Jumaat, 30 Julai 2021

PEKARA SOKONGAN MAJORITI BOLEH SELESAI


PEKARA 

KLIM

PUKI MAK MAJORITI

INI BOLEH SELESAI

AMIN

KLIM ADA PUKI 

KLIM PUKI KETAT

TAK GUNA

AMIN

MASUK DEWAN

PARLIMEN

ANGKAT TANGAN

KHALAS 



Muhyiddin masih kuasai majoriti lepas Agong murka?


SOKONGAN majoriti dikuasai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih belum jelas selepas beberapa kenyataan yang bercanggah muncul dari Barisan Nasional (BN) semalam.

Ia menjadi perhatian sewaktu hubungan Istana Negara dan Putrajaya semakin keruh selepas pentadbiran Muhyiddin membatalkan ordinan darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pendirian dari kalangan 42 ahli Parlimen BN tersebut akan menunjukkan sokongan sebenar dikuasai Muhyiddin yang terus mengelak sebarang undian dijalankan di Dewan Rakyat waktu ini.

Parti tunjang BN, Umno melalui presidennya Ahmad Zahid Hamidi paling awal mengambil pendirian semalam menuntut Muhyiddin meletak jawatan atas penderhakaan ke atas Agong.

Kenyataan Zahid itu turut menuntut menteri dari PAS yang bertangungjawab ke atas hal ehwal Parlimen, Takiyuddin Hassan meletak jawatan atas tindakan sama.

Ini kerana Muhyiddin dan Takiyuddin mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong supaya semua ordinan darurat dibahaskan untuk membolehkannya diungkaikan di Parlimen, kata Ahmad Zahid.

Beliau juga mengarahkan ahli Parlimen dari parti itu menarik sokongan ke atas Muhyiddin sebagai perdana menteri seperti yang ditetapkan Majlis Kerja Tertinggi pada 7 Julai, katanya.

Namun satu kenyataan dengan pendirian berbeza, didakwa dikeluarkan BN, dikesan beredar selepas itu di media sosial yang menyebut 40 ahli Parlimen gabungan itu menyokong Muhyiddin.

Kenyataan dengan kepala surat BN bertarikh semalam itu menunjukkan ia ditandatangani Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ia bagaimanapun dinafikan Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Sahfri Ab Aziz dan dipalang dengan huruf besar “Palsu” dalam media sosial rasmi parti itu.

“Ibu pejabat BN menafikan mengenai kewujudan surat yang menggunakan logo dan alamat parti seperti yang tersiar dan viral ketika ini.

“Sebarang kenyataan rasmi parti hanya dikeluarkan oleh pengerusi atau setiausaha agung parti dan hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi komunikasi parti,” kata Sahfri.

Namun seorang pegawai di pejabat Ismail Sabri mengesahkan kandungan kenyataan yang didakwa palsu tersebut.

“Kandungannya betul, cuma isunya penggunaan kepala surat,” kata sumber tersebut kepada TMI.

Satu lagi kenyataan Ismail yang dipetik dalam laporan media semalam juga menyebut kerajaan Perikatan Nasional masih lagi utuh dengan sokongan lebih 110 ahli Parlimen.

Kalangan menteri yang masih kekal dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin mempertahan tindakan membatalkan ordinan itu masih berjalan dan mengikut lunas undang-undang.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menyebut, makluman mengenai keputusan Kabinet pada 21 Julai untuk membatalkan ordinan berkenaan hanyalah sebahagian proses itu.

Kerajaan pada waktu ini hanya memaklumkan untuk tidak meneruskan proklamasi darurat dan ordinan tersebut pula perlu melalui proses tersebut, katanya dalam satu rakaman video.

“Tak boleh selesai dalam 24 jam. Pertama kena (ada) keputusan Kabinet. Lepas keputusan Kabinet, AG (Peguam Negara) perlu buat deraf undang-undang.

“Ketiga, baru angkat kepada Agong. Kemudian Agong kena bagi perkenan. Lepas Agong beri perkenan, kena warta.

“Itu bukan boleh buat dalam masa tiga hari, empat hari,” katanya lagi dalam video yang dimuatkan dalam laman media sosial seorang penasihat menteri, Khalid Jaafar.

Istana Negara semalam bagaimanapun menyebut, Yang di-Pertuan Agong amat dukacita kerana usaha membatalkan ordinan tersebut dibuat tanpa mendapat perkenan baginda.

Ia turut menyebut, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah amat dukacita dengan tindakan kerajaan yang membelakangi kuasa dan hasrat baginda,

Menurut istana, titah agar ordinan itu dibentang dan dibahaskan tidak dilaksana walau sudahpun  dipersetujui menteri undang-undang Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun di hadapan baginda pada 24 Julai lalu.

