KUMPULAN PELACUR
SEDANG MENYERANG
AMIN
PELACUR PERTAHAN
KANG KANG
DAN KEMUT
AMIN
Wanita hilang pendapatan selepas dedah MB Kedah, lapor media
NINI Siron, wanita yang mendedahkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana pandu uji kereta di Auto City Juru, telah hilang sumber pendapatan berikutan tindakannya itu, lapor FMT.
Suri rumah itu memberitahu FMT, dia telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit selain menjadi mangsa kecaman penyokong PAS.
Nini, 39 tahun, berkata dia terpaksa menyahaktifkan akaun media sosialnya setelah penyokong PAS mencerca dan menyebarkan foto keluarganya di Facebook.
Dia dan suaminya yang berusia 43 tahun mengendalikan laman Facebook itu untuk mencari rezeki menjual kenderaan kerana bilik pameran tidak dibenarkan beroperasi.
Laman Facebook itu juga digunakan untuk menjual barang-barang perabot dan minyak wangi bagi mendapatkan rezeki tambahan.
Nini berkata mereka telah menjual sekurang-kurangnya 10 kereta melalui Facebook sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula tahun lalu.
Namun, disebabkan kejadian itu mereka terpaksa tutup akaun Facebook dan batalkan nombor telefon mereka. Kini mereka terpaksa menggunakan wang simpanan untuk bertahan.
“Kami jual kereta, tolong buat cukai jalan, perbaharu insurans. Laman Facebook itulah kami guna untuk dapatkan pelanggan, banyak membantu waktu PKP,” katanya.
“Walaupun selepas menteri besar dikompaun sebab kejadian itu, anda melihat ramai penyokongnya sekarang hentam polis sebab keluarkan kompaun. Retorik terkini kononnya menteri besar tak pandu kereta tapi dibawa, oleh itu polis dikatakan buat silap.
“Bayangkan apa yang akan terjadi kalau saya buka semula Facebook dan saya dibuli dan gambar pelanggan saya tersebar seperti sebelum ini? Sampai hari ini, belum ada berita mengenai aduan buli siber yang saya buat,” katanya.
Nini juga telah membuat laporan di balai polis Bukit Mertajam mengenai tindakan penyokong PAS menyebarkan maklumat peribadinya di media sosial.
Namun, polis telah menasihatinya untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Nini berkata, SKMM dan polis belum memberi respons terhadap aduannya. Tambahnya, dia masih takut dengan tentera troll (hasut maya).
“Ada yang penuhi peti masuk saya cakap ‘jangan buka aib orang’ dengan menjatuhkan menteri besar. Saya cakap dekat mereka, sebagai MB, anda harus terlebih dahulu ‘menjaga aib anda sendiri’.
“Tujuan saya untuk tolong ummah, untuk menunjukkan ada jembalang dalam kalangan mereka waktu kita tengah usaha lawan pandemik ini,” katanya.
Dia juga mempersoalkan mengapa trak pikap dibenarkan dipandu uji sedangkan bilik pameran ditutup malah suaminya terpaksa jual kereta secara dalam talian.
Sanusi berkata pada 5 Jun itu, beliau hanya singgah sebentar untuk beli roti dan minuman di Autocity waktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat.
Bagaimanapun beliau bertegas tidak membuat pandu uji namun dengan rela duduk di kerusi penumpang kenderaan tersebut yang dipandu jurujual terbabit.
Namun, polis Pulau Pinang berkata notis kompaun telah dikeluarkan kepada Pengarah Pilihan Raya PAS itu kerana mencabul SOP. – 19 Julai, 2021.
Bapak ayam mereka adalah sosok yang maksum. Tak akan pernah berbuat salah dan dijamin masuk syurga.
BalasPadamkecewa boto bilo parti pelacur perintah negaro,, kato bwk isle,, tp den tengok,, sekor politician pun bolom masuk sg buloh lg nih sampai skrg,, koling eee pun duk solamat lg kek lua jel,,, fake kunan pun bole telopas,, parti isle apo kalo tak bwk ponjahat masuk jel sg buloh? alih2, cabutan toto pulak yg naik 22 kali??
BalasPadamboto kuli kato,, ni bukan pati isle,, ni pati polacur,,