KANG KONG
DAN KONGKANG
TAK FAHAM POLITIK
AMIN
MALAYSIA NEGARA
DUNIA KETIGA
AMIN
MENTERI KE
PEGAWAI KE
TAK AKAN LETAK
JAWATAN
AMIN
NAJIB KES BUNUH
TAK LETAK
JAWATAN
AMIN
KJ KES HILANG
100 JUTA RINGGIT
TAK LETAK JAWATAN
AMIN
RAIS YATIM
KES AMAH
TAK LETAK JAWATAN
KHALAS
DI TUNISIA
SAMPAI KENA
HALAU
AMIN
DI HAITI HINGGA
PM KENA BUNUH
AMIN
DI MYANMAR
MENANG UNDI
PUN ASKAR
RAMPAS KUASA
AMIN
UNDI UNDI INI
TAK ADA MAKNA
DI MALAYSIA
KHALAS
Muhyiddin akan bertahan, kata penganalisis
INI minggu yang aneh untuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Ketika kes jangkitan Covid-19 memuncak dari hari ke hari, Muhyiddin dimasukkan ke hospital pada minggu lalu, tidak lama selepas dititah nasihat sekali lagi oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan sidang Parlimen.
Selepas keluar dari hospital pada Selasa dan kembali bekerja keesokan harinya, Muhyiddin semalam mengumumkan pelantikan dua menteri Umno ke jawatan yang lebih kanan.
Berita gembira itu bagaimanapun tidak lama apabila beberapa jam kemudian Umno mengumumkan menarik diri daripada menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri – serta merta.
Penganalisis politik percaya presiden Bersatu yang sedang berdepan ujian politik ini akan bertahan biarpun dikatakan sudah hilang kepercayaan untuk terus jadi perdana menteri.
“Beliau tidak akan letak jawatan,” kata pengarah eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar kepada The Malaysian Insight.
“Muhyiddin tidak akan buat seperti Dr Mahathir Mohamad yang letak jawatan perdana menteri selepas hilang sokongan,” tambah Hisomuddin, yang pernah berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sebelum Muhyiddin membuat gerakan menjatuhkan kerajaan pada Februari tahun lepas.
Keadaan masih belum begitu jelas setakat ini namun Hisomuddin percaya kem Muhyiddin akan terus cuba bertahan selagi tiada titah daripada Yang di-Pertuan Agong atau undi tidak percaya di Parlimen.
“Beliau akan bertahan selama mana dilindungi oleh perisytiharan darurat.”
Selepas berbulan-bulan bercakap mengenainya, Umno malam tadi mengumumkan tidak lagi menyokong Muhyiddin.
Barisan Nasional yang ditunjangi oleh Umno mempunyai jumlah ahli Dewan Rakyat terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebanyak 38 orang bersama empat wakil parti komponen lain iaitu MCA (2) dan masing-masing seorang dari MIC dan PBRS.
Dengan penarikan sokongan Umno, Muhyiddin hanya ada 73 ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya walaupun dalam kalangan ahli Parlimen Umno ada juga yang mendukung presiden Bersatu itu kekal sebagai perdana menteri.
Naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri semalam sebelum ini mengetuai lebih 20 wakil rakyat untuk menyatakan sokongan kepada Muhyiddin pada bulan lepas.
Hisomuddin yakin Muhyiddin tidak akan berundur.
“Walaupun umum tahu Muhyiddin sudah hilang sokongan, ini belum lagi teruji di Parlimen.
“Proses yang sepatutnya berlaku sekarang ialah menentukan bakal pengganti perdana menteri, sama ada sementara atau sehingga pilihan raya akan datang, saya tidak jangka itu akan berlaku,” katanya.
Awal hari ini, veteran Umno Shahrir Samad berkata Muhyiddin pernah memberikan tekanan sama kepada bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk letak jawatan selepas Pilihan Raya Umum ke-12.
“Muhyiddin terus duduk dalam Jemaah Menteri selepas menyatakan Tun Abdullah Badawi sepatutnya meletakkan jawatan sebagai PM dengan seberapa segera dari tempoh setahun yang dicadangkan,” katanya, yang juga menteri dalam Kabinet Abdullah pada 2008.