Dalam kenyataan balas selepas itu, Pejabat Perdana Menteri menegaskan deraf untuk pembatalan itu sudahpun dipersembahkan dan baginda perlu bertindak atas nasihat kerajaan.

Pejabat Muhyiddin juga menyalahkan pembangkang kerana menimbulkan kekeliruan mengenai perkara itu dan mendakwa ordinan berkenaan tidak lagi perlu diungkaikan di Parlimen.

Selain pembangkang, kalangan pemimpin BN negeri juga melihat tindakan kerajaan sebagai satu penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

BN Pahang dan Perak tampil mendesak Muhyiddin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan dari parti PAS memohon ampun kepada baginda atas tindakan itu.

Walaupun Umno mengumumkan menarik sokongan ke atas kerajaan PN, kalangan ahli Parlimen parti itu bagaimanapun terus kekal dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Kalangan pemimpin Umno juga giat mengkritik kerajaan dengan slogan kerajaan gagal walau ahli Parlimen parti itu mengetuai portfolio utama berkaitan usaha menangani pandemik Covid-19.

Ini termasuk Ismail Sabri yang kini dilantik menjadi timbalan perdana menteri, menteri menyelaras pemberian vaksin Khairy Jamaluddin dan Adham Baba sebagai menteri kesihatan.

Menteri luar Hishammuddin Hussein juga dinaikkan pangkat menjadi menteri kanan keselamatan menggantikan Ismail.

Pelantikan baharu itu dibuat sejurus selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno mengumumkan parti itu menarik sokongan ke atas Muhyiddin pada awal bulan ini.

PN sudahpun kehilangan sokongan tiga ahli Parlimen Umno yang mengumumkan berbuat demikian secara rasmi, termasuk veteran parti itu Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).

Dua lagi, Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan Nazri Aziz (Padang Rengas) juga mengumumkan perkara sama sejak Januari lalu.

Jumlah sokongan Muhyiddin kini dipercayai susut kepada 114 berbanding 106 pembangkang selepas Tengku Razaleigh beralih tempat duduk di Dewan Rakyat ke blok bebas.

PAS pula semalam dalam kenyataan timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan pendirian tegas menyokong Muhyiddin dan semua keputusan Kabinet.

Beliau juga menyeru agar kestabilan politik dipertahan dalam menghadapi pandemik.

GPS, salah satu komponen PN pula tanpa menyebut isu pembatalan ordinan tersebut semalam dalam reaksinya berkata parti itu menyokong sistem raja berperlembagaan.

Setiausaha agung gabungan itu Alexander Nanta Linggi juga berkata kestabilan politik penting untuk memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Nasional. – 30 Julai, 2021.


KALAU TAKLEH

DALAM PARLIMEN

BUAT DI LUAR

PARLIMEN

AMIN

ATAU PERGI

BERATUR PEGANG 

 ANGKA DEPAN ISTANA

KHALAS

CAKAP CAKAP

TAK GUNA 

AMIN 

KLIM KLIM 

TAK GUNA RAKYAT 

DAH MUAK

AMIN

SD SD

TAK LEH PAKAI

KHALAS



 

3 ulasan:

  1. Yg nenipu ade nombor tu pu**mak Abam.Dia menipu Agong kata ade nombor tu tak biadap,tak kurang ajar.Dia suruh Malikul turun sbb biadap tp dia bapak biadap.Sekarang dia dan kawan2 DAP lelong nama Agong utk cari pengaroh.Sejak bila dia dan DAP setia pd Raje2..

    BalasPadam
  2. Kuli dah tunjukkan cara paling senang nak tunjuk Muhyidin takdak majoriti. Mintak ja tukar tempat duduk. Duk bising di fb saja tak guna, meeting sampai lapan ratus round pon tak guna, keluar stetmen lima ratus perenggan tak guna..kalau dalam Parlimen masih duduk di belakang Muhyidin. Mintak ja nak duduk tempat lain, akan jelaslah tinggal berapa orang yg masih sokong Muhyidin. Benda simple benda senang, tapi politikus masing2 ada agenda. Kerjanya nak pau Muhyidin yang maha lemah, bukan nak jatuhkan pon. Rakyat tak payah tertipu lagi dgn gerakan licik politikus anjing. Politikus yang baik hanyalah politikus yang mati eksiden. Amin.

    BalasPadam
  3. Berbarislah mp semua ke..nak angkat plakad ke..nak tampal sd kat kepala ke..nak angkat tangan depan parlimen ke...semua tu sikitpun tak boleh menunjukkan majoruti. Yg boleh tunjuk majoriti ialah undian DALaM parlimen. Atau menang banyak dlm pilihanraya. Undang2 yg mudah dan simple.khalas!

    BalasPadam