PASTIKAN
ANWAR IBRAHIM
JO ABDUL
LIM GUAN ENG
SAIFUDIN NASUTION
DOLAH SANI
TONY PUA
FAHMI FADIL
YU BI YIN
MAT SABU
SYED SADIK
TURUN SAMA
AMIN
MEREKA INI
GILA NAK BUKA
PARLIMEN
AMIN
GILA
NAK JATUHKAN
MUHYIDDIN
AMIN
SEKARANG
BUKTIKAN
BERANI
KE JALAN RAYA
ATAU
TAKUT HILANG
KERUSI
KHALAS
PASTIKAN YB
YG HEBOH HEBOH KERAJAAN GAGAL
TURUN
KE JALAN RAYA
AMIN
KITA DUGA MEREKA
KALAU
TIDAK SEMUA
YB HAMPEH
TIPU RAKYAT
KHALAS
Kerajaan gagal hanya reti bahasa jalan, kata aktivis
KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) hanya faham “bahasa jalan raya”, kata Sekretariat Solidariti Rakyat, merujuk pada tunjuk perasaan untuk rakyat menyuarakan desakan menuntut pengurusan krisis berkaitan penularan Covid-19 yang lebih baik.
Jurucakapnya Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar berkata “bahasa jalan raya” atau tunjuk perasaan adalah jalan akhir rakyat kerana semua saluran dan keluhan selama ini tidak berhasil, lebih-lebih lagi Parlimen yang ditutup sejak awal tahun ini.
“Akhir sekali rakyatlah yang kena desak… petisyen dah banyak petisyen, langkah terakhir adalah demonstrasi apabila pelbagai tuntutan tak dilaksanakan,” kata Asraf, dalam wawancara bersama The Malaysian Insight.
Sekretariat Solidariti Rakyat adalah satu perikatan longgar disertai lebih 20 pertubuhan anak muda yang menempatkan diri mereka sebagai kumpulan pendesak.
Asraf adalah antara tiga aktivis yang dikenakan kompaun RM2,000 kerana terlibat menganjurkan perhimpunan aman di Dataran Merdeka, mendesak antara lain Muhyiddin Yassin letak jawatan perdana menteri selepas kerajaannya gagal menangani pandemik Covid-19.
Desakan
Pada perhimpunan itu mereka membawa 14 bendera hitam dan replika mayat, yang masing-masing melambangkan kemarahan rakyat dan kematian akibat Covid-19 dan bunuh diri.
Mereka juga mengangkat sepanduk bertulis: “Kita Mati Dalam Derhaka” dan “Keluar Dan Lawan”.
Sebelum ini, Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) menyerahkan enam memorandum kepada kerajaan PN, termasuk yang terbaru kepada Yang di-Pertuan Agong pada 14 Julai lalu.
GBMRM dibentuk oleh 42 badan dan pertubuhan masyarakat, antaranya Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia, Otai Reformis 1998, dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia.
Beberapa pihak juga meluahkan perasaan dengan membuat pelbagai petisyen dalam talian mendesak bermacam-macam perkara termasuk tuntutan pemimpin kerajaan letak jawatan.
Menurut Asraf, rakyat tidak akan berhenti malah akan terus mengasak kerajaan melaksanakan tuntutan rakyat melalui himpunan dan demonstrasi.
“Desakan ini memang perlu diteruskan dan tak boleh berhenti,” katanya, merujuk hak asasi berhimpun dan bersuara yang membenarkan perkara itu.
“Rakyat kena tekan (kerajaan) lagi, kepimpinan kena berani. Kita perlu desak dan bahasa terbaik adalah bahasa jalan raya,” tambahnya.
Bukan alat parti politik
Asraf menafikan sekretariat itu ditaja mana-mana parti politik, sebaliknya dibangunkan anam muda yang mempunyai idea untuk membangunkan negara.
“Nak gambarkan gerakan seketariat ini didanai dan didalangi parti politik adalah tidak betul, kami masing masing anak muda ada idea dan kehendak kuat nak lihat kebaikan untuk negara.
“Saya tak faham inisiatif anak muda dan NGO terlibat desak beberapa perkara, mesti orang anggap dimulakan pihak pembangkang… tidak,” katanya.
Malah, kumpulan aktivis itu juga memberi jaminan tidak pilih bulu dan akan terus menjadi pendesak sekiranya berlaku pertukaran kerajaan.
“Siapa naik (jadi kerajaan) lepas ini kami akan terus desak untuk mereka laksanakan apa yang mereka dijanjikan.
“Sekarang ini sayap Pemuda Umno ada desak beberapa polisi, kalau mereka naik dan mereka tak buat kami akan terus mendesak, sekretariat akan desak untuk perkara itu berlaku. Kami tak pilih bulu,” katanya.
Sekretariat itu dijadual menganjurkan satu lagi perhimpunan pada 31 Julai, sempena tamatnya pelaksanaan perintah darurat.
Asraf bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut himpunan tersebut.
“Akan ada gimik untuk visual demonstrasi nanti,” katanya. – 23 Julai, 2021.
Kepale butoh kau org.Otak keladi bodoh mcm tahi lembu.Dah tahu semua org politik haramjadah kaki putar.Nak tumbang kerajaan tebuk atap,pah tu nak tubuh kerajaan tebuk belakang.Budak2 bodoh d biarkan mati,org politik sembunyi rumah dok ngentot bini muda..poh..da..
BalasPadam