Rabu, 14 Julai 2021

RAKYAT PERCAYA CAKAP DOKTOR

 

RAKYAT PERCAYA

CAKAP DOKTOR

AMIN

APA MASAALAH?

AMIN

RAKYAT TAK

CAYA CAKAP

POLITIKUS

AMIN 




Doktor nafi dakwaan kematian Covid-19 tidak dilaporkan

DOKTOR di hospital kerajaan menafikan dakwaan lalai ketika merawat pesakit Covid-19 dan tidak melaporkan kematian, termasuk kes dead on arrival (DOA) ketika jumlah kematian terus meningkat.

Kes DOA adalah pesakit yang mendapatkan rawatan diisytiharkan meninggal dunia semasa tiba di hospital.

Beberapa doktor yang bercakap dengan The Malaysian Insight berkata tiada kematian sembunyikan atau tidak dilaporkan di hospital, kerana terdapat beberapa prosedur yang harus diikuti.

Mereka menapis cakap-cakap di media sosial mengenai pesakit Covid-19 yang tidak diberi rawatan terbaik sehingga membawa kepada kematian pesakit atau insiden yang dilaporkan sebagai kes DOA.

Pengkritik mendakwa ia dilakukan untuk memastikan jumlah kematian harian tetap rendah.

Seorang doktor dari Sabah, yang enggan disebutkan namanya berkata adalah kejam dan tidak sensitif dituduh melakukan perkara itu, dan menambahkan semua pesakit yang datang ke hospital, tanpa mengira keadaan akan diberi rawatan sewajarnya.

“Ia tidak selari dengan tugas kami yang bekerja tanpa mengenal penat untuk menyelamatkan nyawa dan kemudian dituduh melakukan perkara seperti itu.

“Kami mempunyai kewajiban untuk merawat dan memberikan rawatan kepada pesakit, bahkan jika mereka berada dalam keadaan paling teruk. Mengapa kami mahu salah laporkan kematian? Tiada sebab,” tambahnya.

Doktor menjelaskan perbezaan antara kes DOA dan kematian selepas tiba di hospital.

“Apabila pesakit masih hidup tetapi jika keadaannya teruk atau semakin teruk, kami akan melakukan rawatan dan bahkan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

“Kami akan meneruskan CPR selama 30 hingga 45 minit, tetapi jika tidak berjaya, maka dinyatakan sebagai kematian selepas tiba di hospital.

“Tetapi ketika pesakit datang tanpa nadi, tidak bernafas dan pemantauan jantung menunjukkan asistole (keadaan jantung tidak mengecut), maka ini akan diisytiharkan sebagai DOA,” katanya, sambil menambah kes DOA yang banyak direkodkan membabitkan golongan warga emas.

Doktor berkata ketika tempoh pandemik, semua mangsa DOA disimpan di bilik mayat, sementara ujian RT-PCR dilakukan untuk menentukan sama ada mereka positif Covid-19.

“Jadi, ujian RT-PCR akan dilakukan terhadap jenazah dan perlu menunggu keputusannya.

“Jika keputusan negatif, maka kami akan menyerahkan jenazah kepada keluarga tetapi jika positif, maka kami akan mengisytiharkan sebagai kematian Covid-19 dan melaporkan mengikut peraturan sepatutnya.

“Keluarga tidak akan dapat melakukan upacara terakhir tetapi jabatan kesihatan daerah akan menguruskan pengebumian si mati,” katanya.

Seorang lagi doktor dari Hospital Sungai Buloh juga terkejut dengan dakwaan pesakit yang meninggal dunia di hospital ketika menunggu rawatan dinyatakan sebagai DOA.

“Apa maksud anda mati di hospital sementara menunggu rawatan?

“Mereka berada di hospital, jadi mereka sepattnya dirawat. Biasanya, di Sungai Buloh, kami merawat semua orang ketika membawa mereka ke jabatan kecemasan dan tiada yang tidak mendapat rawatan,” kata doktor yang enggan namanya disebut, kepada The Malaysian Insight. – 14 Julai, 2021.

HARGA BELI 

VAKSIN BERAPA?

AMIN

SATU SUNTIKAN

DARI CHINA 

HARGA BERAPA?

AMIN

DARI AMERIKA

BERAPA?

AMIN

DARI BRITAN

BERAPA

HARGA

AMIN

KENAPA TAK

TELUS ?

INI DUIT RAKYAT

AMIN

SAPA JADI

ORANG TENGAH?

AMIN

APA PERANAN

KJ ? 

AMIN

SEMUA INI 

MENJADIKAN

RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN

PADA MUHYIDIN

KHALAS



1 ulasan:

  1. Kalau tak ada doktor pun tak apa, tutup kementerian kesihatan pun tak apa, tak ada beza sebenarnya.

    Doktor bukan merawat, tetapi bagi racun bagi orang mati dan menakut-nakutkan orang.

    BalasPadam