Undi tidak percaya
Walaupun Parlimen dengan model Westminster menuntut perdana menteri untuk mendapatkan atau membuktikan sokongan kepadanya melalui Parlimen, tiga bekas perdana menteri letak jawatan tanpa perlu menunggu undi tidak percaya di Parlimen.
Mereka ialah Tunku Abdul Rahman pada 1970, Abdullah pada 2009 dan Dr Mahathir pada Februari 2020.
Dr Mahathir kemudian menjelaskan beliau letak jawatan selepas hilang kepercayaan daripada partinya sendiri pada masa itu iaitu Bersatu yang diketuai oleh Muhyiddin.
Dr Mahathir dan beberapa pemimpin Bersatu yang lain kemudian disingkir dari parti kerana enggan menyokong Muhyiddin.
Pensyarah politik di Universiti Malaya Prof Dr Awang Azman Awang Pawi menjangkakan Muhyiddin akan menunggu sehingga undi tidak percaya dikemukakan di Parlimen.
“Kalau beliau tidak letak jawatan, Parlimen perlu mengemukakan usul undi tidak percaya. Setakat ini, saya difahamkan beliau berbincang dengan peguam negara dan menteri-menterinya mengenai hal ini.
“Selepas itu, kalau beliau yakin akan sokongan yang ada padanya, beliau akan kekal memegang jawatan sehingga kalah undi tidak percaya,” katanya.
Namun Hisomuddin tidak yakin sama ada usul itu akan dibahaskan di Parlimen.
“Walaupun Dr Mahathir sudah dua kali memfailkan usul undi tidak percaya dan lebih 25 ahli Parlimen juga berbuat demikian semasa sidang yang lepas, usul itu tidak sampai ke tengah,” kata Hisomuddin.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, yang dilantik sebagai speaker selepas Muhyiddin jadi perdana menteri, berkata urusan kerajaan mesti didahulukan sebelum usul persendirian ahli Parlimen.
Beliau memetik Peraturan 14(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Untuk tujuan itu, satu usul mestilah dibawa seorang Menteri, yang melalui amalan kita, mestilah menteri undang-undang dan Parlimen,” katanya, menjawab isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Hisomuddin bagaimanapun melihat ada percanggahan kenapa menteri undang-undang Takiyuddin Hassan, yang dilantik oleh Muhyiddin, hendak membenarkan usul seperti itu dibawa ke Parlimen.
“Bagaimana Umno hendak menzahirkan penarikan sokongan mereka?” tanyanya.
Selain Umno dan Zahid, Hisomuddin berpendapat negara akan rugi jika Muhyiddin terus kekal berkuasa.
“Beliau tidak akan dapat menyelesaikan kekalutan politik ini sekiranya terus memegang jawatan. Kita akan terus menyaksikan tarik tali politik ini sementara pada masa sama terus juga bergelut dengan masalah ekonomi dan pandemik Covid-19,” tambahnya.
Awang Azman juga percaya isu politik berkaitan Muhyiddin dan Umno tidak boleh diselesaikan sekiranya perdana menteri tidak letak jawatan.
“Umno dan Zahid perlu berhadapan dengan beberapa puak yang mempersoalkan keputusan parti sementara Muhyiddin perlu menghadapinya setiap minggu.
“Tetapi Umno tidak akan mengalah, setelah Majlis Kerja Tertinggi dan perhimpunan agung buat keputusan,” katanya.
Awal hari ini Idrus berkata Muhyiddin masih kekal sebagai perdana menteri kerana tiada fakta jelas perdana menteri sudah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Katanya, penarikan sokongan itu adalah kenyataan sebuah parti politik dan bukannya ahli Dewan Rakyat.
“Berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik.
“Oleh itu, dari segi undang-undang, perdana menteri dan jemaah menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan,” katanya. – 8 Julai, 2021.
Bagi balik pada British semula biar baginda Queen perintah atau jual secara borong pada China Merah! Kah! Kah! Kah!
BalasPadam