RAKYAT AKAN
MARAH
AMIN
INI BETUL
AMIN
KENAPA RAKYAT
MARAH
AMIN
KERANA POLITIKUS
GILA KUASA
AMIN
Putrajaya tak boleh lanjutkan konflik dengan Istana Negara, kata penganalisis
RAKYAT dan pembangkang akan terus marah jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan sengaja melanjutkan lagi perbalahan dengan Istana Negara berikutan pembatalan ordinan darurat, kata penganalisis.
Mereka berkata lebih baik jika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin patuh dengan titah Yang di-Pertuan Agong untuk bentang dan bahas ordinan darurat di Parlimen.
Ahli sains politik Prof Dr Wong Chin Huat berkata tidak dianjurkan supaya kerajaan memanjangkan konflik ini kerana ia akan menambahkan lagi kemarahan rakyat terhadap perdana menteri selain akan menyatukan musuh-musuhnya dari pihak pembangkang dan juga kerajaan,” kata Wong kepada The Malaysian Insight.
Beliau berkata isu utama masalah ini datang dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan di Parlimen, selain menambah ada dua bahagian dalam krisis Perlembagaan ini.
“Unsur baharu, seperti kenyataan balas berjela oleh kerajaan, adalah keengganan Istana Negara untuk mengikut nasihat Kabinet mengenai pelaksanaan darurat pada Oktober tahun lalu ketika pertama kali perdana menteri memohon untuk melaksanakan darurat,” katanya.
“Tidak seperti meluluskan rang undang-undang, tidak ada had bila Yang di-Pertuan Agong perlu perkenankan pengisytiharan darurat.”
Wong mengulas kenyataan balas Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam mengatakan kerajaan telah bertindak mengikut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan ketika membatalkan ordinan darurat pada 21 Julai.
PMO berkata Kabinet pada 21 Julai memutuskan untuk tidak melanjutkan darurat selepas tamat pada 1 Ogos, dan berikutan itu akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan semua ordinan berkaitan darurat.
“Pada 23 Julai 2021, perdana menteri mengutuskan warkah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum nasihat Jemaah Menteri supaya ordinan-ordinan darurat berkenaan dibatalkan dan memohon limpah perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku mengenainya,” kata PMO.
Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong bertitah baginda tidak dimaklumkan oleh kerajaan untuk membatalkannya selain bertitah bahawa pengumuman Takiyuddin mengenai pembatalan ordinan darurat telah menimbulkan kekeliruan di Parlimen.
Wong berkata, teguran Yang di-Pertuan Agong itu merisaukan para menteri dan secara meluasnya Kabinet kerana mengelirukan Parlimen.
“Menteri boleh nyatakan ia adalah keputusan kerajaan untuk batalkan ordinan darurat, tetapi keputusan itu tidak menyebut pembatalan itu tanpa izin Yang di-Pertuan Agong.
“Kerajaan harap dapat ganti perhatian rakyat dengan krisis yang baharu. Ini tidak akan menjadi.”
Wong juga memberi amaran bahaya buat kerajaan jika membatalkan sidang Parlimen pada Isnin ini dengan menggunakan alasan Covid-19.
“Putrajaya patut kemukakan usul pembatalan ordinan darurat daripada menyeret isu ini dan cuba memaksa Istana Negara beri perkenan terhadap pembatalan ini. Menteri itu patut jelaskan mengenai kenyataan yang mengelirukan.”
Wong berkata, Putrajaya perlu sedar usaha Yang di-Pertuan Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun untuk halang undi tidak percaya sudah tidak relevan pada pertengahan September apabila Parlimen bersidang semula dengan Titah Diraja oleh Seri Paduka.
“Kemudian, usul Titah Diraja ini perlu diundi dan jika tidak dibuat ia sama seperti undi tidak percaya.
“Perdana menteri perlu tengok jauh enam minggu ke depan. Jika beliau berkeras dengan semua orang, majoriti rakyat Malaysia akan lega tengok kerajaannya dikalahkan dalam Titah Diraja atau dijatuhkan.
Kebiasaannya, Titah Diraja disokong oleh Dewan tanpa tentangan, namun memandangkan suasana politik negara kini tidak stabil, mungkin akan memaksa ahli Parlimen membuat undi tidak percaya terhadap kerajaan.
“Daripada takut kepada pembangkang, Muhyiddin perlu lebih takut dengan saingan dalam kerajaannya sendiri yang mungkin secara diam-diam berharap melihatnya diusir lebih cepat.” – 31 Julai, 2021.
nuar kecing bersepah lagi ke mende ?... "Sumber Istana Negara nafi Anwar akan mengadap Agong"
BalasPadam