahulah, saya tak buat keputusan lagi, saya dengar (dia telefon) pagi ini,” katanya, dipetik Astro Awani hari ini.
Dr Mahathir mendedahkan perkara itu kepada media pada Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan KEDA Pulau Tuba, di Langkawi hari ini.
Semalam, Tengku Zafrul dilantik sebagai menteri penyelaras PPN.
Menteri kewangan itu akan mengawasi pelaksanaan strategi dan inisiatif bantuan di PPN sambil mengambil langkah intervensi proaktif yang sesuai untuk menangani wabak Covid-19 yang dinamik di negara ini. – 10 Julai, 2021.
Isham Rais..... Member aku cakap Si ZAF ni hobi dia macam DSAI..... Mengunyit..... Betul ke Sham?????
BalasPadam