NAJIB BELOT
KAH KAH KAH
NAJIB JADI KENG
KAH KAH KAH
ANWAR CAKAP
ADA UNDI
TAK CAYA
KAH KAH KAH
NAJIB KATA
TAK DA
KHALAS
KERANA APA?
KERANA APA?
AMIN
Tiada usul undi tak percaya terhadap Muhyiddin, kata Najib
Bekas perdana menteri Najib Razak percaya tiada usul undi tidak percaya akan dibentang di Parlimen berhubung kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Kenyataan ahli Parlimen Pekan itu dikeluarkan selepas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengemukakan undi tidak percaya kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun hari ini.
“Saya tak percaya akan ada usul sedemikian (undi tak percaya),” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu pada sidang media di Parlimen hari ini.
Najib bagaimanapun berkata akan menentukan pendirian sekiranya undi tidak percaya berjalan di Dewan Rakyat.
“Kita tengoklah kalau ada usul nanti, saya pun tak tengok apa usulnya.”
Terdahulu beliau menyatakan pendirian menyokong Perikatan Nasional (PN) namun mahu Muhyiddin meletakkan jawatan secara terhormat selepas kenyataan Istana Negara hari ini berhubung penamatan darurat.
Katanya, Muhyiddin harus bertanggungjawab atas kemelut politik yang berlaku pada hari ini.
Najib berkata, peletakan jawatan Muhyiddin merupakan urusan Yang di-Pertuan Agong dan kedudukan perdana menteri hanya boleh dipastikan dengan undian di Parlimen.
Pada 2015, Najib sendiri berhadapan dengan usul undi tak percaya oleh Ahli Parlimen PKR Hee Loy Sian berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Usul tersebut dikemukakan atas alasan kegagalan Najib untuk menjelaskan sejumlah RM42 juta dari anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd yang masuk ke dalam akaun peribadinya.
Tahun lalu Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.
Najib masih belum menjalani hukuman terhadapnya sementara menunggu proses rayuan.
Lu silap congak ni TT . Dia bukan sokong midin pun. Dgn midin dia xkn selamat pun. Dia nak kick midin dgn hrpan umno yg akan jd kepala pn.tu saja hrapan dia untuk terlepas.
BalasPadamLu tulis benda betul la isham. Hari hari lu ckp pasal kejujuran tapi lu suka tulis base pada lu punya suka.
BalasPadamSuka bukan kejujuran. Suka juga bukan kebenaran. Apa lu tak tau ka najib deal dengan itu abam tapi abam tak mau? Atau lu punya benci pda abam sudah merosak lu punya NGI? Kahkahkah.
Gua pun lebih rela Ismail dari abam tapi a tetap a isham... Jangan a lu jadikan b. Sekadar nsihat walupun gua tahu lu mana makan nasihat. Kahkahkah. Komen gua pun belum tentu lu pamir